ASAL KEJADIAN MANUSIA

Surah Al-Ĥijr ayat 28 dan 29

28. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.

29. "Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.

Surah Şād ayat 71 dan 72

71. (Ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: " Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia - Adam dari tanah;

72. " Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya ".

Manusia diciptakan dari tanah menjadi jasmani atau badan dan ditiupkan roh dari Allah menjadi rohani atau diri.

23.Surah Al-Mu'minūn ayat 12

‎وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن سُلَالَةٍ مِّن طِينٍ

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;

23.Surah Al-Mu'minūn ayat 13

‎ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَّكِينٍ

Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;

23.Surah Al-Mu'minūn ayat 14

‎ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَۚ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

Maksudnya setelah sempurna ciptaan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Allah sempurnakan kejadian itu Allah bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya dengan meniupkan RohNya.

Hadis tentang Proses Kejadian Manusia & Ketetapan Takdirnya

Daripada Abdullah bin Mas'ud R.A., katanya: Rasulullah ﷺ bersabda, dan baginda seorang yang benar lagi dibenarkan: “Sesungguhnya setiap orang daripada kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama empat puluh hari dalam bentuk setitik air benih, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama. Setelah itu diutus kepadanya seorang malaikat lalu malaikat itu menghembuskan padanya roh dan diperintahkan dengan empat perkara iaitu untuk menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan sama ada dia sengsara atau bahagia. Demi Allah Yang tiada sembahan kecuali Dia, sesungguhnya salah seorang daripada kalian akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dengan syurga tidak lebih daripada sehasta, lalu ketetapan mendahuluinya dan dia beramal dengan amalan ahli neraka sehingga dia memasukinya. Dan sesungguhnya salah seorang daripada kalian akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih daripada sehasta, lalu ketetapan mendahuluinya dan dia beramal dengan amalan ahli syurga sehingga dia memasukinya.”

Hadis sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim. -Hadis 40

Maka berlakulah keadaan RohNya hidup tetapi jasadnya mati (kerana ada hidung tapi belum bernafas, ada mata tapi belum melihat, ada telinga tapi belum mendengar, ada mulut tapi belum berkata-kata) Yang hidup, yang melihat, yang mendengar dan yang berkata-kata pada masa dan ketika ini ialah RohNya yang ditiupkan kedalam ciptaan yang telah sempurna (air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging)

Disini sedang berlaku sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah

7.Surah Al-'A`rāf ayat 172

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Allah telah berfirman didalam Al-Quran tentang HAKIKAT TAUHID ini sebagai peringatan kepada kesuluruhan umat manusia, sepertimana firman Allah

7.Surah Al-'A`rāf ayat 173

Atau supaya kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?"

7.Surah Al-'A`rāf ayat 174

Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran), dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).

Surah Al-Nahl ayat 78.

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

23.Surah Al-Mu'minūn ayat 15

‎ثُمَّ إِنَّكُم بَعْدَ ذَٰلِكَ لَمَيِّتُونَ

Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.

23.Surah Al-Mu'minūn ayat 16

‎ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ تُبْعَثُونَ

Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.

23.Surah Al-Mu'minūn ayat 17

‎وَلَقَدْ خَلَقْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعَ طَرَائِقَ وَمَا كُنَّا عَنِ الْخَلْقِ غَافِلِينَ

Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan tujuh jalan di atas kamu, dan Kami pula tidak lalai daripada (menyediakan keperluan) makhluk-makhluk Kami.

45.Surah Al-Jāthiyah dari ayat 1 hingga ayat 6

1. Haa, Miim.

2. Turunnya Al-Quran ini, dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

3. Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.

4. Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya.

5. Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.

6. Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka dengan perkataan yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?

51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 20

وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,

51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 21

وَفِي أَنفُسِكُمْۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 22

وَفِي السَّمَاءِ رِزْقُكُمْ وَمَا تُوعَدُونَ

Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.

51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 23

فَوَرَبِّ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ إِنَّهُ لَحَقٌّ مِّثْلَ مَا أَنَّكُمْ تَنطِقُونَ

Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu dapat berkata-kata.

← Kembali ke Perpustakaan
🤖 BUKA AI IKTIQAD & TAUHID
Jika diminta, log masuk atau daftar ChatGPT dahulu. Selepas log masuk, projek AI Iktiqad & Tauhid akan dibuka.
⬅ Kembali ke Perpustakaan