BENTENG @ KOTA ALLAH

Tauhid • Ikhlas • Jalan Yang Lurus

Berkata Ali RA.. Rasulullah bersabda... Allah berfirman............; Sesungguh AKU lah ALLAH ,, Tiada Tuhan selain AKU... Barangsiapa BERTAUHID kepadaKu niscaya masuklah ia kedalam benteng Ku,,, Dan barangsiapa yang masuk bentengKu.. niscaya terselamatlah dia dari SiksaKu...
(H R . Syirazi)

TAKRIF BERTAUHID

"BERTAUHID" kepada Allah membawa maksud "MENTAUHID ATAU MENGESAKAN ALLAH" yang membawa kepada seseorang itu akan menjadi seseorang "YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK"

Limpah Kurnia Allah

Mentauhid atau mengesakan Allah, adalah hasil dari limpah kurnia Allah

Firman Allah

12.Surah Yūsuf ayat 38

"Dan aku menurut ugama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishak serta Yaakub. Tidaklah sepatutnya kita mempersekutukan sesuatupun dengan Allah. Mentauhid - mengesakan Allah ialah hasil dari limpah kurnia Allah kepada kita dan kepada umat manusia. Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.

Mentauhid atau mengesakan Allah ialah keadaan dimana tidak menyengutukan Allah dengan yang lain, menyengutukan Allah dengan yang lain ialah perbuatan syirik, tidak menyengutukan Allah dengan yang lain bermaksud bersih daripada sebarang perbuatan syirik.

Yang dibersihkan daripada sebarang syirik ialah satu jalan yang lurus yang tidak boleh disesat atau yang tidak boleh dihasut oleh iblis dan syaitan.

Perkara ini telah diistiharkan oleh Allah didalam firmanNya pada

15.Surah Al-Ĥijr ayat 39

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
15.Surah Al-Ĥijr ayat 40

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
15.Surah Al-Ĥijr ayat 41

Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
15.Surah Al-Ĥijr ayat 42

"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
17.Surah Al-'Isrā' ayat 65

Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).

Didalam surah dan ayat yang lain Allah telah berfirman

38.Surah Şād ayat 82

Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -
38.Surah Şād ayat 83

" Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang ikhlas".
HAKIKAT IKHLAS
FIRMAN ALLAH YANG MENJELASKAN IKHLAS IALAH BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK
29.Surah Al-`Ankabūt ayat 65

Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.
FIRMAN ALLAH DIATAS MENUNJUKKAN TULUS IKHLAS LAWANNYA SYIRIK
HIDAYAH KE JALAN YANG LURUS
ALLAH YANG AKAN MEMBERI PETUNJUK HIDAYAH KE JALAN YANG LURUS
81.Surah At-Takwīr ayat 25

Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.
81.Surah At-Takwīr ayat 26

(Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?
81.Surah At-Takwīr ayat 27

Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:
81.Surah At-Takwīr ayat 28

Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan yang betul (lurus)
81.Surah At-Takwīr ayat 29

Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
2.Surah Al-Baqarah ayat 142

Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: "Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Timur dan barat adalah kepunyaan Allah - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus".
2.Surah Al-Baqarah ayat 143

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).

Didalam Surah Yūnus ayat 9 Allah telah memperjelaskan

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat.
22.Surah Al-Ĥaj ayat 23

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.
22.Surah Al-Ĥaj ayat 24

Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik, serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji.

Allah akan anugerahkan kepada orang-orang beriman dan beramal soleh dengan sifat-sifat terpuji iaitu sifat siddiq, amanah, tabliq, fatonah dan sifat kemanusiaan yang elok yang didalam bahasa 'Arabnya disebutkan dengan "MUHAMMADUN"

Inilah Rasul atau pesuruh Allah yang wajib dikenali, dipercayai dan dikuti oleh badan diri sendiri.

Didalam surah dan ayat yang lain Allah telah mengistiharkan siapakah yang Allah akan pimpin ke jalan yang lurus, yaitu menjadikan sebagai orang yang dibersihkan daripada sebarang syirik yang merupakan "BENTENG ATAU KOTA ALLAH"

PERINTAH AGUNG
4.Surah An-Nisā' ayat 66

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA

Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
4.Surah An-Nisā' ayat 67

Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' ayat 68

DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
4.Surah An-Nisā' ayat 69

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
4.Surah An-Nisā' ayat 70

Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).

Sedang melaksanakan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" adalah merupakan jalan dan cara yang perlu dilakukan untuk bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik yang diambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa kaum nabi Musa yang melakukan syirik dengan menyembah patong anak lembu.

Ini telah diistiharkan oleh Allah didalam firmanNya pada

Surah Al-Baqarah ayat 54

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,

maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;

iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".

Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
IKTIBAR KISAH NABI
FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN BAHAWA KISAH NABI-NABI ADALAH SEBAGAI IKTIBAR
12.Surah Yūsuf ayat 111

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
Surah Hud ayat 120

120. Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.
MATI SEBELUM MATI
ORANG YANG MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

Akan mengalami "MATI SEBELUM MATI" seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw

Dari Abdullah bin Mas’ud ia berkata :

Rasulullah saw membaca ayat,

39.Surah Az-Zumar ayat 22

Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.

