ILMU PENGETAHUAN BBM

PENDAHULUAN

Dengan nama Allah Taala, yang amat murah pada menganugerahi nikmat yang besar2 lagi amat menanugerahi nikmat seni2 jua.

Dan rahmat Allah dan salamNya atas Penghulu kita Nabi Muhammad, menyudahi Ia segala nabi.

Dan dijadikan ia dari nur zatNya, dan daripadanya lah dijadikan sekelian perkara

Dan atas segala keluarganya dan sahabatnya yang penghulu segala aulia’

Dan atas segala yang mengikut bagi mereka itu, dan segala yang mengikut bagi segala yang mengikut bagi mereka itu dengan kebajikan hingga hari pembalasan.

Alhamdu lillah dengan izin Allah saya telah dapat menulis sebuah buku tentang bagaimana seseorang itu perlu lakukan untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid yang selama ini telah dilupakan.

Buku ini diberikan Tajuk "IP BBM DAN BAGAIMANA UNTUK MENGAMALKAN IP BBM BERPANDUKAN AL-QURAN"

Didalam e-buku ini dibicarakan tentang bagaimana jalan dan cara yang perlu dilakukan untuk mengamalkan ilmu pengatahuan bapa baginda mikhtar (IP BBM) berpandukan kepada Al-Quran.

Bagi membolehkan seseorang itu mengamalkan IP BBM, seseorang itu akan dibukakan jalan oleh seorang "BIDAN" yang telah diijazahkan.

Orang yang telah dibukakan jalan oleh seorang bidan memberi erti orang tersebut telah diberikan dengan "IJAZAH KECIL" yang membawa maksud orang tersebut mengamalkan IP BBM ini sekadar untuk badan dirinya sendiri sahaja.

Seorang "BIDAN" ialah seorang yang telah dijazahkan dengan "IJAZAH BESAR" yang membawa maksud orang tersebut boleh membuka jalan kepada orang lain yang berkeinginan untuk mengamalkan IP BBM.

Orang yang akan diijazahkan dengan "IJAZAH BESAR" ialah orang yang telah diijazahkan dengan "IJAZAH KECIL" iaitu orang yang telah dibukakan jalan untuk memahami IP BBM oleh seorang "BIDAN" dan ia mengamalkan IP BBM sehingga sampai ketahap yang "KITA YANG BUKAN KITA LAGI"

Setiap seorang "BIDAN" iaitu "PEMEGANG IJAZAH BESAR" bertanggung jawab untuk menerangkan "JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH" kepada penerima "IJAZAH KECIL" daripadanya.

"BIDAN" iaitu pemegang "IJAZAH BESAR" mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan "JALAN DAN CARA" yang perlu dilakukan untuk menetapkan "PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID" melalui IP BBM kepada pelajar baru yang ia telah membuka jalan untuknya supaya pelajar baru tersebut tidak terumbang ambing perjalanannya untuk menuju kepada Allah.

Setelah seseorang itu dibukakan jalan, ia akan mendapat "RASA-RASA YANG TERASA DIHUJUNG-HUJUNG JARI" dan yang keduanya ia akan mendapat "GERAK YANG BERGERAK DENGAN SENDIRINYA"

Setiap "BIDAN" perlu menerangkan apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan "RASA-RASA YANG TERASA DIHUJUNG-HUJUNG JARI" dan "GERAK YANG BERGERAK DENGAN SENDIRINYA" dan boleh menunjukkan "JALAN DAN CARA" yang perlu dilakukan oleh pelajar tersebut sehingga akan berlakunya "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa hanya Allah yang bersifat dengan sifat ada, "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa hanya Allah yang bersifat dengan sifat qudrat (berkuasa), "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa hanya Allah yang bersifat dengan sifat irodat (berkehendak), Ini yang telah ditinggalkan oleh BBM.

Pesan BBM jangan takut untuk mencuba melakukan jalan dan cara sehingga akan berlaku "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa hanya Allah yang bersifat dengan sifat ilmu (mengetahui), jangan takut untuk mencuba melakukan jalan dan cara sehingga akan berlaku "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa hanya Allah yang bersifat dengan sifat hayat (hidup), jangan takut untuk mencuba melakukan jalan dan cara sehingga akan berlaku "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa hanya Allah yang bersifat dengan sifat sama' (mendengar", jangan takut untuk mencuba melakukan jalan dan cara sehingga akan berlaku "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa hanya Allah yang bersifat dengan sifat basor (melihat), dan jangan takut untuk mencuba melakukan jalan dan cara sehingga akan berlaku "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa hanya Allah yang bersifat dengan sifat kalam (berkata-kata).

Jika seorang "BIDAN" tidak tahu, tidak boleh menghurai dan menerangkan kepada orang yang telah dibukakan jalan olehnya, bagaimana "JALAN DAN CARA" yang perlu dilakukan sehingga akan berlakunya "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa hanya Allah yang bersifat dengan sifat ada, bagaimana pelajar baru itu akan tahu "JALAN DAN CARA" yang ia perlu lakukan sehingga akan berlaku "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa hanya Allah yang bersifat dengan sifat ada kepadanya.

Pelajar baru tersebut akan terumbang ambing, dan akan tenggelam didalam keadaan "SANGKAAN" seperti yang telah difirmankan oleh Allah pada

10.Surah Yūnus ayat 36

Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.

10.Surah Yūnus ayat 66

Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bahawa mereka yang menyembah sesuatu yang lain Allah sebagai sekutuNya, mereka tidak menurut (sesuatu keyakinan), mereka hanya menurut sangkaan semata-mata, dan mereka hanyalah orang-orang yang sentiasa berdusta.

53.Surah An-Najm ayat 28

Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).

6.Surah Al-'An`ām ayat 112

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.

6.Surah Al-'An`ām ayat 113

Dan juga supaya hati orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat cenderung kepada bisikan itu, dan supaya disetujui oleh mereka, dan juga supaya mereka (terus) melakukan apa yang mereka lakukan itu.

6.Surah Al-'An`ām ayat 114

(Katakanlah wahai Muhammad): "Patutkah aku (terpedaya dengan kata-kata dusta Syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)?" Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu.

6.Surah Al-'An`ām ayat 115

Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.

6.Surah Al-'An`ām ayat 116

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.

6.Surah Al-'An`ām ayat 117

Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan sesiapa yang sesat dari jalannya, dan Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.

CARILAH YANG BOLEH MENYAMPAIKAN KEPADA ALLAH DAN HENDAKLAH DILAKSANAKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH..

5.Surah Al-Mā'idah ayat 35

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya, dan berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu beroleh kejayaan.

78.Surah An-Naba' ayat 39

Itulah keterangan-keterangan mengenai hari yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya !

PELBAGAI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD TAUHID...

17.Surah Al-'Isrā' ayat 41

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

17.Surah Al-'Isrā' ayat 89

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.

Atau

Jalan untuk mengenal Tuhanmu

79.Surah An-Nāzi`āt ayat 15

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?

79.Surah An-Nāzi`āt ayat 16

Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -

79.Surah An-Nāzi`āt ayat 17

(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);

79.Surah An-Nāzi`āt ayat 18

"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?

79.Surah An-Nāzi`āt ayat 19

Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?

Nabi Musa menyeru kepada firaun " DAN MAHUKAH AKU TUNJUKKAN KEPADAMU JALAN MENGENAL TUHANMU"

Apa yang telah difirmankan ialah Jalan mengenal Tuhanmu bukan mengenal tuhanmu

Untuk Mengenal Allah setiap seorang itu mesti melalui jalan untuk mengenal Tuhanmu (ALLAH)

72.Surah Al-Jinn ayat 11

Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.

PERSOALAN YANG TELAH DIKEMUKAKAN OLEH ALLAH DIDALAM FIRMANNYA

2.Surah Al-Baqarah ayat 80

Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad):

"Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"

SUDAHKAH KITA MELAKUKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH SUPAYA ALLAH MEMBERIKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIJANJIKAN TERSEBUT?...

KEPADA SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA

18.Surah Al-Kahf ayat 109

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

18.Surah Al-Kahf ayat 110

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;

OLEI ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA"

DIANTARA JANJI-JANJI YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH

Firman Allah

29.Surah Al-`Ankabūt ayat 69

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

Firman Allah

4.Surah An-Nisā' ayat 66

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA

Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).

4.Surah An-Nisā' ayat 67

Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;

4.Surah An-Nisā' ayat 68

DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.

ALLAH TIDAK BOLEH NAK DITERANGKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN

18.Surah Al-Kahf ayat 109

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

NAMUN DEMIKIAN ALLAH TELAH MENERANGKAN JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MEMBOLEHKAN SESEORANG ITU BERTEMU DENGAN ALLAH

18.Surah Al-Kahf ayat 110

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;

OLEI ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA"

Amal yang dilakukan yang tidak disertakan dengan sebarang perbuatan syirik samada syarik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi merupakan "AMAL YANG SOLLEH"

LAGI JANJI YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH KEPADA ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH

10.Surah Yūnus ayat 9

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. Mereka masuk ke taman yang sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat.

22.Surah Al-Ĥaj ayat 23

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di

situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.

22.Surah Al-Ĥaj ayat 24

Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik, serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji.

Allah akan anugerahkan kepada orang-orang beriman dan beramal soleh dengan sifat-sifat terpuji iaitu sifat siddiq, amanah, tabliq, fatonah dan sifat kemanusiaan yang elok (akhlak yang mulia) yang didalam bahasa 'Arabnya disebutkan dengan "MUHAMMAD" iaitu "RASUL ATAU PESURUH ALLAH"

MENGENALI RASUL DIKALANGAN KAMU

RASULULLAH SAW DIUTUS UNTUK MENYEMPURNAKAN AKHLAK MANUSIA

Hal itu seperti yang baginda telah bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ

Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak-akhlak yang baik.

(HR. Ahmad)

Seorang yang diutus untuk memperbaiki akhlak, tentu harus berakhlak mulia dan mencontohkan kemuliaan akhlak tersebut.

Gambaran kemuliaan akhlak Rasulullah saw secara umum adalah sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah didalam Al-Qur’an:

68.Surah Al-Qalam ayat 1 - 4

1. Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis,

2. Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).

3. Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);

4. Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.

Hisyam bin Amir pernah bertanya kepada Aisyah RA tentang akhlak Rasulullah SAW. Aisyah menjawab, “Akhlak Rasulullah SAW adalah Al Quran.” (HR Muslim).

Konsep dasar tentang kebaikan, kearifan dan kemuliaan yang baginda ajarkan dan contohkan akan berlaku sepanjang zaman

Hadis diriwayatkan oleh Ahmad, hadis no. 8595.

Aisyah ra. meriwayatkan:

Rasulullah SAW pernah makan bersama enam orang sahabat beliau. Tiba-tiba seorang Badui datang dan ikut makan bersama mereka sebanyak dua suapan. Melihat hal itu, Rasulullah SAW berkata:

Seandainya ia menyebut nama Allah, niscaya makanan ini cukup untuk kalian.

(HR. al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad)

Dari Anas ibn Malik ra. Rasulullah SAW bersabda:

Sungguh, Allah benar-benar ridha kepada orang yang makan atau minum kemudian memuji dan bersyukur kepada-Nya atas makanan atau minuman itu.

