Asas Pokok Tauhid & Tasawwuf

Jalan dan Cara Yang Perlu Dilakukan,
Yang Merupakan Satu Asas Pokok di Dalam Islam

Himpunan lengkap firman Allah, huraian syirik, taubat nasuha, kaedah zikir dan jalan kembali kepada hakikat tauhid — disusun indah dalam satu halaman tanpa meninggalkan walau satu patah perkataan pun dari sumber asal.

A
Oleh Adnan Al-Yani
iktiqaddantauhid.blogspot.com • Muar, Johor
Asas Wahyu

Sepertimana Firman Allah

21. Surah Al-Anbya' ayat 92
Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu, ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku.
21. Surah Al-Anbya' ayat 93
(Kebanyakan manusia masih berselisihan) dan berpecah-belah dalam urusan ugama mereka; (ingatlah) mereka semuanya akan kembali kepada kami (untuk menerima balasan).
23. Surah Al-Mu'minun ayat 52
Dan sesungguhnya ugama Islam ini ialah ugama kamu - ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu.
23. Surah Al-Mu'minun ayat 53
Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan ugama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.
23. Surah Al-Mu'minun ayat 54
Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa.
23. Surah Al-Mu'minun ayat 55
Adakah mereka menyangka bahawa apa yang Kami berikan kepada mereka dari harta benda dan anak-pinak itu.
23. Surah Al-Mu'minun ayat 56
(Bermakna bahawa dengan yang demikian) Kami menyegerakan untuk mereka pemberian kebaikan? (Tidak!) Bahkan mereka tidak menyedari (hakikatnya yang sebenar).
23. Surah Al-Mu'minun ayat 57
Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada (kemurkaan) Tuhan mereka;
23. Surah Al-Mu'minun ayat 58
Dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka;
23. Surah Al-Mu'minun ayat 59
Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka;
23. Surah Al-Mu'minun ayat 60
Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka;
23. Surah Al-Mu'minun ayat 61
Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya.
23. Surah Al-Mu'minun ayat 62
Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya.
23. Surah Al-Mu'minun ayat 63
(Sekalipun demikian, orang-orang yang ingkar tidak juga berfikir) bahkan hati mereka tenggelam di dalam kejahilan, lalai daripada (memahami ajaran Al-Quran) ini; dan mereka pula mempunyai lagi amal-amal (yang jahat) selain dari itu, yang mereka terus-menerus mengerjakannya;

Oleh Adnan Al-Yani

Langkah Pertama

Langkah pertama yang merupakan asas dalam melakukan ialah jangan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik. Iaitu:

  • Untuk membolehkan supaya tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik, menjadi kewajipan supaya tahu, boleh menghurai dan menerangkan apa itu syirik, pembahagiannya dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik.
  • Jangan melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah, jangan memperkatakan dengan lisan lidah, jangan memikirkan dengan fikiran, jangan ada yang terlintas didalam hati tentang yang akan membuahkan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri; dan jangan memperkatakan dengan lisan lidah, jangan memikirkan dengan fikiran, jangan ada yang terlintas didalam hati tentang keberadaan Allah diketika masih lagi merasakan keberadaan badan diri sendiri kerana ini amat penting dan merupakan asas kepada bertaubat dengan taubat nasuha." Kerana setelah tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang syirik, apabila merasa sifat ketuhanan yang ternyata pada badan diri sendiri sendiri, secara tersendiri atau secara automatik akan berlaku tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat yang bukan yang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan kepada (sifat yang bukan yang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri yang disangka pula sebagai sifat Allah). Tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang syirik ini, juga merupakan sedang melakukan pemisah antara jasad dengan ruh yang tiada bersuara, tiada berhuruf dan tiada kata-kata.
> Setelah tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik, samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi, apabila merasai sifat ketuhanan yang ternyata pada badan diri sendiri, secara tersendiri atau secara automatik akan berlaku sebulat-bulat tumpuan kepada sifat yang bukan yang dirasai sebagai sifat badan diri sendiri dan kepada ( sifat yang bukan yang dirasai sebagai sifat badan diri sendiri yang disangka pula sebagai sifat Allah ). Inilah yang membolehkan seseorang itu melakukan apa yang tersurat dan apa yang tersirat didalam firman Allah pada Surah Al-Muzammil ayat 8:

"Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."

Syirik, Pembahagiannya Serta Perkara-Perkara Yang Apabila Dilakukan Akan Menyebabkan Berlakunya Syirik

Syirik adalah mengadakan tuhan yang lain disisi, disamping atau bersama-sama Allah samada yang telah

  • dilakukan dengan perbuatan anggota badan
  • Diperkatakan dengan lisan lidah
  • Difikirkan dengan akal fikirannya atau
  • Ada yang terlintas didalam hatinya

Syirik terbahagi kepada 3 iaitu syirik yang terang, syirik yang tersembunyi, syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi

Syirik yang pertama ialah Syirik yang terang atau syirik yang nyata ialah melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah

Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang terang ialah melakukan ritual penyembahan seperti menyembah matahari, menyembah patung, menyembah api dan lain-lain.

Setiap seorang mesti tahu dan boleh menghuraikan yang ia tidak boleh melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah, jika ia melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah bermakna ia telah melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata.

Ini telah terbukti kepada orang yang telah dilahirkan didalam keluarga yang berugama islam, mereka tidak pernah melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah kerana mereka tahu dengan penuh keyakinan (yakin tanpa ragu), jika mereka melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah bermakna mereka telah melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata...

Syirik yang kedua ialah syirik yang tersembunyi iaitu merasai keberadaan badan diri sendiri atau merasai keberadaan sesuatu selain daripada Allah

Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang tersembunyi ialah sangkaan kepada ada diri sendiri, samada dengan cara

  • memperkatakan dengan lisan lidahnya
  • memikirkan dengan fikirannya
  • dan ada terlintas didalam hatinya

Tentang keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain.

Setiap seorang mesti tahu, boleh menerang dan menghuraikan yang ia tidak boleh merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri atau keberadaan makhlok lain samada yang telah dilakukan dengan cara

  • diperkatakan dengan lisan lidahnya
  • Difikirkan dengan fikirannya atau
  • Ada yang terlintas didalam hatinya

Tentang perkara-perkara yang menunjukkan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain.

Setiap seorang mesti tahu, boleh menghuraikan dan menerangkan Jika seseorang itu samada telah

  • memperkatakan dengan lisan lidahnya
  • memikirkan dengan fikirannya
  • dan ada yang terlintas didalam hatinya

Tentang keberadaan, keakuan atau keupayaan badan dirinya sendiri atau tentang keberadaan makhlok-makhlok selain daripada Allah bermakna ia telah dan sedang melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.

Dengan tahu dan boleh menghuraikan yang seseorang itu tidak boleh samada

  • memperkatakan dengan lisan lidahnya
  • memikirkan dengan fikirannya
  • dan ada terlintas didalam hatinya

Tentang keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri atau tentang keberadaan makhlok-makhlok selain daripada Allah dan jika telah samada

  • diperkatakan dengan lisan lidahnya
  • Difikirkan dengan fikirannya atau
  • Ada yang terlintas didalam hatinya

Tentang keberadaan badan diri sendiri atau tentang keberadaan makhlok-makhlok selain daripada Allah bermakna ia sedang melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.

Dengan tahu, boleh menghurai dan menerangkan sedemikian rupa sehingga akan menjadi satu keyakinan (yakin tanpa ragu), akan menyebabkan seseorang itu terhenti daripada melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.

Syirik yang ketiga ialah syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi iaitu bersangka Allah

Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi ialah sangkaan kepada ada Allah samada yang dilakukan dengan cara

  • memperkatakan dengan lisan lidahnya
  • memikirkan dengan fikirannya
  • dan ada terlintas didalam hatinya

Yang ada hanya Allah didalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain

Setiap seorang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan, Jika seseorang itu samada telah

  • memperkatakan dengan lisan lidahnya
  • memikirkan dengan fikirannya
  • dan ada yang terlintas didalam hatinya

Yang ada hanya Allah didalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain

Bermakna ia sedang melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi

Dengan tahu dan boleh menghuraikan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi sehingga menjadi satu keyakinan (yakin tanpa ragu), akan menyebabkan seseorang itu akan terhenti daripada melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Kerana ia telah tahu dengan yakin tanpa ragu, jika ia samada telah

  • memperkatakan dengan lisan lidahnya
  • memikirkan dengan fikirannya
  • dan ada yang terlintas didalam hatinya

Yang ada hanya Allah didalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain bermakna ia telah melakukan perkara-perkara yang apabila ia lakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Dengan ini ia mesti berusaha supaya ia tidak akan samada

  • memperkatakan dengan lisan lidahnya
  • memikirkan dengan fikirannya
  • dan ada yang terlintas didalam hatinya

Yang ada hanya Allah didalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain kerana telah timbul keyakinan tanpa ragu kepada dirinya jika ia samada telah

  • memperkatakan dengan lisan lidahnya
  • memikirkan dengan fikirannya
  • dan ada yang terlintas didalam hatinya

Yang ada hanya Allah didalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain ia telah melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Keterangan Syirik Tersembunyi - Surah Saba' Ayat 27

Keterangan tentang akan berlakunya syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi ini terdapat keterangannya didalam firman Allah pada Surah Saba' ayat 27

Surah Saba' ayat 27
Katakanlah lagi: "Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Didalam firman diatas Allah telah menerangkan bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada badan diri sendiri yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan yang ada pada makhlok yang dipandang sebagai keberadaan makhlok tersebut. Adalah merupakan apa yang telah dihubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya

Sedang merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok sesuatu selain daripada Allah. inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah makhlok-makhlok yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.

INI ADALAH MERUPAKAN SYIRIK YANG TERSEMBUNYI

Allah berfirman memperjelaskan bahawa tidak ada pada sesuatu makhlok sifat-sifat ketuhanan itu

Hanya Allah sahaja yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan.

Disini memperjelaskan lagi bahawa sesiapa yang merasakan akan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri disamping ada Allah sebenarnya sedang berlaku sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah

21.Surah Al-Anbiyak ayat 29
Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
KEBERADAAN BADAN DIRI SENDIRI DIISTILAH PADA DIRI SENDIRI APABILA DISEBUT AKAN DISEBUT SEBAGAI AKU

SEDANG MERASAI ADA BADAN DIRI SENDIRI JIKA DIHURAIKAN SECARA LISAN AKAN MEMBAWA MAKNA BAHAWA ORANG YANG SEDANG MERASAKAN KEBERADAAN, KEAKUAN ATAU KEUPAYAAN BADAN DIRINYA SEDANG BERKATA SESUNGGUHNYA AKU IALAH TUHAN SELAIN DARI ALLAH.

MENGETAHUI YANG SIFAT ADA DAN SEGALA SIFAT KETUHANAN SEPERTI (ILMU, HAYAT, QUDRAT, IRODAT, MELIHAT, MENDENGAR, BERKATA-KATA DAN LAIN-LAINNYA) ADALAH SIFAT ALLAH, SELAIN DARI ALLAH BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA DAN BERSIFAT DENGAN SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAH

APABILA SESEORANG ITU MERASAKAN YANG BADAN DIRINYA BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA BERMAKNA IA SEDANG MERASAI SIFAT KETUHANAN ALLAH (ADA) ADALAH SEBAGAI SIFAT BADAN DIRINYA SENDIRI..

OLEH KERANA SIFAT ADA ITU SEBENARNYA SIFAT KETUHANAN ALLAH , MAKA SEDANG MERASA ADA BADAN DIRI SENDIRI BERMAKNA ORANG TERSEBUT SEDANG MELETAK ATAU MENGISBATKAN SIFAT KETUHANAN ALLAH KEPADA BADAN DIRI SENDIRI (YANG SEBENARNYA BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA)..