Kami para sahabat bertanya :

Ya Rasulullah bagaimana dadanya orang itu boleh lapang ?

Rasulullah menjawab :

Kalau cahaya Allah sudah masuk ke dalam hati seseorang, maka hatinya menjadi lapang dan luas.

Kami para sahabat bertanya :

Tandanya apa ya Rasulullah ?

Jawab Rasulullah saw :

Yaitu kembali kepada negeri yang kekal, meninggalkan dunia yang penuh tipuan. Dan mempersiapkan mati sebelum mati kita.

Nabi Besar Muhammad saw bersabda, "Wahai pencari rahsia! Mahukah kamu melihat orang mati yang hidup, berjalan dibumi seperti orang hidup tetapi jiwanya berada dilangit, kerana beliau telah diubah pindah sebelum mati dan tidak lagi diubahpindah setelah mati. Rahsia ini berada di luar sempadan fikiran, hanya diketahui melalui mati. Barang siapa hendak melihat orang yang mati berjalan di muka bumi, lihatlah Abu Bakar, seorang yang 'alim dan 'abid kerana beliau menjadi saksi yang benar terhadap Allah swt. Menjadi putera orang-orang yang di hidupkan semula."

Dan sedang melaksanakan perintah Allah “BUNUHLAH DIRI KAMU” adalah merupakan sedang melakukan perkara sunat yang apabila dilaksanakan Allah mencintainya

Kita lihat kepada firman Allah pada surah An-Nisa’ ayat 66 Allah telah berfirman memperjelaskan “KALAU KAMI WAJIBKAN KEPADA MEREKA DENGAN PERINTAH - BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU”

Bermakna perintah Allah “BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI” bukan perintah yang telah diwajibkan, ini membawa makna oleh kerana perintah ini bukan yang diwajibkan, menunjukkan perintah ini adalah perintah Allah yang sunat dilakukan.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah saw bersabda :

“Allah swt berfirman : “Barangsiapa yang menunjukkan permusuhan dengan Wali-Ku maka Aku menyatakan perang dengannya.”

Sambungan hadist tersebut adalah :

“….Tidaklah hambaKu mendekatiKu dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKu dengan melakukan yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Ketika Aku mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, menjadi penglihatannya yang ia melihat dengannya, menjadi tangannya yang ia bergerak dengannya dan menjadi kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepadaKu, niscaya Aku berikan kepadanya; Dan sesungguhnya, jika ia memohon perlindungan kepadaKu niscaya Aku berikan perlindungan kepadanya.” (HR Bukhari)

Bersabda Rasulullah saw kepada Saidina Umar Ibnu Al Khattab ra dalam dialog mereka :

Rasulullah saw berkata :

Para Nabi dan para syuhada’ akan cemburu kepada segolongan hamba Allah kelak di akhirat kerana kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah padahal mereka bukan para Nabi.

Umar bertanya : Siapakah mereka wahai Rasul?

Rasululullah saw menjawab :

Mereka ialah satu kaum yang saling mengasihi sesama mereka semata-mata kerana Allah, bukan kerana hubungan silaturrahim atau kerana harta. Demi Allah, sesungguhnya wajah mereka bercahaya, mereka memiliki beberapa mimbar yang bercahaya. Mereka tidak takut di kala manusia lain merasa takut, dan mereka tidak sedih di kala manusia lain merasa sedih. Lalu Rasulpun membaca ayat 62-63 dari surah Yunus :

“Ingatlah, sesungguhnya Wali-Wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. (QS Yunus : 62-63)
Rasulullah Saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah Swt. berfirman, ‘Siapa yang memusuhi wali (kekasih)-ku maka aku menyatakan perang kepadanya. Dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai selain dari apa yang Aku wajibkan kepadanya. Dan hamba-Ku terus menerus mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (amalan sunah) hingga Aku mencintainya. Jika Aku mencintainya maka Akulah pendengarannya yang dengannya ia mendengar, Akulah pandangannya yang dengannya ia memandang, Akulah tangannya yang dengannya ia bertindak, dan Akulah kakinya yang dengannya ia berjalan. Jika ia meminta kepada-Ku niscaya Aku memberinya dan jika ia meminta perlindungan kepada-Ku niscaya Aku melindunginya.’” (H.R. Bukhari)
PENUTUP & SERUAN

Oleh yang demikian setiap badan diri sendiri mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan perintah Allah

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

Dan bagaimana jalan dan cara yang perlu dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah

Firman Allah

76.Surah Al-'Insān ayat 29

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān ayat 30

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU... ?
← Kembali ke Perpustakaan
🤖 BUKA AI IKTIQAD & TAUHID
Jika diminta, log masuk atau daftar ChatGPT dahulu. Selepas log masuk, projek AI Iktiqad & Tauhid akan dibuka.
⬅ Kembali ke Perpustakaan