(HR. Muslim, al-Tirmizi dan Ahmad)

Hasan ibn Ali ra berkata:

Saya pernah bertanya kepada pamanku, Hindun ibn Abi Halah, yang sangat pandai menggambarkan sesuatu. Saya katakan kepadanya: Gambarkanlah kepadaku bagaimana cara Rasulullah berbicara. la berkata: Rasulullah SAW adalah seorang yang tampak selalu prihatin dan senatiasa berpikir. Beliau lebih banyak diam dan berbicara seperlunya. Beliau memulai dan mengakhiri pembicaraan beliau dengan menyebut nama Allah. Ucapan beliau selalu padat, detail, dan jelas, tidak lebih dan tidak kurang, tidak kasar dan tidak merendahkan. Beliau selalu mensyukuri nikmat walaupun sedikit dan sama sekali tidak pernah mencelanya. Beliau tidak pernah mencela dan rnemuji makanan. Urusan dunia beserta isinya tidak pernah membuat beliau marah. Jika kebenaran dilanggar, beliau tidak akan diam hingga kebenaran itu ditegakkan. Beliau juga tidak pernah marah dan tidak pula memperjuangkan kepentingan pribadi. Ketika menunjuk sesuatu, beliau selalu menggunakan seluruh telapak tangannya. Dalam keadaan takjub atau terkejut, beliau selalu membalik (telapak tangan). Ketika berbicara, beliau terbiasa menggunakan tangan untuk memperjelas perkataan dengan cara memukul-mukulkan telapak tangan kanan ke ibu jari kiri. Ketika marah, beliau berbalik dan berpaling. Ketika senang, beliau menundukkan pandangan. Tawa beliau adalah senyuman dan gigi beliau tampak seperti butiran salju.

(HR. al-Tirmizi)

Aisyah ra. meriwayatkan:

Rasulullah SAW tidak pernah berbicara seperti cara kalian berbicara yang sangat cepat ini. Beliau selalu berbicara dengan kata-kata yang jelas dan rinci sehingga orang-orang yang duduk bersama beliau dapat menghafalnya.

(HR. Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

9.Surah At-Tawbah ayat 128

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

9.Surah At-Tawbah ayat 129

فَإِن تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad):

"cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."

3.Surah 'Āli `Imrān ayat 164

لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

7.Surah Al-'A`rāf ayat 35

يَا بَنِي آدَمَ إِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ رُسُلٌ مِّنكُمْ يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِيۙ فَمَنِ اتَّقَىٰ وَأَصْلَحَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat Ku, maka sesiapa yang bertaqwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

23.Surah Al-Mu'minūn ayat 32

فَأَرْسَلْنَا فِيهِمْ رَسُولًا مِّنْهُمْ أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُۖ أَفَلَا تَتَّقُونَ

Lalu Kami mengutus kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka (dengan berfirman melalui Rasul itu): "Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya?"

Ikhlas dari saya

ADNAN AL-YANI

SEBELUM MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID DENGAN MENGAMALKAN IP BBM, SETIAP SEORANG MESTI TAHU, BOLEH MENGHURAIKAN APA ITU SYIRIK, PEMBAHAGIANNYA SERTA PERKARA-PERKARA YANG APABILA DILAKUKAN AKAN MENYEBABKAN BERLAKUNYA SYIRIK.

SETERUSNYA ORANG TERSEBUT JANGAN MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG APABILA DILAKUKAN AKAN MENYEBABKAN BERLAKUNYA SYIRIK, SAMADA SYIRIK YANG NYATA, SYIRIK YANG TERSEMBUNYI DAN SYIRIK YANG TERSEMBUNYI LAGI TERSEMBUNYI.

SUPAYA IA TIDAK MELAKUKAN AMAL YANG DISERTAKAN DENGAN SEBARANG SYIRIK

Syirik adalah mengadakan tuhan yang lain disisi, disamping atau bersama-sama Allah samada yang telah

- dilakukan dengan perbuatan anggota badan

- Diperkatakan dengan lisan lidah

- Difikirkan dengan akal fikirannya atau

- Ada yang terlintas didalam hatinya

Syirik ialah melakukan perkara-perkara yang menerangkan sedang mengadakan tuhan yang lain disisi, disamping atau bersama-sama Allah

6.Surah Al-'An`ām ayat 19

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?" (Bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?" Katakanlah: "Aku tidak mengakuinya". Katakanlah lagi: "Hanyasanya Dia lah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)".

Syirik terbahagi kepada 3 iaitu syirik yang terang, syirik yang tersembunyi, syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi....

Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang terang ialah melakukan ritual penyembahan seperti menyembah matahari, menyembah patung, menyembah api dan lain-lain.

10.Surah Yūnus ayat 16

قُل لَّوْ شَاءَ اللَّهُ مَا تَلَوْتُهُ عَلَيْكُمْ وَلَا أَدْرَاكُم بِهِۖ فَقَدْ لَبِثْتُ فِيكُمْ عُمُرًا مِّن قَبْلِهِۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika Allah kehendaki (supaya aku tidak membacakan Al-Quran ini kepada kamu), tentulah aku tidak dapat membacakannya kepada kamu, dan tentulah Ia tidak memberitahu kamu akan Al-Quran ini (dengan perantaraanku); kerana sesungguhnya aku telah tinggal dalam kalangan kamu satu masa yang lanjut (dan kamu pula mengenal aku sebagai seorang yang amanah) sebelum turunnya Al-Quran ini; maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?"

10.Surah Yūnus ayat 17

فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أَوْ كَذَّبَ بِآيَاتِهِۚ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْمُجْرِمُونَ

Dengan yang demikian, tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Sesungguhnya orang-orang yang berdosa itu tidak akan berjaya.

10.Surah Yūnus ayat 18

وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَٰؤُلَاءِ شُفَعَاؤُنَا عِندَ اللَّهِۚ قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللَّهَ بِمَا لَا يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِۚ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Dan mereka menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepada mereka dan tidak dapat mendatangkan manfaat kepada mereka dan mereka pula berkata: "Mereka (yang kami sembah itu) ialah pemberi-pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu hendak memberitahu kepada Allah akan apa yang Ia tidak mengetahui adanya di langit dan di bumi (padahal Allah mengetahui segala-galanya)? Maha Suci Allah dan tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan."

10.Surah Yūnus ayat 19

وَمَا كَانَ النَّاسُ إِلَّا أُمَّةً وَاحِدَةً فَاخْتَلَفُواۚ وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ فِيمَا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

Dan (ketahuilah bahawa) manusia pada mulanya tidak memeluk melainkan ugama yang satu (ugama Allah), kemudian (dengan sebab menurut hawa nafsu dan Syaitan) mereka berselisihan. Dan kalau tidaklah kerana telah terdahulu Kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman hingga hari kiamat), tentulah telah diputuskan hukuman di antara mereka (dengan segeranya di dunia) mengenai apa yang mereka perselisihkan itu.

16.Surah An-Naĥl ayat 72

وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوَاجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِۚ أَفَبِالْبَاطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَتِ اللَّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ

Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?

16.Surah An-Naĥl ayat 73

وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَمْلِكُ لَهُمْ رِزْقًا مِّنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ شَيْئًا وَلَا يَسْتَطِيعُونَ

Dan mereka menyembah benda-benda yang lain dari Allah, yang tidak berkuasa memberikan mereka sebarang rezeki pemberian dari langit dan bumi, dan mereka pula tidak berdaya sama sekali mendapat kuasa itu.

16.Surah An-Naĥl ayat 74

فَلَا تَضْرِبُوا لِلَّهِ الْأَمْثَالَۚ إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah, kerana sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.

19.Surah Maryam ayat 81

وَاتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ آلِهَةً لِّيَكُونُوا لَهُمْ عِزًّا

Dan mereka yang kafir menyembah benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan, supaya benda-benda yang mereka sembah itu menjadi penolong-penolong yang memberi kemuliaan dan pengaruh kepada mereka.

19.Surah Maryam ayat 82

كَلَّاۚ سَيَكْفُرُونَ بِعِبَادَتِهِمْ وَيَكُونُونَ عَلَيْهِمْ ضِدًّا

Tidak sekali-kali! Bahkan benda-benda yang mereka pertuhankan itu mengingkari perbuatan mereka menyembahnya, dan akan menjadi musuh yang membawa kehinaan kepada mereka.

21.Surah Al-'Anbyā' ayat 22

لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ إِلَّا اللَّهُ لَفَسَدَتَاۚ فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.

21.Surah Al-'Anbyā' ayat 23

لَا يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْأَلُونَ

Ia tidak boleh ditanya tentang apa yang Ia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak.

21.Surah Al-'Anbyā' ayat 24

أَمِ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ آلِهَةًۖ قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْۖ هَٰذَا ذِكْرُ مَن مَّعِيَ وَذِكْرُ مَن قَبْلِيۗ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ الْحَقَّۖ فَهُم مُّعْرِضُونَ

Patutkah mereka menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah keterangan dan bukti kamu; kandungan Al-Quran ini menjadi peringatan dan bukti tauhid umatku, juga peringatan dan bukti tauhid umat-umat yang dahulu daripadaku". (Kaum musyrik tidak mempunyai sebarang keterangan) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui mana yang benar dan mana yang salah, dengan sebab itulah maka mereka berpalingingkar.

21.Surah Al-'Anbyā' ayat 25

وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ

Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".

22.Surah Al-Ĥaj ayat 67

لِّكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا هُمْ نَاسِكُوهُۖ فَلَا يُنَازِعُنَّكَ فِي الْأَمْرِۚ وَادْعُ إِلَىٰ رَبِّكَۖ إِنَّكَ لَعَلَىٰ هُدًى مُّسْتَقِيمٍ

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariaatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada ugama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada

di atas jalan yang lurus.

22.Surah Al-Ĥaj ayat 68

وَإِن جَادَلُوكَ فَقُلِ اللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ

Dan jika mereka mengemukakan bantahan kepadamu, maka katakanlah: "Allah Amat" mengetahui akan apa yang kamu lakukan.

22.Surah Al-Ĥaj ayat 69

اللَّهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ

"Allah akan menghukum di antara kamu semua pada hari kiamat, mengenai apa yang kamu berselisihan padanya".

22.Surah Al-Ĥaj ayat 70

أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِۗ إِنَّ ذَٰلِكَ فِي كِتَابٍۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Bukankah engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz); sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah.

22.Surah Al-Ĥaj ayat 71

وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَانًا وَمَا لَيْسَ لَهُم بِهِ عِلْمٌۗ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِن نَّصِيرٍ

Dan mereka menyembah yang lain dari Allah iaitu benda-benda yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan membenarkannya, dan yang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya dan (ingatlah) tiadalah bagi orang-orang yang zalim (dengan perbuatan syirik) itu sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan (di dunia dan di akhirat).