Sedang merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri membawa makna sedang bertuhankan kepada nafsu sendiri sepertimana firman Allah pada

25.Surah Al-Furqan ayat 43
Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
45.Surah Al-Jathiyah ayat 23
Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?

ATAU DENGAN KATA LAIN SEDANG MENJADIKAN KEUPAYAAN BADAN DIRI ATAU HAWA NAFSU SENDIRI SEBAGAI TUHAN YANG LAIN SELAIN DARIPADA ALLAH, SEDANG MENJADIKAN YANG BUKAN TUHAN IAITU KEUPAYAAN BADAN DIRI ATAU HAWA NAFSU SENDIRI SEBAGAI TUHAN YANG LAIN DISISI ATAU DISAMPING ALLAH.

Hawa nafsu sendiri atau keupayaan badan diri sendiri bukan tuhan tetapi telah dijadikan sebagai tuhan yang lain disisi atau didamping Allah

Ini adalah perbuatan sedang sekutukan badan diri sendiri dan makhlok-makhlok sebagai sekutu dengan Allah

Begitu juga jika seseorang memandang ada makhlok selain daripada ada Allah membawa makna orang tersebut sedang meletakan sifat ketuhanan Allah kepada maklok tersebut yang membawa erti ia sedang menjadikan makhlok tersebut sebagai tuhan selain daripada Allah, bermakna sedang bertuhankan kepada dua atau lebih Tuhan selain daripada Allah membawa makna sedang menyengutui Allah dengan sesuatu yang lain. Keadaan ini juga dipanggil sebagai syirik

Firman Allah yang memperjelaskan bahawa hanya ada tuhan yang satu (maha esa) dan larangan supaya jangan bertuhankan kepada dua tuhan

16.Surah An-Nahl ayat 22
Tuhan kamu (yang berhak disembah) ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).
16.Surah An-Nahl ayat 51
Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.

Apabila seseorang telah membaca firman Allah pada Surah Saba' ayat 27, tahulah ia bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada makhlok-makhlok termasuk pada badan diri sendiri adalah sifat ketuhanan kepunyaan Allah, makhlok tidak mempunyai sifat ketuhanan. Sifat ketuhanan yang ada pada makhlok akan dirasakan sebagai sifat makhlok tersebut kerana seseorang itu masih memandang keberadaan makhlok tersebut.

Sebenarnya sifat ketuhanan yang ada pada makhlok tersebut adalah sedang menunjuk atau menerangkan itu adalah sifat ketuhanan Allah

Ini yang telah diketahui, semasa diketahui yang sifat ketuhanan yang ada pada makhlok-makhlok itu adalah sifat ketuhanan Allah, jauh didalam rasa perasaan yang merasai seseorang itu tetap akan merasai akan keberadaan badan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu selain daripada Allah, Dengan pengetahuan yang diketahui ini tidak akan menghilangkan akan keberadaan badan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu yang lain, selain daripada Allah

Maksudnya dengan mengetahui bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya adalah sifat ketuhanan Allah, tidak akan menghilangkan rasa keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri.

Perkara ini baru berada didalam ilmu dan pengetahuannya, belum lagi berlaku didalam perlakuannya kerana didalam perlakuannya ia masih lagi sedang merasakan akan keberadaan badan dirinya sendiri.

Disini timbul dua keadaan yang berbeza iaitu apa yang ada didalam ilmu dan pengetahuannya ialah segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya ialah sifat ketuhanan Allah

Dan yang kedua ialah apa yang sedang dilakukan pula ia sedang merasai segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya ialah sifat badan dirinya sendiri sebab ia masih lagi merasakan keberadaan badan dirinya sendiri

Apa yang sedang berlaku didalam keadaan ini ialah sudah ada didalam ilmu dan pengetahuannya bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya ialah sifat ketuhanan kepunyaan dan milik Allah, tetapi ia masih lagi merasakan segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya adalah sifat kepunyaan dan milik badan dirinya yang sedang dirasakan keberadaan badan dirinya sendiri.

Apa yang akan berlaku jika ia samada telah

  • memperkatakan dengan lisan lidahnya
  • memikirkan dengan fikirannya
  • dan ada yang terlintas didalam hatinya

Yang ada hanya Allah didalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain ialah akan timbul sangkaan yang sedang menyangka sifat ketuhanan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan dirinya sendiri itulah yang akan disangka sebagai sifat ketuhanan kepunyaan dan milik Allah.

Setiap seorang tidak boleh memperkatakan yang sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya adalah sifat Allah diketika ia masih lagi sedang merasakan akan keberadaan badan dirinya sendiri kerana apa yang akan berlaku ialah dia akan memperkatakan sifat ketuhanan yang sedang dirasakan atau yang sedang disangka sebagai sifat badan diri sendiri itu adalah sebagai sifat ketuhanan Allah

Keadaan ini akan berlaku dengan cara yang tidak disedari.

Seseorang yang sedang memperkatakan segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya sendiri adalah sifat ketuhanan Allah, didalam keadaan ia sedang merasai akan keberadaan badan dirinya sendiri menyangka bahawa apa yang telah diperkatakan tersebut ia telah mengesakan Allah tetapi sebenarnya apa yang sedang diperkatakan tersebut adalah merupakan syirik kerana sebenarnya ia sedang menyangka keberadaan badan dirinya yang sedang dirasakan keberadaannya itulah yang akan disangka sebagai keberadaan Allah.

INI ADALAH MERUPAKAN SYIRIK YANG TERSEMBUNYI LAGI TERSEMBUNYI

Bertaubat Dengan Taubat Nasuha

40.Surah Ghafir ayat 1
حم
Haa, Miim.
40.Surah Ghafir ayat 2
تَنزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ
Turunnya Al-Quran ini dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
40.Surah Ghafir ayat 3
غَافِرِ الذَّنبِ وَقَابِلِ التَّوْبِ شَدِيدِ الْعِقَابِ ذِي الطَّوْلِۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ إِلَيْهِ الْمَصِيرُ
Yang Mengampunkan dosa, dan Yang Menerima taubat; Yang Berat azabNya; Yang Melimpah-limpah kurniaNya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepadaNyalah tempat kembali.
Ayat Kursi - Al-Baqarah 255
اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ، لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ، مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ، يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ، وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ، وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ، وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا، وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
"Allah, tidak ada ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya). Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi-Nya tanpa seizin-Nya. Dia mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka. Mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dia tidak merasa berat memelihara keduanya. Dan Dia Maha Tinggi lagi Maha besar." (QS. Al Baqarah: 255)

BERTAUBATLAH DENGAN "TAUBAT NASUHA", MUDAH-MUDAHAN TUHAN KAMU AKAN MENGHAPUSKAN KESALAHAN-KESALAHAN KAMU DAN MEMASUKKAN KAMU DALAM SYURGA

66.Surah At-Tahrim ayat 6
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
66.Surah At-Tahrim ayat 7
Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka): "Hai orang-orang yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang kamu telah kerjakan".
66.Surah At-Tahrim ayat 8
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

Taubat Nasuha ialah bertaubat daripada melakukan segala perbuatan syirik seperti firman Allah

2.Surah Al-Baqarah ayat 54
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU". Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".

Didalam firman Allah didalam Surah Al-Baqarah ayat 54, Allah menerangkan bahawa kaum Nabi musa telah melakukan syirik dengan menyembah patung anak lembu.

Nabi Musa telah mengarahkan kaumnya supaya bertaubat daripada melakukan perbuatan syirik tersebut dengan perintah "BUNUHLAH DIRI KAMU"

KAITAN PERINTAH ALLAH "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI," DENGAN SABDA RASULULLAH BERKAITAN "MATI SEBELUM MATI," DENGAN FIRMAN ALLAH BERHUBUNG DADA YANG LAPANG, HATI YANG TENANG TENTERAM

Dari Abdullah bin Mas'ud ia berkata : Rasulullah saw membaca ayat,

39.Surah Az-Zumar ayat 22
Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.

Kami para sahabat bertanya : Ya Rasulullah bagaimana dadanya orang itu boleh lapang ? Rasulullah menjawab : Kalau cahaya Allah sudah masuk ke dalam hati seseorang, maka hatinya menjadi lapang dan luas.

Kami para sahabat bertanya : Tandanya apa ya Rasulullah ? Jawab Rasulullah saw : Yaitu kembali kepada negeri yang kekal, meninggalkan dunia yang penuh tipuan. Dan mempersiapkan mati sebelum mati kita.

Nabi Besar Muhammad saw bersabda, "Wahai pencari rahsia! Mahukah kamu melihat orang mati yang hidup, berjalan dibumi seperti orang hidup tetapi jiwanya berada dilangit, kerana beliau telah diubah pindah sebelum mati dan tidak lagi diubahpindah setelah mati. Rahsia ini berada di luar sempadan fikiran, hanya diketahui melalui mati. Barang siapa hendak melihat orang yang mati berjalan di muka bumi, lihatlah Abu Bakar, seorang yang 'alim dan 'abid kerana beliau menjadi saksi yang benar terhadap Allah swt. Menjadi putera orang-orang yang di hidupkan semula."

Pertanyaan Allah dalam ayat diatas sangat sederhana: "Apakah sama ? .. " Apakah sama, orang yang dibuka dadanya... dengan orang yang tidak dibuka? Jawabannya: "pastilah tak sama...", sebab bagi yang dibukakan dadanya ada tanda-tandanya. Tandanya : Seperti mati... , seperti kembali ke alam abadi. Tanda yang diberi tahu oleh Rasulullah itu bukanlah sekedar kalimah puitis yang indah. Bukan... Sebab itu adalah sebuah perlakuan yang dialami sendiri oleh Rasulullah. Keadaan yang dialami oleh Rasulullah adalah seperti mati sebelum mati.. Kalau tidak begitu: neraka wail, celaka.. bagi mereka yang keras hati, padahal mereka menyebut Allah. Mereka itulah dalam kesesatan yang nyata.

Malik bin Dinar berkata; tidaklah seorang hamba itu disiksa dengan pukulan yang sangat keras yang rasanya melebihi dari kerasnya hati. Dan tidaklah Allah marah kepada suatu kaum, kecuali pasti dicabut rahmat.

Jadi kalau Allah marah kepada kita, dicabut rahmatNya Kalau begitu..., rahmat itu ada... Dan rasa dicabut itu juga ada... Rasa diberi rahmat itu juga ada...

Cuma sayang, banyak diantara kita yang sudah tidak boleh lagi membezakan rahmat itu ada atau tidak ada. Kita tidak tahu rahmat. Itu karena memang kita umat islam ini belum selesai dalam melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid. Kita juga sudah tidak lagi bernafas sepertimana kita mula dilahirkan, belajar memahami Ilham, sehingga kita terhindar dari memahami berita-berita yang dikirimkan oleh Allah kedalam hati kita. karena hati kita sedang mati dan gelap. Sehingga ilham itu tidak terbaca, rahmat itu tidak terbaca, riqqah itu tidak terbaca.

Harusnya semua sudah kembali menjadi "duduknya" kaum salik yang mendekati Allah. Dan boleh pula menerangkan kebaikan-kebaikan yang didapatkan bersama riqqah yang turun kedalam dada kita.

Orang yang mengetahui ilmunya sahaja, tanpa melakukan sepertimana apa yang telah diperkatakan oleh ilmu, memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan, kita mesti lakukan sepertimana yang telah diperkatakan, mesti beramal, mesti melakukan sendiri, mesti dipraktikkan ... Satu saja perlakuan. Pasti anda berhenti dari berdebat dan melakukan hal-hal yang tak perlu.

Contoh yang perlu dilakukan ... Apa yang perlu dilakukan untuk Ingat kepada Allah

2.Surah Al-Baqarah ayat 198
Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang SALAH JALAN IBADATNYA.
7.Surah Al-'A`raf ayat 205
Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

Apa yang boleh dilakukan untuk "INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU"

43.Surah Az-Zukhruf ayat 36
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

Terus diancam oleh Allah, barangsiapa yang hatinya tidak berdzikir kepada Allah.. maka PASTI hatinya dikerumuni syaitan.. Dan... : 58.Surah Al-Mujadila ayat 19

58.Surah Al-Mujadila ayat 19
Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.

HENDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH

76.Surah Al-'Insan ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

Tambahan tanda-tandanya dikuatkan lagi melalui firmanNya...

8.Surah Al-'Anfal ayat 2
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
39.Surah Az-Zumar ayat 23
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.

Kalau disebut ayat-ayat tentang siksa. Kulit mereka bergetar, karena takut kepada Allah. Kalau disebut ayat-ayat yang mengandung rahmat Allah. Hatinya menjadi lembut dan tenang.

13.Surah Ar-Ra`d ayat 28
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Dari 'Ibnu Abbas bin 'Abdul Mutalib, ia berkata, bersabda Rasulullah saw, "Man iqsya'rra jilduhu min khasy yatillahi ta'ala tahatat 'anhu dzunubuhu kama yatahatu 'an asy syajratil yabisati waraquha," "Kalau kulit hamba bergetar karena takut kepada Allah, maka dosa-dosanya luruh. Seperti luruhnya daun-daun dari pohon yang kering".

Berkata Rasulullah : kalau seorang hamba kulitnya bergetar karena takut kepada Allah, maka Allah mengharamkannya atas neraka.

Qatadah berkata inilah sifat para wali Allah.. yang Allah mensifati mereka dengan hatinya bergetar dan tenang ketika menyebut nama Allah. tetapi Allah tidak menyifati mereka bahwa ketika berzikir itu akalnya hilang dan pingsan. Kalau itu terjadi, maka dia berarti ahli bid'ah dan termasuk kelakuan syaitan.

Dari Ibnu Umar, Sesungguhnya Ibnu Umar menemui seorang pemuda Iraq yang tiba2 terketar-ketar. Ibnu Umar bertanya, ma balin hadza ? Kenapa dengan orang ini ??? Qaaluu : Innahu idza quri'a alaihi al qur'an au sami'a dzikrullah , saqatha ! Jawab orang2 Iraq : Sesungguhnya dia apabila dibacakan al quran kepadanya atau mendengar sebutan nama Allah dia terketar-ketar. Ibnu Umar berkata "Kami ini (para sahabat) adalah orang2 yang takut pada Allah, tapi kami tidak pernah ketar-ketar. inna syaithana yad'khulu fi jaufi ahadihim maa kana hadza shani'u ash habi Muhammad Saw. Kalau syaitan sudah masuk ke rongga dada manusia, seperti inilah yang terjadi. Sedangkan hal ini tidak pernah aku temui pada masa Muhammad saw. (tidak pernah terjadi pada para sahabat). — Kitab Al baghawi hal: 1125

Jadi tanda-tanda dibukanya dada seseorang oleh Allah bukanlah tubuhnya keter-keter, memusing-musing, pengsan tidak sedarkan diri Yang diriwayatkan oleh al qur'an dan hadist: kulit dan hati mereka bergetar yang berasal dari keimanan mereka. Kemudian Allah menurunkan ketenangan dan kelembutan yang disebut RIQQAH, ightanimuu du'a 'inda riqqati fainnaha rahmah ( hadist) . Adanya bukan ketar-ketar, tapi "Riqqah". Kelembutan yang muncul dari keimanan dan cahaya Allah. Itulah rahmat, yang tidak akan pernah dirasakan oleh orang-orang yang tidak beriman.

Dalil berikutnya: Dari Urwah bin Zubair (Zubair adalah cucu Abu Bakar) berkata kepada neneknya Asma binti Abu Bakar. "Nenek bagaimana di zaman Rasulullah, apa yang terjadi pada para sahabat apabila dibacakan Al Quran kepada mereka? Asma berkata "Mereka seperti disifati Al Quran kulit mereka bergetar kulit mereka dan bercucuran air mata mereka." Urwah bertanya lagi.. bagaimana yang terjadi dengan orang2 di zaman kita ini. Apabila dibacakan Al Quran mereka tersungkur kemudian pingsan. Asma berkata ; A'udzubillahi minna as-syaitân ar rajîm".

Janji Allah Kepada Orang Yang Telah Melaksanakan Perintah Allah "Bunuhlah Diri Kamu Sendiri"

4.Surah An-Nisa' ayat 66 hingga 69
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU" NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka). Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar; DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

Jalan Yang Lurus Yang Dimaksudkan Ialah Sepertimana Firman Allah

15.Surah Al-Hijr ayat 39-42
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". Allah berfirman: "INILAH SATU JALAN YANG LURUS, YANG TETAP AKU MEMELIHARANYA. "Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
38.Surah Sad ayat 82-83
Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, - " Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang ikhlas".
17.Surah Al-'Isra' ayat 65
Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).

Apakah yang dimaksudkan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" dan bagaimana hendak melaksanakan perintah Allah yang tersebut ? Maksud daripada perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" ialah melaksanakan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran, yang apabila dilakukan perintah tersebut akan menghilangkan keberadaan atau keakuan diri sendiri

Bila Rasa Takut, Atau Sedang Melakukan Perbuatan Keji Atau Menganiayai Diri Sendiri, Sebut Dan Ingatlah Kepada Allah

2.Surah Al-Baqarah ayat 155-157
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Apabila kita mengalami perasaan takut, sedarlah dengan sepenuh tumpuan kepada perasaan takut itu didalam masa yang sama sebutlah Allah sebanyak-banyaknya.. Apabila kita mengalami perasaan dan berada didalam keadaan kelaparan, sedarlah dengan sepenuh tumpuan kepada keadaan kelaparan itu sambil menyebut Allah sebanyak-banyaknya...

3.Surah 'Ali `Imran ayat 135-136
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

Bila kita sedang berada didalam keadaan sedang menganiayai diri sendiri (berlaku syirik), tumpukan sebulat tumpuan kepada keadaan tersebut, didalam masa yang sama ingatlah kepada Allah dengan menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya..

Diantara Perintah Allah Yang Apabila Dilaksanakan Akan Menyebabkan Seseorang Itu Telah Bertaubat Dengan Taubat Nasuha

76.Surah Al-'Insan ayat 23-26
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur. Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar. Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang; Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.
33.Surah Al-'Ahzab ayat 41-43
Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang. Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat).
18.Surah Al-Kahf ayat 23-24
Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".
7.Surah Al-'A`raf ayat 204-206
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. Sesungguhnya mereka (malaikat) yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan mereka pula bertasbih bagiNya, dan kepadaNyalah jua mereka sujud.
2.Surah Al-Baqarah ayat 198-209
Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya. Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat. Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya. Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertaqwa dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya. Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan. Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah engkau kepada Allah" timbulah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal. Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya. Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
32.Surah As-Sajdah ayat 15-17
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.

Perintah Allah tentang cara untuk bertasbih bagi mensucikan nama Allah yang terkandung didalam Surah Al-'Ala dari ayat 1 hingga ayat 19:

Surah Al-'Ala 1-19
1. Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), - 2. Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya; 3. Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya); 4. Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak, 5. Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman. 6. Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa, 7. Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi. 8. Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat. 9. Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna); 10. Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu; 11. Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya, 12. Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya), 13. Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang. 14. Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh), 15. Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk). 16. (Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; 17. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. 18. Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, - 19. Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.
BERTASBIHLAH DENGAN MENYEBUT-NYEBUT DENGAN LIDAH DAN HATI AKAN NAMA TUHANMU IAITU ALLAH

BERTASBIHLAH DENGAN MENYEBUT-NYEBUT DENGAN LIDAH DAN HATI AKAN NAMA TUHANMU IAITU ALLAH

Untuk menyebut nama Allah boleh dilakukan mengikut sepertimana kaedah yang telah Allah firmankan didalam SURAH AL-MUZZAMMIL dari ayat 1 hingga 8 dan perlu ditekankan pada ayat ke 8

73.Surah Al-Muzzammil ayat 1-8
1. Wahai orang yang berselimut!. 2. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), 3. Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, 4. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". 5. (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). 6. Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. 7. (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya; 8. Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Ini adalah cara untuk menyebut nama Allah dengan lisan lidah yang perlu dilakukan sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah

Bagaimana hendak menyebut nama Allah dengan lisan lidah boleh dilakukan mengikut daripada firman Allah pada Surah Al-'Isra' dari ayat 105 hingga 111 dan cara untuk menyebut nama tuhanmu perlu ditekankan pada ayat 110..

17.Surah Al-'Isra' ayat 105-111
105. Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmat Kami turunkan Al-Quran, dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan; dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar). 106. Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur. 107. Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): "Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk); 108. Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): "Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. " 109. Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk. 110. Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu. 111. Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!"

Untuk menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati boleh dilaksanakan mengikut apa yang tersurat dan apa yang tersirat didalam sabda Rasulullah saw

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah....

Sebelum daripada seseorang itu melaksanakan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw seperti diatas, seseorang itu perlu tahu dan boleh menghuraikan sendiri apakah yang dimaksudkan dengan syirik, pembahagiannya dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi

Supaya ia tidak melaksanakan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw yang disertakan dengan masih dan sedang melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Jika seseorang itu melaksanakan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw yang masih dan sedang disertakan dengan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.. Akan Gugur segala amal yang dilakukan didalam keadaan syirik

39.Surah Az-Zumar ayat 65
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.
6.Surah Al-'An`am ayat 88
Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia memimpin sesiapa yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).

INI YANG PERLU DIBINCANGKAN DENGAN LEBIH LANJUT LAGI ....

CARA UNTUK MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH YANG TERSURAT DAN YANG TERSIRAT DIDALAM FIRMANNYA

73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
17.Surah Al-'Isra' ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
7.Surah Al-'A`raf ayat 180-183
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan. Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya. Dan Aku memberi tempoh kepada mereka; sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh.

Apa yang tersurat "sebutlah akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan" akan berlaku setelah kita melaksanakan apa yang tersirat.

Diperingkat awal latihan kita mesti melakukan apa yang tersirat iaitu menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat-sifat ketuhanan yang terdapat keatas badan diri kita sendiri yang kita telah tahu dari penjelasan Allah bahawa segala sifat ketuhanan tersebut adalah sifat ketuhanan Allah.

Ini telah diperjelaskan oleh Allah seperti didalam firmanNya

34.Surah Saba' ayat 27
Katakanlah lagi: "Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah membawa makna sedang mempertuhankan sesuatu selain daripada Allah) Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

CONTOH SIFAT-SIFAT KETUHANAN SEPERTI SIFAT ADA (ZAT), MENGETAHUI (BERILMU), HIDUP, BERKUASA, BERKEHENDAK @ BERKEMAHUAN, MELIHAT, MENDENGAR, BERKATA-KATA DAN LAIN-LAIN LAGI

Setelah kita mula berakal sifat ketuhanan yang ternyata kepada diri kita mula dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri. Seterusnya semakin kita membesar segala sifat ketuhanan yang ternyata kepada makhlok yang lain juga mula dirasakan sebagai sifat makhlok tersebut.

Semasa kita membaca firman Allah seperti diatas seperti didalam Surah Saba' (Ayat 27) khasnya dan banyak lagi keterangan didalam surah dan ayat-ayat yang lain amnya. Akan lahirlah didalam ilmu dan pengetahuan kita yang "SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA BADAN DIRI SENDIRI DAN YANG TERNYATA KEPADA MAKHLOK YANG LAIN, ITU ADALAH SIFAT KETUHANAN ALLAH"

Dengan ilmu dan pengetahuan yang demikian, tidak akan menghilangkan rasa keberadaan atau keakuan kepada badan diri sendiri dan kepada makhlok yang lain..

Ini telah ditegaskan oleh Allah didalam firmanNya didalam Surah Saba' (Ayat 27) "TUNJUKKANLAH KEPADAKU SIFAT-SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA MAKHLOK-MAKHLOK YANG KAMU HUBUNGKAN DENGAN ALLAH SEBAGAI SEKUTU-SEKUTUNYA" (sedang merasakan keberadaan diri kita sendiri dan keberadaan sesuatu selain daripada Allah - inilah yang dimaksudkan dengan sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhlok yang telah dihubungkan dengan Allah sebagai sekutuNya.

Untuk mengajak manusia kembali kepada "HAKIKAT TAUHID YANG TELAH DITINGGALKAN" sejak dari manusia mula berakal, Allah telah mengutuskan para Nabi dan para Rasul...

34.Surah Saba' ayat 28
Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).
7.Surah Al-'A`raf ayat 172-174
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". Atau supaya kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?" Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran), dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).

Didalam sebuah hadis qudsi Allah telah menegaskan "INSAN ITU RAHSIA AKU, DAN AKU ADALAH RAHSIA INSAN, RAHSIA ITU ADALAH SIFAT AKU, SIFAT AKU BUKAN LAIN DARIPADA AKU"

Kembali kita membicarakan tentang bagaimana kita hendak melaksanakan perintah yang terlandung didalam firman Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."

Kita perlu menumpukan kepada sifat-sifat ketuhanan yang ada kepada badan diri kita sendiri seperti sifat (Ada, berkuasa, berkehendak, mengetahui, hidup, melihat, mendengar, berkata-kata) dan lain-lain lagi

Semasa tumpuan dengan sebulat tumpuan yang dilakukan kepada sifat-sifat ketuhanan yang terdapat kepada badan diri kita sendiri. Kita tidak boleh merasakan sifat ketuhanan tersebut sebagai sifat diri kita sendiri dan juga kita tidak boleh menyangka sifat ketuhanan tersebut sebagai sifat Allah

Untuk menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang ada pada badan diri kita sebagai sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri dan juga bukan sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah

Setiap seorang mesti tahu yang ia tidak boleh Memperkatakan dengan lisan lidah Memikirkan dengan pemikirannya Dan tidak boleh ada yang terlintas didalam hati Tentang keberadaan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain kerana ini adalah merupakan syirik yang tersembunyi

Selagi ada yang Memperkatakan dengan lisan lidah Memikirkan dengan pemikirannya Dan tidak boleh ada yang terlintas didalam hati Tentang keberadaan diri sendiri atau tentang keberadaan makhlok-makhlok lain selagi itu belum terlepas daripada syirik yang tersembunyi Selagi itulah seseorang itu belum terlepas dari perbuatan syirik yang tersembunyi.

Apa yang perlu dilakukan ialah mengulang-ngulang sifir BUKAN AKU BUKAN DI SANGKA ALLAH diluar daripada semasa kita melaksanakan perintah Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."

Kita mesti faham apa yang dimaksudkan dengan "BUKAN AKU" yang telah dilafazkan "BUKAN AKU" yang telah dilafazkan itu membawa maksud kita tidak merasakan segala sifat ketuhanan yang ada pada kita sebagai sifat diri kita sendiri

Selain daripada itu setiap seorang mesti mengetahui yang ia tidak boleh Memperkatakan dengan lisan lidah Memikirkan dengan pemikirannya Dan tidak boleh ada yang terlintas didalam hati Yang sifat ketuhanan yang ada pada diri dan pada makhlok-makhlok lain ialah sifat ketuhanan Allah diketika ia masih lagi merasakan keberadaan dirinya sendiri atau keberadaan makhlok-makhlok lain Kerana keadaan sedang Memperkatakan dengan lisan lidah Memikirkan dengan pemikirannya Dan tidak boleh ada yang terlintas didalam hati Yang sifat ketuhanan yang ada pada diri sendiri dan pada makhlok-makhlok lain adalah sifat ketuhanan Allah diketika masih lagi sedang merasakan akan keberadaan diri sendiri atau keberadaan makhlok-makhlok lain merupakan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi

Kerana apa yang telah diperkatakan sebagai sifat ketuhanan Allah ialah sangkaan ada diri yang sedang dirasakan atau sangkaan ada makhlok-makhlok yang sedang disangka ada itulah yang sedang disangka pula sebagai sifat ketuhanan Allah.

Maksud kepada sedang melafazkan perkataan "BUKAN DI SANGKA ALLAH" ialah kita tidak sedang memperkatakan segala sifat ketuhanan yang ada pada kita adalah sifat Allah didalam keadaan kita sedang merasakan keberadaan atau keakuan diri kita sendiri

Kita memperkatakan sifat ketuhanan yang ada pada kita adalah sifat ketuhanan Allah berdasarkan kepada pengetahuan yang telah terhasil dari kita telah membaca keterangan dari Allah yang terkandung didalam surah saba' pada ayat ke 27, pada masa memperkatakan bahawa sifat ketuhanan yang ada pada diri kita adalah sifat ketuhanan Allah sepertimana yang telah kita ketahui, didalam masa yang sama kita sedang merasakan akan keberadaan diri kita sendiri Jadi apa yang akan berlaku sebenarnya kita sedang mengakui bahawa sifat ketuhanan yang ada pada kita adalah sifat diri kita sendiri tetapi kita telah memperkatakan sifat ketuhanan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri kita sendiri (sedang merasa keberadaan diri sendiri) itulah sifat ketuhanan Allah

Sebenarnya apabila kita memperkatakan segala sifat ketuhanan yang ada pada diri kita sendiri didalam keadaan kita sedang merasakan akan keberadaan diri kita sendiri timbullah sangkaan yang sedang menyangka bahawa keberadaan diri kita yang sedang dirasakan ada itulah sifat ketuhanan Allah

Mengulang sifir "BUKAN AKU BUKAN DI SANGKA ALLAH" ini perlu dilakukan sehingga apabila dilakukan penumpuan sebulat tumpuan kepada sifat-sifat ketuhanan yang ada pada badan diri sendiri, sifat ketuhanan tersebut sudah dapat dirasakan sebagai sifat yang bukan sedang dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri dan bukan sifat ketuhanan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah, Sudah dan Sedang berlaku didalam keadaan sudah merasakan dengan tidak ada berlaku lagi sedang berlegar-legar didalam fikiran kita, tidak lagi terlintas didalam lintasan hati kita, tidak lagi bermain-main didalam kata-kata kita.

Bila ditumpu sahaja kepada sifat ketuhanan yang ada pada badan diri sendiri, sifat ketuhanan tersebut sudah dirasakan sebagai sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan bukan sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah yang langsung tidak ada didalam akal fikiran kita, langsung tidak ada didalam lintasan hati kita dan tidak bermain-main didalam percakapan kita..

Setelah dapat merasa dan menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang ada pada badan diri kita sendiri yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah, kita tidak perlu lagi mengulang-ngulang sifir "BUKAN AKU BUKAN DI SANGKA ALLAH"

Tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat-sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah.

Pada ketika, saat atau waktu yang sama semasa sedang menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat-sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah., sebutlah Allah dan tujukan sebutan Allah tersebut kepada sifat-sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah.

Setelah berlakunya tumpu sebulat tumpuan dengan menyebut Allah didalam, diketika atau saat atau satu masa yang sama inilah akan berlaku penyaksian dan pengakuan bahawa sifat-sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah adalah sifat ketuhanan Allah dimana tumpuan menjadi sebagai penyaksian (iaitu sedang menyaksikan) dan menyebut Allah menjadi sebagai pengakuan.

Diketika inilah dengan jelas dan nyata sedang berlaku akan firman Allah

34.Surah Saba' ayat 27
Katakanlah lagi: "Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah membawa makna sedang mempertuhankan sesuatu selain daripada Allah) Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA SIFAT KETUHANAN ALLAH AKAN BERLAKU SETELAH SESEORANG ITU MENYEBUT ALLAH DIDALAM SAAT ATAU DETIK YANG SAMA DENGAN SEDANG MENUMPUKAN DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN KEPADA SIFAT KETUHANAN YANG BUKAN YANG SEDANG DIRASAKAN SEBAGAI SIFAT BADAN DIRI SENDIRI DAN YANG BUKAN YANG SEDANG DISANGKA SEBAGAI SIFAT KETUHANAN ALLAH...

Diperingkat permulaan latihan dimulakan dengan menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang terasa pada badan diri sendiri Jangan dirasakan sifat ketuhanan tersebut sebagai sifat badan diri sendiri Jangan disangka sifat ketuhanan tersebut sebagai sifat ketuhanan Allah

Ulang-ulangkan menyebut "BUKAN AKU BUKAN DI SANGKA ALLAH" sebelum dari kita menumpukan dengan sebulat-bulat tumpukan kepada sifat ketuhanan yang terdapat pada badan diri sendiri sehingga berlakunya apabila ditumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang ada pada badan diri tersebut sudah dapat dirasakan sebagai bukan sifat ketuhanan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan bukan sifat ketuhanan yang sedang disangka sebagai sifat Allah telah berlaku dengan tidak berlaku didalam fikiran kita, tidak berlaku didalam lintasan hati kita dan tidak lagi berlaku didalam lisan percakapan kita.

Tumpu sahaja kepada sifat ketuhanan yang sedang ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan sifat ketuhanan tersebut sudah dengan sendiri telah ditumpukan sebagai sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri dan bukan sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.

Apabila sudah boleh berlaku sedemikian rupa, tidak lagi perlu mengulang-ngulang perkataan "BUKAN AKU BUKAN DI SANGKA ALLAH TERSEBUT"

Penumpuan bukan sahaja boleh dilakukan kepada sifat-sifat ketuhanan sahaja malah boleh ditumpukan kepada samada zat, sifat, nama atau perbuatan seperti firman Allah

28.Surah Al-Qasas ayat 88
Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
55.Surah Ar-Rahman ayat 26-27
Segala yang ada di muka bumi itu binasa: Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
3.Surah 'Ali `Imran ayat 163
Mereka itu (yang menurut keredaan Allah, dan yang mendapat kemurkaanNya), mempunyai tingkatan-tingkatan (pahala atau dosa yang berlainan) di sisi Allah; dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan.
2.Surah Al-Baqarah ayat 127
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;
7.Surah Al-'A`raf ayat 180
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
27.Surah An-Naml ayat 88
Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.

Yang pentingnya semasa melakukan sebulat-bulat penumpuan, tumpuan yang dilakukan tersebut bukan ditumpukan kepada samada kepada zat, sifat, nama atau perbuatan badan diri kita sendiri atau bukan kepada zat, sifat, nama atau perbuatan yang sedang disangka sebagai zat, sifat, nama atau perbuatan Allah.

Tanda seseorang itu sudah dan sedang menumpukan sebulat-bulat penumpuan samada kepada (zat, sifat, asma' atau afa'al) yang bukan yang sedang dirasakan sebagai (zat, sifat, asma' atau afa'al) diri sendiri atau kepada (zat, sifat, asma' atau afa'al) yang bukan yang sedang disangka sebagai (zat, sifat, asma' atau afa'al) Allah ialah tidak lagi diperkata dengan lisan lidah, tidak lagi berlegar-legar didalam lembah pemikiran dan tidak lagi yang terlintas didalam hati.

Setelah sudah dan sedang menumpukan sebulat-bulat penumpuan samada kepada (zat, sifat, asma' atau afa'al) yang bukan yang sedang dirasakan sebagai (zat, sifat, asma' atau afa'al) diri sendiri atau kepada (zat, sifat, asma' atau afa'al) yang bukan yang sedang disangka sebagai (zat, sifat, asma' atau afa'al) Allah Sebutlah Allah, Allah, Allah, Allah dengan lisan lidah secara tertib dan tanpa putus

Setiap sebutan Allah yang disebut itu hendaklah ditujukan kepada tumpuan yang sedang ditumpukan dengan sebulat-bulat penumpuan samada kepada (zat, sifat, asma' atau afa'al) yang bukan yang sedang dirasakan sebagai (zat, sifat, asma' atau afa'al) diri sendiri atau kepada (zat, sifat, asma' atau afa'al) yang bukan yang sedang disangka sebagai (zat, sifat, asma' atau afa'al) Allah

Sehingga berlaku menyebut Allah dengan tumpuan menumpukan sebulat-bulat penumpuan samada kepada (zat, sifat, asma' atau afa'al) yang bukan yang sedang dirasakan sebagai(zat, sifat, asma' atau afa'al) diri sendiri atau kepada (zat, sifat, asma' atau afa'al) yang bukan yang sedang disangka sebagai (zat, sifat, asma' atau afa'al) Allah telah berlaku didalam satu masa yang sama.