22.Surah Al-Ĥaj ayat 72

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ تَعْرِفُ فِي وُجُوهِ الَّذِينَ كَفَرُوا الْمُنكَرَۖ يَكَادُونَ يَسْطُونَ بِالَّذِينَ يَتْلُونَ عَلَيْهِمْ آيَاتِنَاۗ قُلْ أَفَأُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن ذَٰلِكُمُۗ النَّارُ وَعَدَهَا اللَّهُ الَّذِينَ كَفَرُواۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, engkau akan dapat melihat pada muka orang-orang yang kafir itu tanda marah dan benci, hampir-hampir mereka hendak menerkam dan menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian, mahukah, aku khabarkan kepada kamu: yang lebih buruk lagi daripada apa yang telah menyebabkan kemarahan kamu itu? Ialah neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang-orang yang kafir, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali! "

36.Surah Yā-Sīn ayat 74

وَاتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ آلِهَةً لَّعَلَّهُمْ يُنصَرُونَ

Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan harapan semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu).

36.Surah Yā-Sīn ayat 75

لَا يَسْتَطِيعُونَ نَصْرَهُمْ وَهُمْ لَهُمْ جُندٌ مُّحْضَرُونَ

Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka.

36.Surah Yā-Sīn ayat 76

فَلَا يَحْزُنكَ قَوْلُهُمْۘ إِنَّا نَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ

Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.

51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 50

فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِۖ إِنِّي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ مُّبِينٌ

(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata.

51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 51

وَلَا تَجْعَلُوا مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَۖ إِنِّي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ مُّبِينٌ

"Dan janganlah kamu adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam kepercayaan kamu), sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata".

51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 52

كَذَٰلِكَ مَا أَتَى الَّذِينَ مِن قَبْلِهِم مِّن رَّسُولٍ إِلَّا قَالُوا سَاحِرٌ أَوْ مَجْنُونٌ

Demikianlah (keadaan tiap-tiap kaum terhadap Rasulnya samalah seperti keadaan kaummu wahai Muhammad) - tidak ada seorang Rasul pun yang datang kepada kaum-kaum yang terdahulu dari mereka, melainkan ada yang berkata: "Dia adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila".

51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 53

أَتَوَاصَوْا بِهِۚ بَلْ هُمْ قَوْمٌ طَاغُونَ

Adakah mereka semua telah berpesan-pesan (dan mencapai kata sepakat) untuk melemparkan tuduhan itu ? (Sudah tentu mereka tidak dapat berbuat demikian), bahkan mereka semuanya adalah kaum yang melampaui batas (dalam keingkarannya).

51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 54

فَتَوَلَّ عَنْهُمْ فَمَا أَنتَ بِمَلُومٍ

Oleh itu, berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka (yang menentangmu itu dan janganlah dihiraukan), kerana engkau tidak akan disalahkan (setelah engkau memberi amaran kepada mereka).

51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 55

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya

peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.

51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 56

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang tersembunyi ialah sangkaan kepada ada diri sendiri dan makhlok lain samada yang telah dilakukan dengan cara

- memperkatakan dengan lisan lidah

- memikirkan dengan fikirannya

- dan ada terlintas didalam hatinya

Tentang keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain

Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi ialah sangkaan kepada ada Allah yang dilakukan samada dengan cara

- memperkatakan dengan lisan lidah

- memikirkan dengan fikirannya

- dan ada terlintas didalam hatinya

Yang ada hanya Allah didalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain

34.Surah Saba' ayat 20

وَلَقَدْ صَدَّقَ عَلَيْهِمْ إِبْلِيسُ ظَنَّهُ فَاتَّبَعُوهُ إِلَّا فَرِيقًا مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ

Dan sesungguhnya Iblis telah dapati sangkaannya tepat terhadap mereka, iaitu mereka menurutnya, kecuali sebahagian dari orang-orang yang beriman (yang tidak terpedaya kepada hasutannya).

34.Surah Saba' ayat 21

وَمَا كَانَ لَهُ عَلَيْهِم مِّن سُلْطَانٍ إِلَّا لِنَعْلَمَ مَن يُؤْمِنُ بِالْآخِرَةِ مِمَّنْ هُوَ مِنْهَا فِي شَكٍّۗ وَرَبُّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَفِيظٌ

Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu.

34.Surah Saba' ayat 22

قُلِ ادْعُوا الَّذِينَ زَعَمْتُم مِّن دُونِ اللَّهِۖ لَا يَمْلِكُونَ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ وَمَا لَهُمْ فِيهِمَا مِن شِرْكٍ وَمَا لَهُ مِنْهُم مِّن ظَهِيرٍ

Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): "Serukanlah makhluk-makhluk yang kamu dakwakan sebagai tuhan selain dari Allah; mereka tidak memiliki kuasa seberat debu pun di langit dan di bumi, dan mereka tiada sebarang bahagian perkongsian (dengan Allah) dalam (mencipta dan mentadbirkan) langit dan bumi, dan Allah pula tidak mendapat sebarang pertolongan dari

mereka".

34.Surah Saba' ayat 23

وَلَا تَنفَعُ الشَّفَاعَةُ عِندَهُ إِلَّا لِمَنْ أَذِنَ لَهُۚ حَتَّىٰ إِذَا فُزِّعَ عَن قُلُوبِهِمْ قَالُوا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْۖ قَالُوا الْحَقَّۖ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ

Dan tidak berfaedah syafaat di sisi Allah kecuali bagi orang yang telah diizinkan Allah, (maka orang-orang yang hendak memohon syafaat terpaksa menunggu izin itu dengan penuh perasaan takut dan bimbang) sehingga apabila dihapuskan Allah perasaan takut dari hati mereka (dengan pemberian izin itu) bersukarialah mereka dengan bertanya-tanyaan sesama sendiri: "Apakah yang telah dititahkan oleh Tuhan kamu?" Sebahagian di antara mereka menjawab: "Tuhan telah menitahkan kebenaran"; dan Dia lah jua Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar kekuasaanNya.

34.Surah Saba' ayat 24

قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۖ قُلِ اللَّهُۖ وَإِنَّا أَوْ إِيَّاكُمْ لَعَلَىٰ هُدًى أَوْ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata ".

34.Surah Saba' ayat 25

قُل لَّا تُسْأَلُونَ عَمَّا أَجْرَمْنَا وَلَا نُسْأَلُ عَمَّا تَعْمَلُونَ

(Oleh itu) katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu tidak akan bertanggungjawab tentang kesalahan yang kami lakukan, dan kami pula tidak akan bertanggungjawab tentang apa yang kamu kerjakan".

34.Surah Saba' ayat 26

قُلْ يَجْمَعُ بَيْنَنَا رَبُّنَا ثُمَّ يَفْتَحُ بَيْنَنَا بِالْحَقِّ وَهُوَ الْفَتَّاحُ الْعَلِيمُ

Katakanlah lagi:" Tuhan kita akan menghimpunkan Kita semua (pada hari kiamat), kemudian Ia akan menyelesaikan perselisihan yang ada di antara kita dengan penyelesaian yang benar; dan Dia lah jua Hakim yang seadil-adilnya, lagi Yang Maha Mengetahui segala-galanya".

Keterangan tentang bagaimana berlakunya syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi ini boleh diambil iktibar dan pengajarannya seperti yang terdapat didalam firman Allah pada Surah Saba' ayat 27

Katakanlah lagi:

"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.

Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,

bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Didalam firman diatas Allah telah menerangkan bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada diri sendiri yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang ada pada makhlok yang dipandang sebagai keberadaan makhlok tersebut. Adalah merupakan apa yang telah dihubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutu

Sedang merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok sesuatu selain daripada Allah. inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah makhlok-makhlok yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.

INI ADALAH MERUPAKAN SYIRIK YANG TERSEMBUNYI

Seterusnya didalam surah dan ayat yang sama juga, Allah berfirman memperjelaskan bahawa tidak ada pada sesuatu makhlok sifat-sifat ketuhanan itu

Hanya Allah sahaja yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan.

Disini memperjelaskan lagi bahawa sesiapa yang merasakan akan keberadaan, keakuan dan keupayaan dirinya sendiri disamping ada Allah sebenarnya sedang berlaku sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah

21.Surah Al-'Anbyā' ayat 29

Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.

KEBERADAAN DIRI SENDIRI DIISTILAH PADA DIRI SENDIRI APABILA DISEBUT AKAN DISEBUT SEBAGAI AKU

SEDANG MERASAI ADA DIRI SENDIRI JIKA DIHURAIKAN SECARA LISAN AKAN MEMBAWA MAKNA BAHAWA ORANG YANG SEDANG MERASAKAN KEBERADAAN, KEAKUAN DAN KEUPAYAAN DIRINYA SENDIRI SEDANG BERKATA SESUNGGUHNYA AKU IALAH TUHAN SELAIN DARI ALLAH.

KITA TAHU ADA DAN SEGALA SIFAT KETUHANAN SEPERTI (ILMU, HAYAT, QUDRAT, IRODAT, MELIHAT, MENDENGAR, BERKATA-KATA DAN LAIN-LAINNYA) ADALAH SIFAT ALLAH, SELAIN DARI ALLAH BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA DAN BERSIFAT DENGAN SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAH

APABILA KITA MERASA DIRI KITA BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA BERMAKNA KITA SEDANG MERASAI SIFAT KETUHANAN ALLAH (ADA) ADALAH SEBAGAI SIFAT DIRI KITA SENDIRI..

OLEH KERANA SIFAT ADA ITU SEBENARNYA SIFAT KETUHANAN ALLAH , MAKA SEDANG MERASA ADA DIRI SENDIRI BERMAKNA KITA SEDANG MELETAKKAN SIFAT KETUHANAN ALLAH KEPADA DIRI SENDIRI (YANG SEBENARNYA BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA)..

Sedang merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri membawa makna sedang bertuhankan kepada nafsu sendiri sepertimana firman Allah

25.Surah Al-Furqān ayat 43

Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?

45.Surah Al-Jāthiyah ayat 23

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?

ATAU DENGAN KATA LAIN SEDANG MENJADIKAN KEBERADAAN, KEAKUAN DAN KEUPAYAAN DIRI ATAU HAWA NAFSU SENDIRI SEBAGAI TUHAN YANG LAIN SELAIN DARIPADA ALLAH, SEDANG MENJADIKAN YANG BUKAN TUHAN IAITU KEBERADAAN, KEAKUAN DAN KEUPAYAAN DIRI ATAU HAWA NAFSU SENDIRI SEBAGAI TUHAN YANG LAIN DISISI, DISAMPING ATAU BERSAMA-SAMA ALLAH.

Hawa nafsu sendiri atau keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri bukan tuhan tetapi telah dijadikan sebagai tuhan yang lain disisi, disamping atau bersama-sama Allah

Ini adalah perbuatan sedang sekutukan diri sendiri dan makhlok-makhlok dengan Allah

Begitu juga jika seseorang itu memandang ada makhlok selain daripada ada Allah membawa makna ia sedang meletakan sifat ketuhanan Allah kepada maklok tersebut yang membawa erti sedang menjadikan makhlok tersebut sebagai tuhan selain daripada Allah, bermakna sedang bertuhankan kepada dua atau lebih Tuhan selain daripada Allah membawa makna sedang menyengutui Allah dengan sesuatu yang lain. Keadaan ini juga dipanggil sebagai syirik

Firman Allah

16.Surah An-Naĥl ayat 22

Tuhan kamu (yang berhak disembah) ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).