Setelah kedua-dua perkara ini sedang berlaku pada masa atau saat yang sama disinilah tumpuan dengan sebulat tumpuan akan menjadi sebagai penyaksian maksudnya sedang menyaksikan samada (zat, sifat, asma' atau afa'al) yang bukan yang sedang dirasakan sebagai (zat, sifat, asma' atau afa'al) diri sendiri atau (zat, sifat, asma' atau afa'al) yang bukan yang sedang disangka sebagai (zat, sifat, asma' atau afa'al) Allah Telah berlaku pada masa atau saat yang sama ini juga boleh dikatakan sudah menjadi satu.

Sebutan Allah yang sedang disebut dalam masa yang sama dengan sebulat-bulat tumpuan pula akan menjadi pengakuan bahawa samada (zat, sifat, asma' atau afa'al) yang sedang disaksikan adalah (zat, sifat, asma' atau afa'al) Allah.. Dilanjutkan lagi dengan menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada penyaksian dan pengakuan kepada (zat, sifat, asma' atau perbuatan) Allah yang sedang berlaku Sebutlah Allah, Allah. Allah tanpa putus, setiap sebutan Allah yang disebut itu hendaklah ditujukan kepada tumpuan dengan sebulat tumpuan kepada penyaksian dan pengakuan kepada (zat, sifat, asma' atau perbuatan) Allah yang sedang berlaku Setelah menyebut Allah dengan tumpuan sebulat-bulat tumpuan kepada penyaksian dan pengakuan kepada (zat, sifat, asma' atau perbuatan) Allah yang sedang berlaku telah berlaku didalam masa atau saat yang sama disinilah akan berlaku penyaksian dan pengakuan bahawa Allah yang sedang menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada penyaksian dan pengakuan kepada (zat, sifat, asma' atau afa'al) Allah Inilah yang merupakan Penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah Setelah mahir didalam latihan seperti ini, apabila disebut Allah sahaja, sudah berlaku pula tumpuan dengan sebulat-bulah tumpuan kepada Allah... Perbuatan menyebut Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada Allah ini tidak boleh berhenti walaupun sesaat kerana apabila tidak dilakukan hilanglah penyaksian dan pengakuan kepada Allah kerana menyebut Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan itulah yang merupakan penyaksian dan pengakuan kepada Allah. Bukan kita yang sedang melakukan penyaksian dan pengakuan, apa yang kita lakukan ialah melaksanakan perintah Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan." Apa yang akan terhasil dari sedang melaksanakan perintah Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan." Ialah penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya berlaku pula penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah

CARA UNTUK MELAKSANAKAN PERINTAH RASULULLAH SAW

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Ini adalah kaedah untuk menyebut Allah secara tersembunyi..

FADZILAT ZIKIR YANG TERSEMBUNYI

Rasulullah saw pernah bersabda, "Zikir (dengan tidak bersuara) lebih unggul dari pada zikir (dengan suara) selisih tujuh puluh kali lipat. Jika tiba saatnya hari kiamat maka Allah akan mengembalikan semua perhitungan amal semua makhluk-makhluknya sesuai amalnya. Para malaikat pencatat amal datang dengan membawa tulisan-tulisan mereka. Allah berkata pada mereka , lihatlah apakah ada amalan yang tersisa pada hamba-Ku ini ? Para malaikat itu menjawab , kami tidak meninggalkan sedikit pun amalan yang kami ketahui kecuali kami mencatat dan menulisnya. Allah lalu berkata lagi (pada hamba-Nya itu), kamu mempunyai amal kebaikan yang hanya Aku yang mengetahuinya. Aku akan membalas amal kebaikanmu itu. Kebaikanmu itu berupa zikir dengan sembunyi (tak bersuara)." ( Hadis Riwayat Al-Baihaqi )

Apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw untuk dilaksanakan ialah

  • Pejamkan mata mu,
  • Tongkat kan lidah mu ke langit2,
  • sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Pejamkan mata - tujuan memejamkan mata ialah untuk melakukan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan, tumpuan yang hendak dilakukan ialah sepertimana kiasan atau pengajaran yang boleh diambil didalam firman Allah

7.Surah Al-'A`raf ayat 143
Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalli" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman.

Perbuatan pejam mata yang perlu dilakukan ialah memejam mata bukan rapat, pejam mata tetapi masih boleh melihat dan ditumpukan kepada puncak hidung (kiasan daripada gunung thursinar), Tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan juga boleh dilakukan kepada sifat-sifat ketuhanan yang ada pada diri sendiri, dimana yang telah Allah jelaskan seperti didalam firmanNya pada Surah Saba' ayat 27

Surah Saba' ayat 27
Katakanlah lagi: "Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah) Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

CONTOH SIFAT-SIFAT KETUHANAN SEPERTI SIFAT ADA (ZAT), MENGETAHUI (BERILMU), HIDUP, BERKUASA, BERKEHENDAK @ BERKEMAHUAN, MELIHAT, MENDENGAR, BERKATA-KATA DAN LAIN-LAIN LAGI

Didalam firman diatas Allah telah menerangkan bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada diri sendiri yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang ada pada makhlok yang dipandang sebagai keberadaan makhlok tersebut. Adalah merupakan apa yang telah dihubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutu Sedang merasakan keberadaan atau keakuan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok sesuatu selain daripada Allah. inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah makhlok-makhlok yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. INI ADALAH MERUPAKAN SYIRIK YANG TERSEMBUNYI Allah berfirman memperjelaskan bahawa tidak ada pada sesuatu makhlok sifat-sifat ketuhanan itu Hanya Allah sahaja yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan. Disini memperjelaskan lagi bahawa sesiapa yang merasakan akan keberadaan atau keakuan dirinya sendiri disamping ada Allah sebenarnya sedang berlaku sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah

21.Surah Al-Anbya' ayat 29
Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.

SEDANG MERASAI ADA DIRI KITA SENDIRI JIKA DIHURAIKAN SECARA LISAN AKAN MEMBAWA MAKNA KEPADA KEPADA KITA SEDANG BERKATA SESUNGGUHNYA AKU IALAH TUHAN SELAIN DARI ALLAH. KITA TAHU ADA DAN SEGALA SIFAT KETUHANAN SEPERTI (ILMU, HAYAT, QUDRAT, IRODAT, MELIHAT, MENDENGAR, BERKATA-KATA DAN LAIN-LAINNYA) ADALAH SIFAT ALLAH, SELAIN DARI ALLAH BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA DAN BERSIFAT DENGAN SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAH APABILA KITA MERASA DIRI KITA BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA BERMAKNA KITA SEDANG MERASAI SIFAT KETUHANAN ALLAH (ADA) ADALAH SEBAGAI SIFAT DIRI KITA SENDIRI.. OLEH KERANA SIFAT ADA ITU SEBENARNYA SIFAT KETUHANAN ALLAH , MAKA SEDANG MERASA ADA DIRI SENDIRI BERMAKNA KITA SEDANG MELETAKKAN SIFAT KETUHANAN ALLAH KEPADA DIRI SENDIRI (YANG SEBENARNYA BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA)..

Sedang merasakan keberadaan atau keakuan diri kita sendiri membawa makna sedang bertuhankan kepada nafsu sendiri sepertimana firman Allah

25.Surah Al-Furqan ayat 43
Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
45.Surah Al-Jathiyah ayat 23
Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?

Begitu juga jika kita memandang ada makhlok selain daripada ada Allah membawa makna kita sedang meletakan sifat ketuhanan Allah kepada maklok tersebut yang membawa erti kita sedang menjadikan makhlok tersebut sebagai tuhan selain daripada Allah, bermakna sedang bertuhankan kepada dua atau lebih Tuhan selain daripada Allah membawa makna sedang menyengutui Allah dengan sesuatu yang lain. Keadaan ini juga dipanggil sebagai syirik

16.Surah An-Nahl ayat 22
Tuhan kamu (yang berhak disembah) ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).
16.Surah An-Nahl ayat 51
Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.

Apabila seseorang telah membaca firman Allah Surah Saba' ayat 27, tahulah ia bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada makhlok-makhlok termasuk pada diri kita sendiri adalah sifat ketuhanan kepunyaan Allah, makhlok tidak akan bersifat dengan sifat ketuhanan. Ini yang telah diketahui, semasa diketahui yang sifat ketuhanan yang ada pada makhlok-makhlok itu adalah sifat ketuhanan Allah, jauh didalam rasa perasaan yang merasai seseorang itu tetap akan merasai akan keberadaan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu selain daripada Allah, Dengan pengetahuan yang diketahui ini tidak akan menghilangkan akan keberadaan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu yang lain, selain daripada Allah Maksudnya dengan mengetahui bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat ketuhanan Allah, tidak akan menghilangkan rasa keberadaan, keakuan atau keupayaan dirinya sendiri Setiap seorang tidak boleh memperkatakan yang sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat Allah diketika ia masih lagi sedang merasakan akan keberadaan dirinya sendiri kerana apa yang akan berlaku ialah dia akan memperkatakan sifat ketuhanan yang sedang dirasakan atau yang sedang disangka sebagai diri sendiri itu adalah sifat ketuhanan Allah Keadaan ini akan berlaku dengan cara yang tidak disedari. Seseorang yang sedang memperkatakan segala sifat ketuhanan yang ada pada dirinya sendiri didalam keadaan ia sedang merasai akan keberadaan dirinya sendiri menyangka bahawa apa yang telah diperkataian tersebut ia telah mengesakan Allah tetapi sebenarnya apa yang sedang diperkatakan tersebut adalah merupakan syirik kerana sebenarnya ia sedang menyangka keberadaan dirinya yang sedang dirasakan keberadaannya itulah yang akan disangka sebagai keberadaan Allah INI ADALAH SYIRIK YANG TERSEMBUNYI LAGI TERSEMBUNYI, LAGI TERSEMBUNYI, LAGI TERSEMBUNYI

Seseorang itu tidak boleh merasakan sifat ketuhanan yang ada pada dirinya sebagai sifat dirinya sendiri dan ia juga tidak boleh menyangka yang sifat yang ada pada dirinya sebagai sifat Allah... Semasa menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang ada pada dirinya seseorang itu tidak boleh merasakan sifat ketuhanan tersebut sebagai sifat dirinya sendiri dan dia tidak boleh menyangka sifat ketuhanan tersebut sebagai sifat ketuhanan Allah. Tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan hendaklah ditumpukan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.. Setelah boleh menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah..

"TUNGKATKAN LIDAH KELANGIT-LANGIT" Kemudian sebutlah "ALLAH, ALLAH, ALLAH, ALLAH, ALLAH, ALLAH, ALLAH" tanpa putus dengan tertib, jangan terlalu laju dan jangan terlalu lambat. Sebutan Allah ini akan berlaku pada setiap kali goyangan bulu ruma tunggal atau kunci nyawa.

Setiap sebutan Allah yang disebut itu hendaklah ditujukan kepada tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.. Lakukan sehingga dapat merasakan sedang menyebut Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah telah berlaku pada masa atau pada saat yang sama...

BAGAIMANA HENDAK MENYEBUT ALLAH DIDALAM KEADAAN SEDANG MENUNGKATKAN LIDAH KELANGIT-LANGIT? Semasa seseorang menyebut Allah pada masa lidah tidak ditungkatkan kelangit-langit, pergerakan lidah akan membunyikan perkataan Allah yang sedang disebut. Tetapi setelah lidah ditungkatkan kelangit-langit , lidah tidak lagi boleh bergerak, Semasa menyebut Allah diketika lidah sedang ditungkatkan kelangit-langit, apabila disebut Allah ada anggota lain yang dipanggil dengan nama bulu ruma tunggal atau ada juga yang menamakan anggota tersebut dengan nama kunci nyawa... Pergerakan anggota tersebut diketika menyebut Allah dengan cara lidah sedang ditungkatkan kelangit-langit menandakan seseorang itu sedang menyebut Allah (secara tersembunyi) didalam hati.... Pada ketika sedang berlakunya menyebut Allah dengan penumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah pada masa atau pada saat yang sama... Diketika inilah sedang berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, dimana tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan akan menjadi sebagai penyaksian dan menyebut Allah akan menjadi sebagai pengakuan bahawa sifat ketuhanan yang sedang disaksikan tersebut adalah sifat ketuhanan Allah.

Diteruskan latihan dengan menyebut Allah diketika atau pada saat yang sama dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah yang sedang berlaku. Setelah berlaku sedang menyebut Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah pada saat dan masa yang sama disini akan berlaku pula penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah. Keadaan inilah yang dimaksudkan oleh perkataan "ASHADU AN - AKU NAIK SAKSI" diawal dari kalimah "LAA ILAHA ILLALLAH"

Pada ketika inilah seseorang itu perlu melafazkan kalimah "LAA ILAHA ILLALLAH" mengikut sepertimana sabda Rasulullah saw melalui hadis Riwayat Thabrani dan Baihaqi Dari 'Ali karamallahu wajhah: Aku katakan: Ya Rasulullah, manakah jalan thariqat yang sedekat-dekatnya kepada Allah dan semudah-mudahnya atas hamba Allah dan semulia-mulianya di sisi Allah? Maka Sabda Rasulullah SAW.: Ya Ali, penting atas kamu berkekalan/senantiasa berzikir kepada Allah. Berkatalah Ali: Tiap orang berdizikir pada Allah. Maka Rasulullah SAW. bersabda: Ya Ali, tidak ada terjadi kiamat sehingga tiada lagi tinggal di atas permukaan bumi ini, orang yang mengucapkan Allah, Allah. Maka sahut Ali kepada Rasulullah SAW: Bagaimana caranya aku berzikir ya Rasulullah? Maka Sabda Rasulullah SAW: Pejamkan kedua matamu dan dengarkanlah dari saya ucapan tiga kali. Kemudian ucapkanlah seperti itu dan aku akan dengarkan. Maka sejenak Rasulullah SAW mengucapkan Laa ilaaha illallah, tiga kali sedang kedua matanya tertutup. Kemudian Ali pun mengucapkan kalimat laa ilaaha illallaah seperti demikian. Ajaran tersebut kemudian Sayyidina Ali ajarkan pula kepada Hasan Basri dan dari Hasan Basri diajarkan kepada al-Habib al-Ajamy, dari al-Habib diajarkan kepada Daud Atha'iy, dari Daud diajarkan kepada al-Makruf Al Karakhi dan dari al-Makruf ke pada As Sari, dan kemudian dari As Sari kepada al-Junaid.

Ketika Nabi Muhammad SAW menunjukkan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu kepada Saidina Ali, baginda bersabda : Hai Ali, pejamkan kedua matamu dan engkau dengar daripada aku tiga kali aku berkata "Laa ilaaha illallah" tiga kali, dan aku mendengar bacaan engkau. Maka berkata Nabi tiga kali mengucapkan kalimat "Laa ilaaha illallah" (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) dengan memejamkan kedua mata, Nabi mengangkat suaranya, Ali mendengarnya. Kemudian Ali mengatakan "Laa ilaaha illallah" (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) tiga kali seperti yang dikatakan Nabi itu, dan Ali pun memejamkan kedua matanya dan mengangkatkan suaranya, sedangkan Nabi mendengar bacaan Ali pada saat Ali ibn Abi Thalib mengalami fana fillah. Kemudian Setelah Ali sadar, maka Nabi bertanya kepada Ali mengenai perjumpaannya dengan Allah, maka Ali berkata :Roaitu robbi bi'aini qolbi, faqultu laa sakka anta anta Allah. "Kulihat Tuhanku dengan mata hatiku dan akupun berkata: tidak aku ragu engkau, engkaulah Allah".Setelah Ali menceritakan perjumpaannya dengan Allah, maka kemudian Nabi membawa Ali di hadapan para umat dan berkata :Ana madinatul 'ilmi wa Ali baabuhaa. "Aku adalah gudangnya ilmu dan Ali adalah pintunya".

CARA SETERUSNYA DENGAN MENGADAKAN SOALAN SIAPAKAH YANG ???..., PASTIKAN MENJAWAB ALLAH.

(NYATAKAN SAMADA SIFAT, ASMAK ATAU PERBUATAN YANG BUKAN YANG DIRASAI SEBAGAI SIFAT, ASMAK ATAU PERBUATAN BADAN DIRI SENDIRI DAN YANG BUKAN YANG DISANGKA SEBAGAI SIFAT, ASMAK ATAU PERBUATAN ALLAH) YANG SEDANG DISEDARI DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN DAN DENGAN MENENTUKAN JAWAPANNYA "ALLAH" - JIKA DILAKUKAN SECARA ISTIQOMAH AKAN MEMBUAHKAN MAKRIFATULLAH

Dalam soal ingat kepada Allah ini Allah telah pun mengajar kita bagaimana cara kita nak ingat kepadanya... Allah telah terapkan ingat kepada kekasih hati kita ingat kepada ibu bapa kita dan lain-lain sebagai pelajaran kepada kita supaya kita belajar darinya bagaimana nak ingat kepada Allah... Kita ada seorang kekasih hati, dalam ramai-ramai manusia dialah yang selalu kita ingat, ingat sangat-sangat sampai terbawa-bawa sehingga ketempat tidur, kalau tak dapat lihat sikekasih hati itu, dapat lihat harta benda dia seperti rumah, kereta, baju dan lain-lain sudah terubat rasa ingat dan rindu kepadanya.. Jika tidak dapat melihat sikekasih hati, dapat lihat kepada kaum keluarganya cukuplah untuk mengubati ingat dan rindu dendam kepadanya... Jika kepada sesama manusia yang dipanggil sebagai kekasih hati kita boleh ingat dan rindu sampai separuh gila, kenapa kepada Allah kita tak boleh ingat sampai macam tu.. Sebab kita tidak mengenali Allah seperti kita mengenali kekasih hati kita itu... Untuk dapat mengingati Allah hendaklah Allah dikenali dengan sebenar-benar kenal. Kita tidak akan dapat ingat kepada yang kita tidak kenali.... Untuk itu marilah kita semua sama-sama mencari jalan bagaimana kita nak kenal Allah.. Bukan membicara bagaimana Allah tetapi belajar apa yang perlu kita lakukan supaya Allah memperkenalkan dirinya.. Allah sentiasa memperkenalkan dirinya, pengenalannya itu kita telah anggap sebagai ujud DIRI SENDIRI disamping wujud Allah... Apa yang perlu kita buat supaya kita tidak menganggap pengenalan Allah itu sebagai ujud DIRI SENDIRI lain UJUD LAIN selain dari Allah supaya kita boleh ingat kepada Allah seperti kita ingat kepada kekasih hati kita sekarang ini... Untuk memudah mencapai ingat dan mengenali Allah sentiasalah bertanyakan soalan "Siapa yang ..... Boleh mengambil samada sifat, asma' atau afa'al Allah, sebaiknya apa yang disedari diSAAT dan ketika ini juga" Contoh kita sedang merasai keujudan diri kita "ajukan soalan siapa yang menjadikan kita, tentukan jawapannya Allah, ketika sedang kita berjalan, tanyalah soalan siapakah yang menjadikan kita sedang berjalan ini, tentukan jawapannya "ALLAH" Ketika kita sedang berfikir, soallah siapa yang sedang memberi kita berfikir, tentukan jawapannya "ALLAH" Ketika kita sedang bersama suami atau isteri kita, ajukan soalan siapakah yang memberi kita sedang bersama dengan suami atau isteri kita, tentukan jawapannya "Allah" Ketika kita sedang menjalankan tugas harian ditempat kerja masing-masing, ajukan soalan siapakah yang bagi kita menjalankan tugas ini, tentukan jawapannya "Allah" dan seterusnya Latih memberi soalan seperti ini sehingga kesedaran yang Allah yang menjadikan sesuatu terlahir dengan sendirinya dan kita sedang melihat Allah menjadikan sesuatu itu dengan sebenar-benarnya.. Kaedah ini didapati didalam firman Allah

6.Surah Al-'An`am ayat 12
Bertanyalah (wahai muhammad): "Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?" Katakanlah: "(Semuanya itu) adalah milik Allah. Ia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat. Demi sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya". Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dangan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.
34.Surah Saba' ayat 24
Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata".
10.Surah Yunus ayat 31
Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? "(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang menguasai segala-galanya! "Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?
10.Surah Yunus ayat 35
Bertanyalah (wahai Muhammad): "Adakah di antara makhluk-makhluk: yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang dengan memberi petunjuk kepada kebenaran? "Katakanlah: "Allah jualah yang memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran; (kalau sudah demikian) maka adakah yang dapat memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran itu, lebih berhak diturut, ataupun yang tidak dapat memberi sebarang petunjuk melainkan sesudah ia diberi hidayah petunjuk? Maka apakah alasan sikap kamu itu ? Bagaimana kamu sanggup mengambil keputusan (dengan perkara yang salah, yang tidak dapat diterima oleh akal)?"
10.Surah Yunus ayat 34
Bertanyalah (kepada mereka wahai Muhammad): "Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang mula menciptakan sesuatu kejadian kemudian ia mengembalikan adanya semula (pada hari kiamat)? "Katakanlah: Allah jualah yang mula menciptakan sekalian makhluk kemudian Ia mengembalikan adanya semula (untuk menerima balasan); oleh itu, mengapa kamu rela dipalingkan (kepada menyembah yang lain)?"
13.Surah Ar-Ra`d ayat 16
Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?" Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?" Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".
39.Surah Az-Zumar ayat 62
Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.
43.Surah Az-Zukhruf ayat 45
Dan bertanyalah kepada umat mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu; pernahkah Kami memberi hukum menetapkan sebarang tuhan untuk disembah, selain dari Allah Yang Maha Pemurah.

Kembalilah kepada Allah dengan selalu mengajukan soalan kepada diri " SIAPAKAH YANG ???" Dan tentukan jawapannya "ALLAH" Praktiklah sehingga sampai dapat merasakan Allah sedang mencipta dan Allah sedang menjadikan segala perbuatan...

17.Surah Al-'Isra' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

LANGKAH SETERUSNYA - KEMBALI KEPADA ALLAH MELALUI JALANNYA NAFAS

TEMPAT PERTEMUAN DUA LAUTAN - SALAH SATU DARIPADA PELBAGAI JALAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG BOLEH DILAKUKAN... KEMBALI KEPADA ALLAH MELALUI JALANNYA NAFAS ... Apa yang sering diperkatakan; Matikan sangkaan ada diri sendiri disamping ada Allah Hidup atau hadzirkan rasa ada Allah sahaja (esa). Ada yang mana satu yang hendak dihadzirkan sebagai ada Allah.. Ada yang sedang dirasai sekarang ini, yang selama ini telah disangka sebagai ada diri sendiri disamping ada Allah. Ada yang sedang dirasa yang selama ini yang telah disangka ada diri sendiri itu hendaklah disangka sebagai ada Allah yang sedikit yang diperkenalkan.

ALLAH MENGIKUTI SANGKAAN HAMBANYA Firman Allah dalam hadis Qudsi. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى: أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي، وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي، فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي، وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا، وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً " "Dari Abu Hurairah radhiallahu'anhu ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda, Allah Ta'ala berfirman, "Aku mengikuti sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Dan Aku ada bersamanya jika ia sentiasa ingat Aku. Jika ia ingat Aku sendirian, maka Aku pun akan ingat ia sendirian. Jika ia ingat Aku dalam sekumpulan orang, Aku akan ingat dia dalam kumpulan yang lebih baik dari itu (Malaikat). Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal, Aku akan mendekat kepadanya sehasta, jika ia mendekat kepadaku sehasta, Aku akan mendekat kepadanya satu depa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku akan mendatanginya berlari" (HR. Bukhari no.7405).