16.Surah An-Naĥl ayat 51

Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.

Apabila seseorang telah membaca firman Allah pada Surah Saba' ayat 27, tahulah ia bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada makhlok-makhlok termasuk pada diri sendiri adalah sifat ketuhanan kepunyaan Allah, makhlok tidak akan bersifat dengan sifat ketuhanan. Maksudnya makhlok tidak mempunyai sifat ketuhanan, sifat ketuhanan yang ada pada makhlok akan dirasakan sebagai sifat makhlok tersebut kerana seseorang itu masih memandang keberadaan makhlok tersebut dengan meletakkan sifat ketuhanan kepada makhlok tersebut.

Sebenarnya sifat ketuhanan yang ada pada makhlok tersebut adalah sedang menunjuk atau menerangkan itu adalah sifat ketuhanan Allah

Ini yang telah diketahui, semasa diketahui yang sifat ketuhanan yang ada pada makhlok-makhlok itu adalah sifat ketuhanan Allah, jauh didalam rasa perasaan yang merasai seseorang itu tetap akan merasai akan keberadaan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu selain daripada Allah, Dengan pengetahuan yang diketahui ini tidak akan menghilangkan akan keberadaan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu yang lain, selain daripada Allah

Maksudnya dengan mengetahui bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat ketuhanan Allah, tidak akan menghilangkan rasa keberadaan, keakuan dan keupayaan dirinya sendiri

Setiap seorang tidak boleh memperkatakan yang sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat Allah diketika ia masih lagi sedang merasakan akan keberadaan dirinya sendiri kerana apa yang akan berlaku ialah dia akan memperkatakan sifat ketuhanan yang sedang dirasakan atau yang sedang disangka sebagai sifat diri sendiri itu adalah sebagai sifat ketuhanan Allah

Keadaan ini akan berlaku dengan cara yang tidak disedari.

Seseorang yang sedang memperkatakan segala sifat ketuhanan yang ada pada dirinya sendiri adalah sifat Allah didalam keadaan ia sedang merasai akan keberadaan dirinya sendiri menyangka bahawa apa yang telah diperkatakan tersebut ia telah mengesakan Allah tetapi sebenarnya apa yang sedang diperkatakan tersebut adalah merupakan syirik kerana sebenarnya ia sedang menyangka keberadaan dirinya yang sedang dirasakan keberadaannya itulah yang akan disangka sebagai keberadaan Allah.

INI ADALAH SYIRIK YANG TERSEMBUNYI LAGI TERSEMBUNYI,

APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENJADI SEORANG YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK

Yang dibersihkan daripada sebarang syirik ialah satu jalan yang lurus yang iblis tidak boleh hasut dan yang akan sentiasa dipelihara oleh Allah

15.Surah Al-Ĥijr ayat 39

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

15.Surah Al-Ĥijr ayat 40

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

15.Surah Al-Ĥijr ayat 41

Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.

15.Surah Al-Ĥijr ayat 42

"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

17.Surah Al-'Isrā' ayat 65

Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).

38.Surah Şād ayat 82

Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -

38.Surah Şād ayat 83

" Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang ikhlas".

FIRMAN ALLAH YANG MENJELASKAN IKHLAS IALAH BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK

29.Surah Al-`Ankabūt ayat 65

Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.

TULUS IKHLAS LAWANNYA SYIRIK

31.Surah Luqmān ayat 22

Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.

39.Surah Az-Zumar ayat 2

Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.

39.Surah Az-Zumar ayat 3

Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).

KESIMPULAN DARI FIRMAN ALLAH SEPERTI DIATAS IALAH IKHLAS SAMA ERTINYA DENGAN BERSERAH DIRI BULAT-BULAT KEPADA ALLAH DAN JUGA MEMBAWA MAKSUD KEPADA BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK..

HENDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA DENGAN CARA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH DAN RASUL IAITU SEPERTI FIRMAN ALLAH DIDALAM AL-QURAN DAN SABDA NABI SAW DIDALAM HADIS

76.Surah Al-'Insān ayat 29

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

76.Surah Al-'Insān ayat 30

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

BUKAN MENGIKUT PANDANGAN ATAU PENDAPAT MASING-MASING SEPERTI YANG TELAH DISABDAKAN OLEH RASULULLAH SAW

Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:

5.Surah Al-Mā'idah ayat 105

“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan.

SETIAP ORANG AKAN TENGGELAM DALAM PANDANGAN MASING-MASING

Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”

[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]

ATAU BUKAN MENGIKUT DARI CAKAP-CAKAP ORANG

Firman Allah

43.Surah Az-Zukhruf ayat 86

Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).

43.Surah Az-Zukhruf ayat 87

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka:

"Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?

43.Surah Az-Zukhruf ayat 88

Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"

43.Surah Az-Zukhruf ayat 89

(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggalah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)!"

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah jangan dilakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi

Jangan melakukan ritual penyembahan seperti menyembah patung-patung, menyembah matahari, menyembah bulan, menyembah api dan lain-lain lagi kerana perbuatan ini akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata

Jangan menyangka-nyangka kepada ada diri dengan cara tidak lagi memperkatakan dengan lisan lidah, tidak lagi memikirkan dengan fikirannya dan jangan ada yang terlintas didalam hatinya

Tentang keberadaan diri dan keberadaan makhlok-makhlok lain, kerana sangkaan kepada ada diri dengan cara

- memperkatakan dengan lisan lidah

- memikirkan dengan fikirannya

- dan ada terlintas didalam hatinya

Tentang keberadaan diri dan keberadaan makhlok-makhlok lain

akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.

Jangan menyangka-nyangka kepada sangkaan ada Allah yang dilakukan dengan tidak lagi memperkatakan dengan lisan lidah, tidak lagi memikirkan dengan fikirannya dan tidak ada lagi yang terlintas didalam hatinya

Yang ada hanya Allah didalam keadaan sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain kerana sangkaan kepada ada Allah yang dilakukan dengan cara

- memperkatakan dengan lisan lidah

- memikirkan dengan fikirannya

- dan ada terlintas didalam hatinya

Yang ada hanya Allah didalam keadaan sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi

Setelah tidak lagi melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi

Baru lah seseorang itu melangkah kehadapan dengan melaksanakan perintah Allah untuk bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik.

Yang diambil iktibar dan pengajaran dari Firman Allah

Surah Al-Baqarah ayat 54

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,

maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;

iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".

Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".

Kaum nabi musa telah melakukan syirik dengan menyembah patong anak lembu. Perbuatan menyembah patung anak lembu adalah merupakan satu contoh dari perbuatan syirik..

Didalam firman ini Allah telah menerangkan bahawa Nabi Musa telah memerintahkan kepada kaumnya supaya bertaubat daripada melakukan perbuatan syirik tersebut melalui perintah “BUNUHLAH DIRI KAMU”

JANJI YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH KEPADA ORANG YANG TELAH BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK DENGAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH. "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"

Firman Allah

4.Surah An-Nisā' ayat 66

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA

Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).

4.Surah An-Nisā' ayat 67

Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;

4.Surah An-Nisā' ayat 68

DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.

4.Surah An-Nisā' ayat 69

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

4.Surah An-Nisā' ayat 70

Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).

Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

(Surah An-Nisā' ayat 66)

Disini ada dua perkara

Yang pertama "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"

Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" ialah seseorang itu perlu melakukan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran dan perintah Rasulullah saw yang apabila dilakukan perintah tersebut hikmah yang akan berlaku ialah akan hilang keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri.

Kedua "KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah "KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU" ialah melakukan perintah yang telah diperintahkan oleh Allah yang terkandung didalam Al-Quran dan perintah yang telah diperintahkan oleh Rasulullah saw yang terkandung didalam sunnahnya yang apabila dilakukan perintah tersebut, hikmah yang akan berlaku ialah akan mengeluarkan seseorang yang melakukan perintah tersebut dari "KEGELAPAN SYIRIK KEPADA CAHAYA TAUHID"

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (syirik) kepada cahaya (tauhid). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (tauhid) kepada kegelapan (syirik). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

(2.Surah Al-Baqarah ayat 257)

Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (syirik) kepada cahaya (tauhid) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.

(5.Surah Al-Mā'idah ayat 16)

JADI SETIAP ORANG YANG INGIN MENUJU KEPADA JALAN YANG LURUS ATAU MENJADI SEORANG YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK MESTILAH MENGETAHUI APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERINTAH ALLAH

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

(Surah An-Nisā' ayat 66)

Dan bagaimanakah yang perlu dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah

76.Surah Al-'Insān ayat 29

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

76.Surah Al-'Insān ayat 30

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH YANG MANA SATU...

Salah satu daripada perintah Allah yang apabila dilakukan hikmahnya akan menghilangkan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri ialah

Seperti yang terkandung didalam SURAH AL-MUZZAMMIL ayat 8

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Ini adalah cara untuk menyebut nama Allah dengan lisan lidah dan secara tersembunyi didalam hati yang perlu dilakukan sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah

Bagaimana hendak menyebut nama Allah dengan lisan lidah boleh dilakukan mengikut daripada firman Allah pada

Surah Al-'Isrā' ayat 110..

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Untuk menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati boleh dilaksanakan mengikut apa yang tersurat dan apa yang tersirat didalam sabda Rasulullah saw

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan mata mu,

- Tongkat kan lidah mu ke langit2,

- sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Sebelum daripada melakukan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw seperti diatas terlebih dahulu

Setiap seorang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan bagaimana untuk melakukan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw seperti diatas Sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah....

Setelah tahu, boleh menghurai dan menerangkan bagaimana cara untuk melakukan perintah Allah dan perintah Rasulullah seperti diatas mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah....

Barulah dilakukan perintah Allah

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Dengan cara tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata iaitu tidak melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah

Tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi iaitu tidak lagi memperkatakan dengan lisan lidah, memikirkan dengan fikiran dan tidak ada lagi yang terlintas didalam hati tentang perkara-perkara yang menunjukkan akan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri

Tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi iaitu tidak lagi memperkatakan dengan lisan lidah, memikirkan dengan fikiran dan tidak ada lagi yang terlintas didalam hati tentang keberadaan Allah diketika sedang dan masih merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri.

Setelah tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.

Sebut Allah, Allah, Allah dengan lisan lidah tanpa putus

Setiap sebutan Allah yang disebut itu hendaklah dituju kepada sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.

Ditempat pertemuan diantara menyebut Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.

Sehingga sebutan Allah yang disebut dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah berlaku didalam satu masa yang sama dan menyatu menjadi satu.

Disinilah tempat berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah dimana tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah akan menjadi "PENYAKSIAN"

Dan menyebut nama Allah akan menjadi sebagai "PENGAKUAN" bahawa sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah ialah sifat ketuhanan Allah.

"PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA SIFAT KETUHANAN ALLAH" hanya berlaku ditempat pertemuan diantara menyebut nama Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah yang telah berlaku didalam satu masa yang sama sehingga menyatu menjadi satu.

Sebelum berlaku pertemuan diantara menyebut Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah sehingga menjadi satu tidak akan berlaku "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada sifat ketuhanan Allah.

PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA SIFAT KETUHANAN ALLAH AKAN BERLAKU SEPERTIMANA IKTIBAR PENGAJARAN DARI PERISTIWA NABI MUSA MEMOHON UNTUK MELIHAT ALLAH

7.Surah Al-'A`rāf dari ayat 143

Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalli" kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan.

Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman.

Perkara yang sama telah berlaku kepada saidina Ali sepertimana telah diperjelaskan didalam sebuah hadis

hadis Riwayat Thabrani dan Baihaqi

Dari ’Ali karamallahu wajhah: Aku katakan: Ya Rasulullah, manakah jalan thariqat yang sedekat-dekatnya kepada Allah dan semudah-mudahnya atas hamba Allah dan semulia-mulianya di sisi Allah?

Maka Sabda Rasulullah SAW.: Ya Ali, penting atas kamu berkekalan/senantiasa berzikir kepada Allah.

Berkatalah Ali: Tiap orang berdizikir pada Allah.

Maka Rasulullah SAW. bersabda: Ya Ali, tidak ada terjadi kiamat sehingga tiada lagi tinggal di atas permukaan bumi ini, orang yang mengucapkan Allah, Allah.

Maka sahut Ali kepada Rasulullah SAW: Bagaimana caranya aku berzikir ya Rasulullah?

Maka Sabda Rasulullah SAW: Pejamkan kedua matamu dan dengarkanlah dari saya ucapan tiga kali. Kemudian ucapkanlah seperti itu dan aku akan dengarkan. Maka sejenak Rasulullah SAW mengucapkan Laa ilaaha illallah, tiga kali sedang kedua matanya tertutup.

Kemudian Ali pun mengucapkan kalimat laa ilaaha illallaah seperti demikian.

Ajaran tersebut kemudian Sayyidina Ali ajarkan pula kepada Hasan Basri dan dari Hasan Basri diajarkan kepada al-Habib al-Ajamy, dari al-Habib diajarkan kepada Daud Atha’iy, dari Daud diajarkan kepada al-Makruf Al Karakhi dan dari al-Makruf ke pada As Sari, dan kemudian dari As Sari kepada al-Junaid.

Ketika Nabi Muhammad SAW menunjukkan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu kepada Saidina Ali, baginda bersabda :

Hai Ali, pejamkan kedua matamu dan engkau dengar daripada aku tiga kali aku berkata “Laa ilaaha illallah” tiga kali, dan aku mendengar bacaan engkau. Maka berkata Nabi tiga kali mengucapkan kalimat “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) dengan memejamkan kedua mata, Nabi mengangkat suaranya, Ali mendengarnya. Kemudian Ali mengatakan “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) tiga kali seperti yang dikatakan Nabi itu, dan Ali pun memejamkan kedua matanya dan mengangkatkan suaranya, sedangkan Nabi mendengar bacaan Ali pada saat Ali ibn Abi Thalib mengalami fana fillah. Kemudian Setelah Ali sadar, maka Nabi bertanya kepada Ali mengenai perjumpaannya dengan Allah, maka Ali berkata :Roaitu robbi bi'aini qolbi, faqultu laa sakka anta anta Allah.

“Kulihat Tuhanku dengan mata hatiku dan akupun berkata: tidak aku ragu engkau, engkaulah Allah”.Setelah Ali menceritakan perjumpaannya dengan Allah, maka kemudian Nabi membawa Ali di hadapan para umat dan berkata :Ana madinatul 'ilmi wa Ali baabuhaa.

“Aku adalah gudangnya ilmu dan Ali adalah pintunya”.

Maka yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah, Tuhan kamu yang sebenar-benarnya; sesudah nyatanya sesuatu yang betul dan benar, maka tidakkah yang lain daripada itu salah dan karut sahaja? Oleh itu, bagaimana kamu dapat dipesongkan dari kebenaran?

(10.Surah Yūnus ayat 32)

(Sebagaimana benarnya ketuhanan itu bagi Allah sahaja) demikianlah benarnya kalimah ketetapan hukum Tuhanmu, terhadap orang-orang yang fasik kerana bahawasanya mereka tidak beriman.

(10.Surah Yūnus ayat 33)

Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

(11.Surah Hūd ayat 112)

Disini belum dibincangkan cara hendak menyebut Allah secara tersembunyi didalam hati.

Sebelum daripada seseorang itu melaksanakan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw seperti diatas, seseorang itu perlu tahu dan boleh menghuraikan sendiri apakah yang dimaksudkan dengan syirik, pembahagiannya dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi

Supaya ia tidak melaksanakan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw yang disertakan dengan masih dan sedang melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Jika seseorang itu melaksanakan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw yang masih dan sedang disertakan dengan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi..

Akan Gugur segala amal yang dilakukan didalam keadaan syirik

39.Surah Az-Zumar ayat 65

Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.

6.Surah Al-'An`ām ayat 88

Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia memimpin sesiapa yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).

Kesimpulan daripada keterangan seperti diatas ialah orang yang telah melakukan perintah Allah

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

(Surah An-Nisā' ayat 66)

yang akan dilakukan mengikut dari apa yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah pada

Surah Al-Muzammil ayat 8

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Yang cara untuk menyebut nama tuhanmu boleh dilakukan mengikut firman Allah pada

Surah Al-'Isrā' ayat 110

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Dan menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati mengikut sepertimana

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan mata mu,

- Tongkat kan lidah mu ke langit2,

- sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah....

Adalah merupakan orang yang sedang memohon sepertimana firman Allah pada

1.Surah Al-Fātiĥah ayat 6

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

1.Surah Al-Fātiĥah ayat 7

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Yang merupakan amal yang makbul

35.Surah Fāţir ayat 10

Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.

Kerana Allah janji akan pimpin orang yang telah melakukan perintahNya

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

(Surah An-Nisā' ayat 66)

Kejalan yang lurus iaitu menjadi sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik

Dan Allah tidak pernah mengubah janjinya

30.Surah Ar-Rūm ayat 6

Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

10.Surah Yūnus ayat 44

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.

20.Surah Ţāhā ayat 80

Wahai Bani lsrail! Sesungguhnya Kami telah selamatkan kamu dari musuh kamu, dan Kami telah janjikan kamu (dengan memberi wahyu kepada Nabi Musa) di sebelah kanan Gunung Tursina itu, dan kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa",

20.Surah Ţāhā ayat 81

Serta Kami katakan: Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu, dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu; dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia.

20.Surah Ţāhā ayat 82

Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya.

20.Surah Ţāhā ayat 83

Dan apakah yang menyebabkan engkau segera datang ke mari lebih dahulu dari kaum engkau wahai Musa?.

20.Surah Ţāhā ayat 84

Nabi Musa menjawab: "Mereka itu ada mengiringi daku tidak jauh dari sini; dan aku segera datang kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Engkau reda akan daku".

20.Surah Ţāhā ayat 85

(Setelah selesainya urusan itu) maka Allah berfirman kepada Nabi Musa:

"Sesungguhnya Kami telah mengenakan kaummu satu fitnah ujian sepeninggalanmu, dan mereka telah disesatkan oleh Samiri"

19.Surah Maryam ayat 51

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Musa; sesungguhnya ia adalah orang pilihan, dan adalah ia seorang Rasul, lagi Nabi.

19.Surah Maryam ayat 52

Dan Kami telah menyerunya dari arah sebelah kanan Gunung Tursina, dan Kami dampingkan dia dengan diberi penghormatan berkata dengan Kami.

Perkara yang sama telah berlaku kepada saidina Ali sepertimana telah diperjelaskan didalam sebuah hadis

hadis Riwayat Thabrani dan Baihaqi

Dari ’Ali karamallahu wajhah: Aku katakan: Ya Rasulullah, manakah jalan thariqat yang sedekat-dekatnya kepada Allah dan semudah-mudahnya atas hamba Allah dan semulia-mulianya di sisi Allah?

Maka Sabda Rasulullah SAW.: Ya Ali, penting atas kamu berkekalan/senantiasa berzikir kepada Allah.

Berkatalah Ali: Tiap orang berdizikir pada Allah.

Maka Rasulullah SAW. bersabda: Ya Ali, tidak ada terjadi kiamat sehingga tiada lagi tinggal di atas permukaan bumi ini, orang yang mengucapkan Allah, Allah.

Maka sahut Ali kepada Rasulullah SAW: Bagaimana caranya aku berzikir ya Rasulullah?

Maka Sabda Rasulullah SAW: Pejamkan kedua matamu dan dengarkanlah dari saya ucapan tiga kali. Kemudian ucapkanlah seperti itu dan aku akan dengarkan. Maka sejenak Rasulullah SAW mengucapkan Laa ilaaha illallah, tiga kali sedang kedua matanya tertutup.

Kemudian Ali pun mengucapkan kalimat laa ilaaha illallaah seperti demikian.

Ajaran tersebut kemudian Sayyidina Ali ajarkan pula kepada Hasan Basri dan dari Hasan Basri diajarkan kepada al-Habib al-Ajamy, dari al-Habib diajarkan kepada Daud Atha’iy, dari Daud diajarkan kepada al-Makruf Al Karakhi dan dari al-Makruf ke pada As Sari, dan kemudian dari As Sari kepada al-Junaid.

Ketika Nabi Muhammad SAW menunjukkan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu kepada Saidina Ali, baginda bersabda :

Hai Ali, pejamkan kedua matamu dan engkau dengar daripada aku tiga kali aku berkata “Laa ilaaha illallah” tiga kali, dan aku mendengar bacaan engkau. Maka berkata Nabi tiga kali mengucapkan kalimat “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) dengan memejamkan kedua mata, Nabi mengangkat suaranya, Ali mendengarnya. Kemudian Ali mengatakan “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) tiga kali seperti yang dikatakan Nabi itu, dan Ali pun memejamkan kedua matanya dan mengangkatkan suaranya, sedangkan Nabi mendengar bacaan Ali pada saat Ali ibn Abi Thalib mengalami fana fillah. Kemudian Setelah Ali sadar, maka Nabi bertanya kepada Ali mengenai perjumpaannya dengan Allah, maka Ali berkata :Roaitu robbi bi'aini qolbi, faqultu laa sakka anta anta Allah.

“Kulihat Tuhanku dengan mata hatiku dan akupun berkata: tidak aku ragu engkau, engkaulah Allah”.Setelah Ali menceritakan perjumpaannya dengan Allah, maka kemudian Nabi membawa Ali di hadapan para umat dan berkata :Ana madinatul 'ilmi wa Ali baabuhaa.

“Aku adalah gudangnya ilmu dan Ali adalah pintunya”.

INI ADALAH CARA UNTUK MENYEBUT NAMA ALLAH DIDALAM HATI ...

Rasulullah saw pernah bersabda ,

“Zikir (dengan tidak bersuara) lebih unggul dari pada zikir (dengan suara) selisih tujuh puluh kali lipat.

Jika tiba saatnya hari kiamat maka Allah akan mengembalikan semua perhitungan amal semua makhluk-makhluknya sesuai amalnya.

Para malaikat pencatat amal datang dengan membawa tulisan-tulisan mereka.