Yang sedang menyangka ada yang sedang dirasai sekarang ini sebagai ada Allah yang sedikit yang sedang diperkenalkan juga adalah Allah sendiri.. Istiharkan perang dengan sangkaan ada diri sendiri (hawa nafsu sendiri) disamping ada Allah sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang terhasil daripada telah melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid. Tanda telah berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada Allah ialah tidak lagi timbul sangkaan ada diri sendiri.... Tidak lagi merasa ada diri sendiri kerana sedang berlaku penyaksian dan pengakuan kepada ada Allah semata-mata.... Esa adanya. Seterusnya akan berlaku pula pentaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah keadaan dimana Allah yang sedang merasa Allah ada.. Bila sudah mencapai dan sedang merasa Allah sedang merasa Allah ada ( AKU KENAL TUHANKU DENGAN TUHANKU).. Maka ternyatalah Allah yang awal, Allah yang akhir, Allah yang zahir, Allah yang batin.. Zahir Allah namanya Adam (Huwaz zohiru) Batin Allah namaNya Muhammad (huwal batinu) Sabda Nabi Muhammad saw "ANA ABU AR RUH WA ADAM ABU BASYAR Rahsia Allah Huu zat semata-mata ( huwal auwalu, huwal akhiru).. Allah nama bagi zat - Allah setelah dinyatakan kenyataannya pada keseluruhan Alam ini. - kenyataannya ialah ketika keluarnya nafas. Huu zat semata-mata - Nama bagi zat Allah sebelum ternyatanya kenyataan Allah ( Akulah perbendaharaan yang tersembunyi) kenyataannya ketika masuknya nafas. Haq - Nama kebenaran Allah, kenyataannya ditempat pertemuan, atau perhentian nafas (tidak masuk dan tidak keluar - pertemuan diantara hamba dengan tuhan, tiada tuhan dan tiada hamba lagi hanya Esa zat semata-mata - Zikirnya AH - AH dan HAQ.(setelah telan air liur) Disinilah pertemuan diantara dua lautan (lautan lahir dan lautan batin - pertemuan huwaz zohiru (dikiaskan kepada nabi Musa a.s dengan huwal batinu (dikiaskan dengan Nabi khidzir) Hum - adalah nama Allah yang penghabisan kali disebut ketika terputusnya nafas yang penghabisan, dimana kunci nyawa atau bulu ruma tunggal akan membentuk huruf mim simpul. Alif kenyataannya pada batang hidung, Lam kenyataannya pada lidah (tertungkat kelangit-langit yang telah membenarkan nafas yang penghabisan melaluinya untuk keluar melalui ubun-ubun sepertimana ianya mula-mula masuk kedalam tubuh setelah roh ditiupkan... (Mengikut jalan yang lurus)..Jika lidah tidak tertungkat kelangit-langit ditakuti nafas yang penghabisan tersalah jalan ( bukan jalan yang lurus tetapi jalan yang tersesat).

7.Surah Al-'A`raf ayat 29
Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).

BALIKLAH BERNAFAS SEPERTIMANA KITA MULA-MULA DILAHIRKAN Mim kenyataannya pada kunci nyawa atau bulu ruma tunggal akan membentuk huruf mim simpul setelah nafas yang penghabisan terputus (kullunafsin za i khotul maut)... Apabila berlakunya nafas yang penghabisan maka terputuslah hubungan diantara Roh (Huwal batinu) dengan jasad (huwaz zohiru).. nyatalah Huwal akhiru... Alif lam mim - Allah latifun muhitul lil 'alamin... Allah maha lemah lembut serta meliputi keseluruhan alam zahir dan batin ( huwaz zohiru huwal batinu)... Jasad sentiasa mati seperti matinya manyat. Sebagaimana manyat begitulah jasad kita sekarang ini. Manyat nampak hidup kerana telah ditiupkan Rohullah kedalamnya. Sebenarnya Rohullah inilah yang hidup, hidup Rohullah terpancar dan terlihat keatas jasad atau badan melalui nafas.. Selagi ada nafas selagi itulah jasad akan nampak hidup, segala sifat-sifat ketuhanan yang terlihat, yang terasa pada badan atau jasad adalah sifat Rohullah yang dinyatakan keatas badan melalui nafas.. Jadi nafas sebenarnya adalah pekerjaan Rohullah yang menyampaikan segala apa yang ada pada Rohullah kepada jasad... yang menyampaikan ini dinamakan pesuruh Allah Rohullah adalah sifat ketuhanan Allah, Rohullah bersifat dengan cara ghaib iaitu tidak nampak oleh mata, tidak dapat dipegang oleh tangan, tidak dapat difikirkan oleh akal. Sifat Rohullah ini ternyata kepada badan melalui nafas..... Nafas adalah jalan yang sentiasa menghubungkan diantara jasad dengan Rohullah. Setelah terhenti nafas maka terputuslah jambatan atau jalan penghubung yang menghubungkan diantara jasad dengan Rohullah... Nafas adalah jalan yang menghubungkan diantara Rohullah dengan jasad. Nafas juga adalah jalan atau tempat dimana Rohullah menyerahkan apa yang ada padanya kepada jasad dan tempat atau jalan dimana jasad akan menyerahkan apa yang ada padanya kepada Rohullah... Setelah Ruhullah ditiupkan kedalam jasad maka nafaslah yang menjadi jalan penghubung diantara Rohullah dengan jasad.... Setelah keluar sahaja dari rahim ibu (surga) maka Rohullah sentiasa terhubung dengan jasad melalui nafas.. Rahsia yang dibawa bersama Ruhullah semasa dilahirkan iaitu "JANJI SETIA ATAU BAI'AH KEPADA ALLAH" sepertimana yang terkandung didalam firman Allah

7.Surah Al-'A`raf ayat 172
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

DAN PERJANJIAN INI TELAH DITURUNKAN KEPADA JANIN DIKETIKA JANIN BERUMUR TIGA BULAN SEPULUH HARI DIDALAM KANDUNGAN IBU YANG DIPANGGIL DENGAN SALAM ZAMAN IAITU SEPERTI YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH

6.Surah Al-'An`am ayat 79
إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًاۖ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ "Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".
6.Surah Al-'An`am ayat 162-163
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".

DARI AYAT-AYAT INI MENERANGKAN TELAH BERLAKU PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN BAHAWA ALLAH ADALAH TUHAN KITA PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN INI TERUS BERLAKU SEHINGGALAH KITA DILAHIRKAN KEDUNIA INI DAN IANYA KEKAL SEHINGGALAH KITA SEMUA MULA BERAKAL.. SETELAH KITA MULA BERAKAL, BERMULALAH ERA KITA MULA MERASAKAN SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA DIRI KITA SEBAGAI SIFAT BADAN DIRI KITA SENDIRI.. TETAPI ALLAH TELAH MENJELASKAN DIDALAM FIRMANNYA

34.Surah Saba' ayat 27
Katakanlah lagi: "Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah) Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Setelah kita mula berakal sifat ketuhanan yang ternyata kepada diri kita mula dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri. Seterusnya semakin kita membesar segala sifat ketuhanan yang ternyata kepada makhlok yang lain juga mula dirasakan sebagai sifat makhlok tersebut. Semasa kita membaca firman Allah seperti diatas seperti didalam Surah Saba' (Ayat 27) khasnya dan banyak lagi keterangan didalam surah dan ayat-ayat yang lain amnya. Akan lahirlah didalam ilmu dan pengetahuan kita yang "SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA BADAN DIRI SENDIRI DAN YANG TERNYATA KEPADA MAKHLOK YANG LAIN, ITU ADALAH SIFAT KETUHANAN ALLAH" Dengan ilmu dan pengetahuan yang demikian, tidak akan menghilangkan rasa keberadaan atau keakuan kepada badan diri sendiri dan kepada makhlok yang lain.. Ini telah ditegaskan oleh Allah didalam firmanNya didalam Surah Saba' (Ayat 27) "TUNJUKKANLAH KEPADAKU SIFAT-SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA MAKHLOK-MAKHLOK YANG KAMU HUBUNGKAN DENGAN ALLAH SEBAGAI SEKUTU-SEKUTUNYA" Untuk mengajak manusia kembali kepada "HAKIKAT TAUHID YANG TELAH DITINGGALKAN" sejak dari manusia mula berakal, Allah telah mengutuskan para Nabi dan para Rasul...

34.Surah Saba' ayat 28
Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).

Allah telah merakamkan didalam Al-Quran tentang HAKIKAT TAUHID ini sebagai peringatan kepada keseluruhan umat manusia, sepertimana firman Allah

7.Surah Al-'A`raf ayat 173-174
Atau supaya kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?" Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran), dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).

Nafas ini adalah jalan yang lurus yang telah dipertaruhkan keatas setiap badan diri, hendaklah dijaga jalan yang lurus ini supaya tidak tersesat jalan... Jagalah jalan yang lurus ini supaya tidak tersesat jalan, bernafaslah sepertimana bayi yang didalam buaian bernafas, janganlah lari atau terkeluar dari cara bernafasnya bayi ( sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud tuntutlah ilmu dari bayi didalam buaian sehinggalah kepada jasad didalam liang lahad).. Jalannya pernafasan bayi didalam buaian belum lagi tersesat, sebab itu bayi sehingga kepada kanak-kanak sebelum berakal tidak berdosa, jalannya belum lagi tersesat, Nafasnya sentiasa berada diatas jalan yang lurus dan sentiasa terhubung kepada Rohullah dan seterusnya terhubung kepada Allah. Sebab itu bayi didalam buaian sehingga kepada kanak-kanak yang belum berakal tidak terkena dosa. Oleh yang demikian wahai para sahabat sekalian bersama-samalah kita kembali kepada jalan yang lurus sepertimana jalannya bayi.. Kembalilah bernafas sepertimana bayi didalam buaian bernafas kerana nafaslah merupakan satu-satunya jalan yang menghubungkan diantara jasad dengan Rohullah. Apabila terputus nafas pada nafas yang penghabisan maka seseorang itu telah dikatakan mati.. Nafas merupakan jalan atau tempat Rohullah menyerahkan apa yang ada padanya kepada jasad dan tempat atau jalan dimana jasad menyerahkan apa yang ada padanya kepada Rohullah... Jagalah jalannya nafas supaya tidak tersesat kerana lurusnya jalan pernafasan itu maka luruslah perjalanan kembali kepada Allah.. Kembalilah bernafas sepertimana bayi bernafas iaitulah jalan yang lurus yang terletak dan dipunyai oleh setiap badan diri sendiri... Tersesatnya jalan pernafasan maka akan tersesatlah jalan untuk kembali kepada asal iaitu kepada Allah ( daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali)... Sabda Rasulullah saw مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ دَخَلَ الجَنَّةَ "Barangsiapa yang akhir perkataannya adalah 'lailaha illallah', maka dia akan masuk surga" (HR. Abu Daud. Dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Misykatul Mashobih no. 1621) Jika semasa terputusnya nafas yang terakhir kita tidak berada didalam keadaan ini (sedang menyatakan keesaan Allah) mati yang kita akan hadapi didalam keadaan syirik.... Bukan didalam keadaan (Laa ilaha illallah yang tiada suara, tiada berhuruf dan tiada kata-kata bukan menyebut perkataan Laa ilaha illallah diketika akhir hayat). Inilah peri pentingnya kita kembali bernafas sepertimana mula kita dilahirkan.. iaitu semasa menarik nafas perut akan kembung dan semasa keluar nafas perut kempes

2.Surah Al-Baqarah ayat 46
(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
7.Surah Al-'A`raf ayat 29
Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
18.Surah Al-Kahf ayat 61-70
Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah. Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: "Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini". Temannya berkata: "Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan". Nabi Musa berkata: "Itulah yang kita kehendaki "; merekapun balik semula ke situ, dengan menurut jejak mereka. Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami. Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?" Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku. Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi? Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu". Ia menjawab: "Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu".