Allah berkata pada mereka , lihatlah apakah ada amalan yang tersisa pada hamba-Ku ini ?

Para malaikat itu menjawab , kami tidak meninggalkan sedikit pun amalan yang kami ketahui kecuali kami mencatat dan menulisnya.

Allah lalu berkata lagi (pada hamba-Nya itu), kamu mempunyai amal kebaikan yang hanya Aku yang mengetahuinya.

Aku akan membalas amal kebaikanmu itu.

Kebaikanmu itu berupa zikir dengan sembunyi (tak bersuara).”

( Hadis Riwayat Al-Baihaqi )

Lakukan sehingga berlaku penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.

Setiap seorang mesti tahu dan boleh menghuraikan tentang bagaimana hendak melaksanakan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah..

kenapa setiap seorang perlu tahu dan boleh menghuraikan sendiri tentang

apa itu syirik, pembahagiannya dan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi ?

Supaya setiap seorang tidak akan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Apa pula akan terjadi kepada seseorang tidak akan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.?

Orang tersebut akan boleh menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasai sebagai sifat diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.

Dan apabila dilakukan sesuatu perkara mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah, akan berlakulah mengikut sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah kerana telah dilakukan didalam keadaan yang tidak desertakan dengan perbuatan yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi

PERSOALAN YANG TELAH DIKEMUKAKAN OLEH ALLAH DIDALAM FIRMANNYA

2.Surah Al-Baqarah ayat 80

Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad):

"Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"

SUDAHKAH SESEORANG ITU TELAH MELAKUKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH SUPAYA ALLAH MEMBERIKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIJANJIKAN TERSEBUT?...

KHAS UNTUK PENGAMAL IP BBM (ILMU KALIMAH TAUHID YANG TELAH DIPECAHKAN RAHSIANYA OLEH BBM)

KETIKA DIBUKAKAN JALAN AKAN HADZIR RASA-RASA YANG TERASA DIHUJUNG-HUJUNG JARI DAN GERAK YANG BERGERAK DENGAN SENDIRINYA....

Setiap orang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan bahawa "RASA-RASA YANG TERASA DIHUJUNG-HUJUNG JARI" yang dipecahkan oleh BBM ialah menunjukkan tanda sifat "ADA"

SETELAH MENDAPAT RASA-RASA YANG TERASA DIHUJUNG-HUJUNG JARI (IAITU RAHSIA SIFAT ADA YANG TELAH DIPECAHKAN

Setiap orang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan "JALAN DAN CARA" yang perlu dilakukan sehingga akan berlaku "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa hanya Allah yang bersifat dengan sifat ada.

Setelah mendapat "RASA-RASA YANG TERASA DIHUJUNG-HUJUNG JARI" setiap orang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan bahawa sifat ada yang sedang dirasai itu iaitu "RASA-RASA YANG TERASA DIHUJUNG-HUJUNG JARI" ialah sifat ada yang bukan yang sedang dirasai sebagai sifat badan diri sendiri dan sifat ada yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ada Allah

Untuk membolehkan seseorang itu menumpukan kepada sifat ada "RASA-RASA YANG TERASA DIHUJUNG-HUJUNG JARI" yang bukan yang dirasakan sebagai sifat ada diri sendiri hendaklah seseorang itu tidak melakukan lagi perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan akan berlakunya syirik yang tersembunyi

Untuk membolehkan seseorang itu menumpukan kepada sifat ada "RASA-RASA YANG TERASA DIHUJUNG-HUJUNG JARI" yang bukan yang disangka sebagai sifat ada Allah, hendaklah seseorang itu tidak lagi melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan akan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Setelah boleh menumpukan kepada "RASA-RASA YANG TERASA DIHUJUNG-HUJUNG JARI" iaitu sifat ada yang bukan yang dirasakan sebagai sifat ada diri sendiri, dan kepada sifat ada yang bukan yang disangka sebagai sifat ada Allah,

Hendaklah menyebut nama Allah berulang-ulang secara tertib, setiap sebutan nama Allah yang disebut itu hendaklah ditujukan kepada "RASA-RASA YANG TERASA DIHUJUNG-HUJUNG JARI" iaitu sifat ada yang bukan yang dirasakan sebagai sifat ada diri sendiri, dan kepada sifat ada yang bukan yang disangka sebagai sifat ada Allah,

PERBUATAN INI SEDANG DILAKUKAN MENGIKUT FIRMAN ALLAH

73.Surah Al-Muzzammil ayat 8

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

7.Surah Al-'A`rāf ayat 205

Ini adalah cara untuk menyebut nama Allah dengan lisan lidah dan secara tersembunyi didalam hati yang perlu dilakukan sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah

Bagaimana hendak menyebut nama Allah dengan lisan lidah boleh dilakukan mengikut daripada firman Allah pada

Surah Al-'Isrā' ayat 110..

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Untuk menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati boleh dilaksanakan mengikut apa yang tersurat dan apa yang tersirat didalam sabda Rasulullah saw

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan mata mu,

- Tongkat kan lidah mu ke langit2,

- sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Ditempat pertemuan diantara menyebut nama Allah dengan "RASA-RASA YANG TERASA DIHUJUNG-HUJUNG JARI" iaitu sifat ada yang bukan yang dirasakan sebagai sifat ada diri sendiri, dan kepada sifat ada yang bukan yang disangka sebagai sifat ada Allah, inilah akan berlaku "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa sifat ada yang bukan yang dirasakan sebagai sifat ada diri sendiri, dan sifat ada yang bukan yang disangka sebagai sifat ada Allah, itu adalah sifat ada Allah.

Sedang merasai "RASA-RASA YANG TERASA DIHUJUNG-HUJUNG JARI" iaitu sifat ada yang bukan yang dirasakan sebagai sifat ada diri sendiri, dan kepada sifat ada yang bukan yang disangka sebagai sifat ada Allah adalah merupakan "PENYAKSIAN" dan

Menyebut nama Allah adalah merupakan "PENGAKUAN" bahawa sifat ada yang bukan yang dirasakan sebagai sifat ada diri sendiri, dan sifat ada yang bukan yang disangka sebagai sifat ada Allah, itu adalah sifat ada Allah.

Setelah berlakunya "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa sifat ada yang bukan yang dirasakan sebagai sifat ada diri sendiri, dan sifat ada yang bukan yang disangka sebagai sifat ada Allah, itu adalah sifat ada Allah.

Tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa sifat ada yang bukan yang dirasakan sebagai sifat ada diri sendiri, dan kepada sifat ada yang bukan yang disangka sebagai sifat ada Allah, itu adalah sifat ada Allah yang sedang berlaku.

Sebutlah nama Allah berulang-ulang secara tertib dan teratur, tujukan sebutan nama Allah kepada "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa sifat ada yang bukan yang dirasakan sebagai sifat ada diri sendiri, dan sifat ada yang bukan yang disangka sebagai sifat ada Allah, itu adalah sifat ada Allah sehingga akan berlaku pula "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa Allah yang sedang merasa ada Allah.

KEADAAN INI SEDANG BERLAKU SEPERTI SABDA NABI MUHAMMAD SAW "AKU KENAL TUHAN AKU DENGAN TUHAN AKU"

DAN SEPERTI YANG TELAH DIJELASKAN OLEH BBM " KITA YANG BUKAN KITA LAGI"....

SETELAH ITU SESEORANG ITU AKAN DAPAT MERASAKAN GERAK YANG BERGERAK DENGAN SENDIRINYA (YANG TIDAK BOLEH DIKAWAL OLEH BADAN DIRI SENDIRI)

Disini setiap orang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan "GERAK YANG BERGERAK DENGAN SENDIRINYA"

"GERAK YANG BERGERAK DENGAN SENDIRINYA" ialah keadaan sedang menunjukkan sifat qudrat (berkuasa) dan sifat irodat (berkehendak).

Dari sini setiap orang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan "JALAN DAN CARA" yang perlu dilakukan sehingga akan berlakunya "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa sifat qudrat dan irodat yang sedang dirasakan itu adalah sifat qudrat Allah.

JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN SUPAYA BERLAKUNYA "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" BAHAWA GERAK YANG BERGERAK DENGAN SENDIRI ADALAH QUDRAT DAN IRODAT ALLAH.

Tumpukan kesedaran kita kepada "GERAK YANG BERGERAK DENGAN SENDIRI" yang telah difahamkan sebagai tanda sifat qudrat dan irodat dengan sepenuh atau sebulat-bulat tumpuan.

Jangan dirasakan "GERAK YANG BERGERAK DENGAN SENDIRI" atau sifat qudrat dan irodat yang ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan itu

sebagai sifat qudrat dan irodat diri sendiri dengan tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi,

atau sebagai sifat qudrat dan irodat yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah dengan tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Setelah itu sebutlah nama Allah secara tertib dan teratur, setiap sebutan nama Allah yang disebut itu hendaklah ditujukan kepada tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada "GERAK YANG SEDANG BERGERAK DENGAN SENDIRI" yang telah difaham dan dirasai sebagai sifat qudrat dan irodat yang bukan yang dirasai sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat qudrat dan irodat yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.

Di tempat pertemuan diantara menyebut nama Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada "GERAK YANG SEDANG BERGERAK DENGAN SENDIRI" yang telah difaham dan dirasai sebagai sifat qudrat dan irodat yang bukan yang dirasai sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat qudrat dan irodat yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah, inilah akan berlaku "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa sifat qudrat dan irodat yang bukan yang dirasa sebagai sifat diri sendiri dan sifat qudrat dan irodat yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah itu adalah sifat qudrat dan irodat Allah...

TERUSKAN BERPRAKTIKAL SEHINGGA SAMPAI MERASAKAN ALLAH YANG SEDANG MENYEDARI BERLAKUNYA QUDRAT DAN IRODAT ALLAH... DIMANA SETELAH TERASA BERLAKUNYA "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" KEPADA GERAK YANG SEDANG BERLAKU DENGAN SENDIRI ITU ADALAH KUDRAT DAN IRODAT ALLAH. TERUSKAN DENGAN MERASAKAN "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" YANG SEDANG BERLAKU ITU. TUMPUKAN SEBULAT PERASAAN DAN DIDALAM MASA YANG SAMA TERUS MENYEBUT NAMA ALLAH TANPA HENTI SEHINGGALAH BERLAKU PULA "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" BAHAWA ALLAH YANG SEDANG MERASAI QUDRAT DAN IRODAT ALLAH..

JANGAN BANYAK SOAL, TIDAK PERLU MEMIKIRKAN LAGI, LAKUKAN SAHAJA DENGAN MENUMPUKAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN KEPADA GERAK YANG BERGERAK DENGAN SENDIRI ITU, DIDALAM MASA YANG SAMA SEBUTLAH ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA...

INILAH RAHSIA KALIMAH SYAHDAH YANG TELAH DIPECAHKAN OLEH BBM.

Iaitu berlaku keadaan sedang bersaksi bahawa hanya Allah yang memiliki sifat ada, hanya Allah yang memiliki sifat qudrat dan irodat

Ini sedang berlaku sepertimana didalam firman Allah pada

Surah Saba' ayat 27

Katakanlah lagi:

"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.

Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

(Maksud sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya - Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah membawa makna sedang mempertuhankan sesuatu selain daripada Allah)

RAHSIA INI TELAH DIPECAHKAN OLEH BBM UNTUK DIAMALKAN..

BBM BERPESAN JANGAN TAKUT UNTUK MENCUBA KEPADA SIFAT-SIFAT YANG LAIN...

BBM TELAH PECAHKAN RAHSIA ADA, KUDRAT DAN IRODAT ALLAH...

MAKA BBM TELAH BERPESAN JANGAN TAKUT UNTUK MENCUBA KEPADA SIFAT-SIFAT YANG LAIN SEPERTI SIFAT HIDUP, SIFAT ILMU, SIFAT MELIHAT, SIFAT MENDENGAR DAN SEFAT BERKATA-KATA...

PERJALANAN MENCARI KUNCI WASIAT

TUGAS UTAMA KITA SEBAGAI ANAK DIDIK BBM IALAH MENCARI KUNCI WASIAT

DALAM MENCARI KUNCI WASIAT KITA HENDAKLAH BERJALAN DARI ADA KEPADA TIADA SETERUSNYA KEPADA TIDAK ADA

Pada permulaan perjalanan kita sentiasa merasa ada diri kita sendiri (kita tahu yang bersifat Ada hanya Allah tetapi kita sedang merasa ada diri kita sendiri, tidak pernah merasa ada Allah)..

SEDANG MERASAKAN KEBERADAAN DIRI SENDIRI, INILAH YANG DIMAKSUDKAN OLEH BBM BERJALAN DARI ADA...

Setelah dibuka jalan dan telah dapat merasakan rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari yang telah dipecahkan rahsianya oleh BBM sebagai rasa tanda ada yang sedang dirasa.

Setiap orang mesti berusaha supaya jangan timbul rasa ada diri sendiri dengan maksud jangan merasakan "RASA-RASA YANG TERASA DIHUJUNG-HUJUNG JARI" itu sebagai tanda ada diri sendiri dengan tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.

jangan merasakan "RASA-RASA YANG TERASA DIHUJUNG-HUJUNG JARI" itu sebagai tanda ada Allah dengan tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Setiap orang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan "JALAN DAN CARA" yang perlu dilakukan sehingga akan berlaku "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa "RASA-RASA YANG TERASA DIHUJUNG-HUJUNG JARI" itu adalah tanda ada Allah.

Setiap orang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan "JALAN DAN CARA" yang perlu dilakukan sehingga akan berlaku "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa "RASA-RASA YANG TERASA DIHUJUNG-HUJUNG JARI" itu adalah tanda ada Allah.

Sedang berlakunya "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa "RASA-RASA YANG TERASA DIHUJUNG-HUJUNG JARI" itu adalah tanda ada Allah inilah yang disebut oleh BBM sampai kepada "TIADA"

Setelah berlakunya "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa "RASA-RASA YANG TERASA DIHUJUNG-HUJUNG JARI" itu adalah tanda ada Allah, diteruskan dengan menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa "RASA-RASA YANG TERASA DIHUJUNG-HUJUNG JARI" itu adalah tanda ada Allah..

Sebutlah nama Allah secara tertib dan teratur dan tujukan setiap sebutan Allah yang disebut itu kepada tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa "RASA-RASA YANG TERASA DIHUJUNG-HUJUNG JARI" itu adalah tanda ada Allah

Ditempat pertemuan diantara menyebut nama Allah dengan tumpuan sebulat-bulat tumpuan kepada "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa "RASA-RASA YANG TERASA DIHUJUNG-HUJUNG JARI" itu adalah tanda ada Allah akan berlaku pula "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa Allah yang sedang merasa ada Allah

Keadaan sedang berlaku "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa Allah yang sedang merasa ada Allah, inilah keadaan yang dimaksudkan oleh BBM "KEPADA TIDAK ADA"

KEADAAN INILAH TEMPAT YANG DIKATAKAN TIDAK ADA (KITA TIDAK LAGI MERASA ADA DIRI KITA - KITA KATA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT ADA, DIDALAM MASA YANG SAMA TELAH TENGGELAM DIDALAM KEADAAN ALLAH YANG SEDANG MERASA ADA ALLAH - KITA SUDAH TIDAK ADA SEPENUHNYA)..

KEADAAN DIMANA ALLAH YANG SEDANG MERASA ADA ALLAH INILAH YANG DIKATAKAN "AKU KENAL TUHAN AKU DENGAN TUHAN AKU"

KEADAAN ALLAH YANG SEDANG MERASA ADA ALLAH INILAH KEADAAN DIMANA SEDANG TENGGELAM DIDALAM KALIMAH TAUHID IAITU TIADA SESUATU YANG ADA HANYA ALLAH..

KEADAAN INI JUGA YANG DIKATAKAN OLEH BBM "KITA YANG BUKAN KITA LAGI"

INILAH KUNCI WASIAT YANG KITA CARI, YANG DILAMBANGKAN DENGAN LAMBANG ALIF LAM MIM YANG TERBENTUK PADA JARI TELUNJUK YANG LURUS.SETELAH MENDAPAT KUNCI WASIAT INI, PEGANG DAN PERGUNAKANLAH DIA UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT...

PENUTUP

SETIAP ORANG TIDAK AKAN MAMPU UNTUK MEMBERSIHKAN DIRINYA DARI SEBARANG PERBUATAN SYIRIK

TETAPI APA YANG BOLEH DILAKUKAN IALAH LAKSANAKAN PERINTAH ALLAH DAN RASULNYA, YANG APABILA DILAKSANAKAN PERINTAH TERSEBUT ALLAH AKAN MENJADIKAN ORANG TERSEBUT SEBAGAI SEORANG "YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK"

ORANG "YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK" IALAH ORANG YANG TIDAK AKAN SEKUTUKAN ALLAH DENGAN YANG LAIN.

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?"

(Bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu.

Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?"

Katakanlah:

"Aku tidak mengakuinya".

Katakanlah lagi: "Hanyasanya Dia lah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)".

(6.Surah Al-'An`ām ayat 19)

Orang yang tidak sekutukan Allah dengan yang lain ialah orang yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

(18.Surah Al-Kahf ayat 109)

Allah tidak akan boleh diterangkan dengan apa cara sekalipun air lautan dijadikan dakwat untuk menerangkannya. Namun demikian bagi orang yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah, Allah telah menunjukkan jalan dan cara yang perlu dilakukan sepertimana didalam firmanNya pada

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;

OLEI ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA"

(18.Surah Al-Kahf ayat 110)

Orang yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah tidak akan berusaha untuk menerangkan tentang Allah kerana ia tahu yang Allah tidak terterangkan walaupun Allah jadikan air lautan sebagai dakwat untuk menerangkannya dan ditambah lagi dengan tujuh air lautan tetap Allah tidak akan terterangkan

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".

Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

(31.Surah Luqmān ayat 25)

Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.

(31.Surah Luqmān ayat 26)

Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis.

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(31.Surah Luqmān ayat 27)

Apa yang akan dilakukan oleh orang yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah ialah

"IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN IA TIDAK MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA"

(Surah Al-Kahf ayat 110)

Orang yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah ialah orang yang khusyuk.

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

(2.Surah Al-Baqarah ayat 45)

(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.

(2.Surah Al-Baqarah ayat 46)

Kesimpulannya orang yang khusyuk ialah orang "YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK"

Orang "YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK" ialah orang yang dipimpin oleh Allah "KEJALAN YANG LURUS"

Orang yang akan dipimpin oleh Allah kejalan yang lurus ialah orang yang melakukan perintah Allah

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

Mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA

Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).

(4.Surah An-Nisā' ayat 66)

Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;

(4.Surah An-Nisā' ayat 67)

DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.

4.Surah An-Nisā' ayat 68

JALAN YANG LURUS IALAH "YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK"

Salah satu daripada firman Allah yang telah memperjelaskan tentang satu jalan yang lurus yang tidak boleh disesatkan oleh iblis dan syaitan ialah

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

(15.Surah Al-Ĥijr ayat 39)

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

(15.Surah Al-Ĥijr ayat 40)

Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.

(15.Surah Al-Ĥijr ayat 41)

"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

(15.Surah Al-Ĥijr ayat 42)

Dengan ini membawa makna Allah akan pimpin orang yang melakukan perintah

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

Kejalan yang lurus iaitu Allah akan menjadikan orang yang melakukan perintah Allah

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

Sebagai seorang "YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK"

Orang yang akan dibersihkan daripada melakukan sebarang syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi ialah orang yang melakukan perintah Allah

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

Setiap orang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan perintah Allah

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

Dan bagaimana hendak melakukan perintah tersebut mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

(76.Surah Al-'Insān ayat 29)

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

(76.Surah Al-'Insān ayat 30)

MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU...

Sebelum daripada melakukan perintah Allah

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

Setiap orang mesti tahu apakah yang dimaksudkan dengan syirik, pembahagiannya dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Setelah itu jangan dilakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Jika melakukan perintah Allah

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

Dan ibadat yang lain yang disertakan dengan masih melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Akan Gugur segala amal yang dilakukan didalam keadaan syirik

Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.

(39.Surah Az-Zumar ayat 65)

Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia memimpin sesiapa yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).

6.Surah Al-'An`ām ayat 88

Setelah tidak lagi melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Barulah dilakukan perintah Allah

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

Mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.

JANGAN MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN

Kerana memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan telah diberikan amaran keras oleh Allah melalui firmanNya pada

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

(61.Surah Aş-Şaf ayat 2)

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

(61.Surah Aş-Şaf ayat 3)

Setiap orang yang telah memperkatakan sesuatu tentang makrifatullah mesti tahu dan boleh menghuraikan bagaimana hendak melakukan cara dan jalan untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

(Surah Al-'Isrā' ayat 41)

Atau melakukan jalan untuk mengenal tuhanmu iaitu Allah

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?

(79.Surah An-Nāzi`āt ayat 15)

Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci;

(79.Surah An-Nāzi`āt ayat 16)

(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);

(79.Surah An-Nāzi`āt ayat 17)

"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?

(79.Surah An-Nāzi`āt ayat 18)

Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?

(79.Surah An-Nāzi`āt ayat 19)

Nabi Musa menyeru kepada firaun " DAN MAHUKAH AKU TUNJUKKAN KEPADAMU JALAN MENGENAL TUHANMU"

Apa yang telah difirmankan ialah Jalan mengenal Tuhanmu bukan mengenal tuhanmu

Untuk Mengenal Allah setiap seorang itu mesti melalui jalan untuk mengenal Tuhanmu iaitu (ALLAH)

YANG PERLU DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

(76.Surah Al-'Insān ayat 29)

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

(76.Surah Al-'Insān ayat 30)

MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU...

Jika seseorang itu tidak tahu dan tidak boleh menghuraikan tentang bagaimana hendak melakukan cara dan jalan untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah

Menunjukkan, yang ia sedang memperkatakan sesuatu yang ia sendiri tidak melakukannya kerana bagaimana ia hendak melakukan sesuatu yang ia sendiri tidak tahu dan tidak boleh menghuraikannya ?