Cuba perhatikan didalam firman Allah seperti diatas, tempat pertemuan dua laut itu diatas batu besar, Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan batu besar itu?.... PANTANG NABI MUSA NAK BELAJAR DARI NABI KHIDIR IALAH "JANGAN BERTANYA SESUATUPUN" Apabila kedua-duanya bersetuju dengan syarat itu maka perjalanan diteruskan.... Lagi firman Allah

18.Surah Al-Kahf ayat 71-82
Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar". Ia menjawab: "Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?" Nabi Musa berkata: "Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)". Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata "Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!" Ia menjawab: "Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?" Nabi Musa berkata: "Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku". Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: "Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!" Ia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya. Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat. Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur. Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya. Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya".

CUBA KITA PERHATIKAN FIRMAN ALLAH INI KAITANNYA BERHUBUNG DENGAN PERNAFASAN KITA... Surah Al-Wakiah ayat 83 - 87 83. Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, - 84. Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, - 85. Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat, 86. Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), - 87. Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?

SYUHUD / MUSYAHADAH / MEMANDANG

Untuk Ahli syuhud :- Syuhud itulah sebenarnya membuka perbendaharaan yang tersembunyi :- Perbendaharaan Yang Tersembunyi itu bernama: Laa Ilaa Ha Illallahh Pintu gerbangnya bernama: Muhammadur Rasulullah Syuhud itulah sebenar-benar makam dua kalimah tauhid Kuncinya bernama: Bismillah Hirrah Maa nirrahim Syuhud juga dipanggil sebenar-benar bismillah Cahaya yang menerangi di dalamnya bernama: Al Fatihah - syuhud juga diberi nama dengan sebenar-benar Fatihah Kenderaan di dalamnya bernama: Laa Hau lawala kuwataillah billah. Perlepasan nafas sesudah syuhud itu hakikat Laa Hau lawala kuwataillah billah yang meliputi sekalian alam zahir dan batin sihamba.. Dengan izin Allah s.w.t si hamba masuk ke dalam Perbendaharaan-Nya Yang Tersembunyi. Disinilah pertemuan diantara hamba dengan tuhan. Dipanggil makam Al-fatihah @ sebenar bismillah @ nur muhammad. Apabila berlaku perhimpunan nafas, anfas, tanafas dan nufus dipanggil roh izofi, roh izofi itulah roh kudus, roh kudus itulah ruhullah ( keseluruhan itu dipanggil amar robbi - pekerjaan tuhan) pada ubun2. Ialah sidrotul muntaha, pintu loh mahfuz, pintu langit. Kembali kerahmatullah ialah sentiasa duduk didalam afa'al Allah. Perlakuan syuhud kembalikan amanah kepada empunya haq. Syuhud bermakna sentiasa berada didalam afa'al Allah. Syariat syuhud latihan untuk mencapai. - kembali bernafas sepertimana kita mula-mula dilahirkan, boleh diambil pelajaran daripada keadaan bayi didalam buaian bernafas... Pada diri kita (pada yang masih ada keakuan diri) dan selain dari Allah tidak ada apa-apa.. Pada diri Allah (KeAkuan hanya untuk Allah) ternyata sifat ( kudrat, irodat, ilmu, hayat, basor, samak, kalam, nama dan perbuatan Allah.) Kepada Siapa kita Bertuhan - Bergantung pada keakuan,,, Jika keakuan pada badan diri sendiri (kita) itu menjadi diri kita sendiri (iaitu hawa nafsu)... Jika keakuan itu kepada Allah (kita itu menjadi diri atau rohullah).. Pada diri itu ternyata sifatullah... Sifatullah sedang meliputi diri. Akuilah sifatullah itu adalah sifat Allah sendiri sehingga tidak terasa lagi kita yang bersifat dengan sifatullah yang sedang diperkenalkan untuk memperkenalkan sifatnya...... Dengan kembali bernafas sepertimana bayi didalam buaian bernafas.. Kesemuanya sudah tersedia daripada awal lagi, semasa bayi dulu kita sudahpun melakukannya, setelah dewasa dan tua kita sudah melupakannya...

34.Surah Saba' ayat 27
Katakanlah lagi: "Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Pada jasad atau badan itu ternyata Afa'alullah.. Afa'allullah lah yang meliputi segala jasad Jika Afa'alullah yang sedang meliputi jasad atau badan itu diakui sebagai perbuatan badan kita sendiri (sedang merasa keberadaan atau keakuan diri sendiri) pegangan kita telah mensyirikkan Allah pada segala perbuatan.... Jadi kenalah diakui yang segala perbuatan yang ternyata pada jasad itu adalah perbuatan Allah yang sedang meliputi, sehingga tidak terasa lagi perbuatan jasad kita dan perbuatan selain dari Allah.. - dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu, bukan dengan mengaku-ngaku Pada penyaksian dan pengakuan yang terhasil daripada melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid itulah letaknya kepada siapa kita bertuhan... Jika kita letakkan segala perbuatan, nama, sifat dan wujud Allah yang sedang meliputi badan diri kita, kepada diri sendiri (mengaku segala Ujud, sifat, asma' dan perbuatan Allah yang sedang meliputi badan diri kita sebagai wujud, sifat, asma' dan perbuatan badan diri sendiri) iaitu sedang merasai keberadaan atau keakuan diri kita sendiri, kita telah bertuhankan kepada keakuan diri sendiri atau kita sedang bertuhankan kepada hawa nafsu sendiri... Bila segala perbuatan, nama, sifat, dan wujud Allah yang sedang meliputi badan diri kita dan sekalian alam itu diletakkan kepada Allah (telah diakui sebagai Ujud, sifat, asma' dan afa'al Allah - sehingga tidak tinggal lagi rasa kita ada wujud, sifat, nama dan perbuatan sendiri) - dengan melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu, bukan dengan mengaku-ngaku bermakna kita sedang bertuhankan kepada Allah, tuhan sekalian Alam...

PERPINDAHAN DARI AKU DIRI SENDIRI KEPADA AKU DIRI ALLAH (MIKRAJ)

AKU - اكو - Allah kekal wujud... Diriku - diri atau Rohullah BadanKu - jasad atau badan Allah Lakukan dan Rasai sendiri samada kita berpegang kepada aku - badan atau jasad sendiri (huwaz zohiru) Aku - diri atau roh sendiri (huwal batinu) AKU - اكو - Allah kekal wujud... (huwal au walu, huwal akhiru) Binasakan aku ( diri zahir ) kedalam Aku ( diri batin ), hapuskan Aku ( diri batin ) kedalam AKU ( Allah ).. Maka jadilah Badanku - huwaz zohiru - Dialah (Allah),yang zahir Diriku - Huwal batinu - Dialah (Allah) yang batin.. AKU - Huwal auwalu, huwal Akhiru - Dialah (Allah) yang Awal, Dialah (Allah) yang Akhir.. MESTI BERNAFAS SEPERTIMANA KITA MULA DILAHIRKAN - BELAJARLAH DARI BAYI DIDALAM BUAIAN Nafas kita ialah afa'al bagi roh, roh itu menyatakan nufus iaitu yang tidak masuk dan keluar. Zikir Nafas yang akan berlaku dengan sendiri tak perlu disebut-sebut Ketika keluar - ALLAH ketika Masuk - Huu Hubungkan kedua jambatan yang terputus ( dubur dan batang tengkok ), hubungkan badan dengan diri melalui satu tarikan nafas sehingga tidak boleh ditarik lagi (pertemuan dua lautan iaitu lautan zahir (jasad) dengan lautan batin ( diri atau roh ), diatas sebuah batu yang terhampar, iaitu perut (lebih khusus lagi pusat), nafas yang ditarik itu hendaklah nafas melalui perut ( tarik nafas perut kembung, hembus nafas perut kempes), Sesudah nafas itu tidak tertarik lagi, kempeskan perut tanpa melepaskan nafas, menolak nafas yang terkumpul dipusat kearah tulang tongkeng (berlaku secara automatik bila perut dikempeskan semasa menahan nafas pada tempat yang tak tertarik lagi, dengan mengempeskan perut semasa menahan nafas, nafas yang terkumpul tadi akan dibawa naik dari tulang sulbi ke atas ubun-ubun tetapi terputus di bahagian tengkok atau batang leher, untuk membenarkan nafas yang terkumpul tadi melalui batang leher hendaklah tungkatkan lidah kelangit-langit,) tahanlah nafas, disinilah pertemuan diri (yang zahir yang telah terhapus didalam diri batin) dengan AKU (Allah)... Terhapuslah diri yang batin didalam kewujudan AKU (Allah), Keadaan atau perbuatan menarik nafas dan terhenti pada tempat yang tidak tertarik lagi menerang atau menunjukkan bahawa sedang terlaksananya Laa maujudun, laa haiyun, laa 'Alimun, Laa khodirun, Laa muridun, laa basirun, laa sami'un, laa mutakalliman bihak kin illalllah....................... Pada badan diri sendiri- merasai sendiri dengan makna sedang mengenal .. Setelah nafas tidak tertahan lagi (telan air liur zikirnya berbunyi haqeq) Kemudian Lepaslah nafas yang tidak tertahan lagi perlahan-lahan (kiasan dari Nabi khidir membocorkan perahu), sampai nafas tidak boleh dihembus lagi, Setelah nafas itu tidak terhembus lagi, kesedaran kepada badan sudah dirasai semula, (tetapi bunuhlah badan itu seperti Nabi khidir membunuh kanak-kanak), maksudnya jangan terlahir dari pengakuan kita yang badan itu badan kita lagi tetapi membawa kesedaran ada Allah tadi kebadan, dengan itu kesedaran yang ada pada ketika itu yang badan itu zahirNya Allah - melepaskan nafas bermakna sedang berlaku kalimah Laa khaula wala khuwa ta illah billah yang tidak disebut, tiada suara dan tiada berhuruf (huwaz zohiru - Dialah (Allah) yang zahir)... Setelah tidak tertahan lagi, tariklah semula nafas itu ( dikiaskan dengan Nabi Khidir menegakkan bangunan yang nak runtuh yang dikatakan dibawahnya tertimbus harta anak yatim piatu)... Rohullah atau diri batin itu tidak berayah dan beribu, iaitu yatim piatu... Bila amalan ini sudah menjadi darah daging maka akan terhasillah pada rasa perasaan kita yang bukan kita lagi Bila disebut AKU, pegangan kita sudah tertuju kepada AKU - اكو - Allah kekal wujud... Bila disebut Diriku iktikad atau pegangan kita akan tertuju kepada - diri atau Rohullah (Allah yang batin) Bila disebut BadanKu iktikad atau pegangan kita tertuju kepada - jasad atau badan Allah (Allah yang zahir) Keseluruhannya bukan berlaku didalam keadaan sedang mengaku-ngaku tetapi akan berlaku penyaksian dan pengakuan yang akan terhasil daripada seseorang itu sedang melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau diketika sedang melakukan jalan untuk mengenal Tuhanmu.

Penutup & Rujukan

Blog

iktiqaddantauhid.blogspot.com

Ulangkaji di google notebook

https://notebook.google.com/notebook/f5c1b702-63df-4794-93d9-01e3a6428fc5/

Halaman ini dibina lengkap tanpa meninggalkan walau satu patah perkataan pun dari sumber asal yang diberikan. Segala ejaan, ayat Quran, hadis, dan huraian dikekalkan 100% mengikut teks asal, hanya disusun dengan rekaan yang lebih indah, kemas dan mudah dibaca.
← Kembali ke Perpustakaan
🤖 BUKA AI IKTIQAD & TAUHID
Jika diminta, log masuk atau daftar ChatGPT dahulu. Selepas log masuk, projek AI Iktiqad & Tauhid akan dibuka.
⬅ Kembali ke Perpustakaan