SEDANG MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN AKAN MENJADI TEMPAT UNTUK SYAITAN SELALU TURUN ATAU AKAN MENJADI SARANG SYAITAN.

Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?

(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 221)

Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,

(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 222)

Siapakah pendusta ... ?

Orang-orang musyrik akan mengatakan: "Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun". Demikianlah juga orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa Kami.

"Katakanlah: Adakah kamu mempunyai ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta".

6.Surah Al-'An`ām ayat 148

Cuba kita kembali kepada firman Allah

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

(17.Surah Al-'Isrā' ayat 41)

ALAH SENDIRI TELAH MENCABAR KEPADA MEREKA YANG SEDANG BERADA DIDALAM KEADAAN SEDANG BERSANGKA-SANGKA "Katakanlah: Adakah kamu mempunyai ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata" -

JIKA BENAR KAMU TIDAK BERADA DIDALAM KEADAAN SEDANG BERSANGKA-SANGKA TUNJUK DAN BUKTIKANLAH BAHAWA KAMU TIDAK BERADA DIDALAM BERSANGKA-SANGKA ITU"

JIKA KAMU TIDAK DAPAT TUNJUKKAN BAGAIMANA JALAN DAN CARA YANG KAMU TELAH LALUI SENDIRI SEHINGGA KAMU TELAHPUN BERADA DIDALAM KEADAAN IKTIQAD TAUHID SEPERTI YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH SEPERTI DIATAS MAKA ALLAH JUGA DENGAN KERAS MENYATAKAN "dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta"

Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.

(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 223)

Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.

(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 224)

Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?

(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 225)

Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?

(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 226)

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.

(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 227)

WALAUPUN SEDANG MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN TELAH MENJADI TEMPAT UNTUK SYAITAN SELALU TURUN TETAPI MEREKA PULA MENYANGKA MEREKA ADALAH ORANG YANG MENDAPAT HIDAYAH

KEADAAN INI TELAH DITERANGKAN SEPERTIMANA DIDALAM FIRMAN ALLAH

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

(43.Surah Az-Zukhruf ayat 36)

Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

(43.Surah Az-Zukhruf ayat 37)

Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman".

43.Surah Az-Zukhruf ayat 38

(Lalu dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab".

(43.Surah Az-Zukhruf ayat 39)

Maka (mengapa engkau berdukacita wahai Muhammad) adakah engkau berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak mendengar, atau menunjuk jalan kepada orang-orang yang buta (mata hatinya), dan juga orang-orang yang berada dalam kesesatan yang nyata?

(43.Surah Az-Zukhruf ayat 40)

Oleh itu (bertenanglah engkau, kerana) kalaulah Kami wafatkan engkau (sebelum Kami perlihatkan kepadamu azab yang akan menimpa mereka), maka sesungguhnya Kami tetap menyeksakan mereka.

(43.Surah Az-Zukhruf ayat 41)

Atau sekiranya Kami (hendak) memperlihatkan kepadamu apa yang Kami janjikan kepada mereka (dari azab seksa itu), maka Kami tetap berkuasa terhadap mereka.

(43.Surah Az-Zukhruf ayat 42)

Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.

(43.Surah Az-Zukhruf ayat 43)

Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan).

(43.Surah Az-Zukhruf ayat 44)

Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan solat, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).

(7.Surah Al-'A`rāf ayat 29)

Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah.

(.Surah Al-'A`rāf ayat 30)

INI ADALAH APA YANG TELAH ALLAH TERANGKAN DIDALAM FIRMANNYA....

PARA NABI-NABI TIDAK MEMINTA UPAH ATAS APA YANG DISAMPAIKAN ...

Surah Al-An’am dari ayat 84 - 90

84. Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Ibrahim: (anaknya) Ishak (dari isterinya Sarah), dan (cucunya) Yaakub. Tiap-tiap seorang (dari mereka) Kami telah berikan petunjuk, dan Nabi Nuh juga Kami telah berikan petunjuk dahulu sebelum itu; dan dari keturunan Nabi Ibrahim itu (ialah Nabi-nabi): Daud, dan Sulaiman, dan Ayub, dan Yusuf, dan Musa, dan Harun. Dan demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amal perbuatannya.

85. Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Zakaria, dan Yahya, dan Isa, dan Ilyas; semuanya dari orang-orang yang soleh.

86. Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Ismail, dan Alyasak dan Yunus, dan Lut; dan mereka itu semuanya, Kami lebihkan darjat mereka atas umat-umat (yang ada pada zamannya).

87. Dan (Kami juga lebihkan darjat) sebahagian daripada datuk nenek mereka, dan keturunan mereka, dan mereka, dan keturunan mereka, dan saudara-saudara mereka; dan Kami telah pilih mereka, serta Kami tunjukkan mereka ke jalan yang lurus.

88. Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia memimpin sesiapa yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).

89. Mereka itulah orang-orang yang telah Kami berikan kepadanya Kitab Suci, dan Hikmah (ilmu pengetahuan), serta pangkat kenabian. Oleh itu, jika orang-orang (kafir) itu mengingkarinya, maka sesungguhnya Kami akan menyerahkannya kepada kaum (lain) yang tidak akan mengingkarinya.

90. Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan petunjuk mereka; Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai petunjuk (Al-Quran yang aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya.

Nabi Nuh berkata: "Wahai kaumku! Jika keadaanku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, serta Ia mengurniakan pangkat Nabi kepadaku dari sisiNya, kemudian bukti yang nyata itu menjadi kabur pada pandangan kamu (disebabkan keingkaran kamu yang telah sebati), maka adakah kamu nampak ada gunanya Kami memaksa kamu menerima bukti itu sedang kamu tidak suka kepadanya?

11.Surah Hūd ayat 28

Dan (ketahuilah) wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu sebarang harta benda sebagai upah menyampaikan ugama Allah itu, tiadalah aku harapkan upahku melainkan dari Allah semata-mata; dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (sebagaimana yang kamu minta itu), kerana sesungguhnya mereka akan menemui Tuhan mereka (dan pada hari itu mereka akan menuntut dan menerima hak masing-masing); tetapi aku nampak kamu semua, kaum yang tidak mengetahui apa yang mesti diketahui.

(11.Surah Hūd ayat 29)

Dan kepada kaum Aad, Kami utuskan saudara mereka: Nabi hud ia berkata:

"Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. kamu hanyalah orang-orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta (terhadap Allah).

(11.Surah Hūd ayat 50)

Wahai kaumku! Tiadalah aku meminta sebarang upah daripada kamu tentang (ajaran yang aku sampaikan) itu. Upahku hanyalah dari Allah yang menciptakan daku; maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal (untuk mengetahui kebenaran)?

(11.Surah Hūd ayat 51)

Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman).

(12.Surah Yūsuf ayat 103)

Padahal engkau tidak meminta kepada mereka sebarang upah tentang ajaran Al-Quran, sedang Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan dan pengajaran dari Allah bagi umat manusia seluruhnya.

(12.Surah Yūsuf ayat 104)

(Demikian juga) kaum Nabi Nuh telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka.)

(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 105)

Ketika saudara mereka - Nabi Nuh, berkata kepada mereka: " Hendaknya kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.

(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 106)

"Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 107)

" Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 108

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 109)

Ketika saudara mereka - Nabi Soleh, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 142)

"Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 143)

"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 144)

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 145)

Ketika saudara mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 161)

"Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 162)

"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 163)

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 164)

Ketika Nabi Syuaib berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 177)

"Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 178

"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 179)

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 180)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Apa jua yang aku harap kamu berikan kepadaku sebagai upah maka faedahnya tetap terpulang kepada kamu; balasan yang menjadi upahku yang sebenar hanyalah dari Allah, dan Ia sentiasa Memerhati serta Menyaksikan tiap-tiap sesuatu".

(34.Surah Saba' ayat 47)

Katakanlah lagi: "Sesungguhnya TuhanKu, menurunkan wahyu (kepada Nabi-nabi pilihanNya) dengan perkara yang benar; Ia sentiasa Mengetahui akan segala perkara yang ghaib".

34.Surah Saba' ayat 48

Katakanlah lagi: "Telah datang kebenaran (Al-Quran yang memberi segala kebaikan), dan perkara yang salah tidak memberi sebarang kebaikan di dunia, usahkan hendak mengulanginya di akhirat".

(34.Surah Saba' ayat 49)

Katakanlah lagi: "Sekiranya aku sesat maka bahaya kesesatanku akan menimpa diriku sendiri, dan jika aku beroleh hidayah petunjuk maka yang demikian disebabkan apa yang telah diwahyukan oleh Tuhanku kepadaku; sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Dekat".

(34.Surah Saba' ayat 50)

Dan (sungguh ngeri) jika engkau melihat (keadaan orang-orang yang bersalah itu) ketika mereka gelisah takut (menyaksikan azabnya) serta mereka tidak mendapat jalan mengelaknya, dan mereka pun diambil dari tempat mereka berada (untuk dibawa ke tempat azab).

(34.Surah Saba' ayat 51)

Dan (pada ketika itu) mereka berkata: "Kami sekarang beriman kepada kebenaran yang di bawa oleh Nabi Muhammad (s.a.w)"; (apa jalannya) dan bagaimana caranya mereka dapat mencapai iman dari tempat yang jauh?

(34.Surah Saba' ayat 52)

Pada hal mereka telah mengingkarinya sebelum itu, dan mereka pula selalu melemparkan tuduhan-tuduhan buta terhadap kebenaran itu dari tempat yang jauh? (sudah tentu salah).

(34.Surah Saba' ayat 53)

Dan disekatlah di antara mereka dengan (iman) yang mereka ingini, sebagaimana yang telah dilakukan kepada orang-orang yang sama keadaannya dengan mereka pada masa yang lalu; sesungguhnya mereka dahulu berada dalam keadaan syak yang meragukan.

(34.Surah Saba' ayat 54)

(Limpah kurnia yang besar) itulah yang Allah gembirakan (dengannya): hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak disakiti)". Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).

(42.Surah Ash-Shūraá ayat 23)

Hadis :-

Diriwayatkan dari Ali bin Muhammad melalui jalur Ubadah bin Shomit berkata : Aku mengajarkan Alqur’an dan kitab kepada penduduk Shuffah, lalu salah seorang diantara mereka memberiku busur panah. Aku berkata : hal ini tidak bayar, aku melakukannya di jalan Allah. Kemudian aku bertanya kepada Rosulullah tentang hal tersebut, baginda bersabda : jika engkau senang digantungkan dari api neraka sebab busur itu, maka terimalah”

“Telah berkata Ubay bin Ka’ab : Saya telah mengajar seorang laki-laki akan Qur’an, lalu dihadiahkan kepada saya satu panah, lantas saya khabarkan yang demikian kepada Rasulullah saw. Maka sabdanya:“Jika engkau ambil dia, berarti engkau ambil satu panah dari api”. Lalu saya kembalikan dia. (HR.Ibnu Majah, Abu Daud).

← Kembali ke Perpustakaan
🤖 BUKA AI IKTIQAD & TAUHID
Jika diminta, log masuk atau daftar ChatGPT dahulu. Selepas log masuk, projek AI Iktiqad & Tauhid akan dibuka.
⬅ Kembali ke Perpustakaan