RISALATUL MURID - JALAN PETUNJUK THORIKAT
(ABDULLAH AL-HADDAD)

ADNAN AL-YANI

MUKHODDIMAH

Keterangan:

“Alhamdulillah dengan Inayah dan TaufiqNya dimana peraturan dan garisan bagi murid AlHaq yang di ambil dari terjemahan buku “Risalatul Murid – Jalan Petunjuk Thariqat” oleh Imam Habib Abdullah Bin Alwi AlHaddad bagi murid murid mempunyai keinginan yang hakiki untuk mencapai maksud “Hatinya” yang tidak bercampur baur oleh selain daripadaNya.

Risalah kecil ini termuat Ilmu Thariqat untuk salik yang menuntut Ilmu thariqat sebagai pedoman di mana akan di sampaikan cara cara khususnya bagi murid murid yang hakiki sahaja supaya tercapai maksud hati mereka dengan Inayah dan Taufiq dari Allah swt dan RasulNya saw”.

Siapakah Ahli Ahli Thariqat?

“Sesiapa saja yang ingin memilih kebersihan dari yang kotor, ingin menyeduk yang jernih dari yang keladak dalam mengarahkan diri menuju ke jalan akhriat, jalan yang penuh dengan ranjau dan duri, jalan tempat semua manusia diduga dan diuji, siapa diantara mereka yang dapat melaksanakan peraturan dan mengerjakan amalan yang sholeh, sehingga Malaikat Maut datang menjemputnya dengan lemah lembut diiringi dengan niat yang baik dari mereka itu ‘untuk membawa mereka keHadirat Allah saw’, dimana dalam meninggalkan dunia ini yang fana dan memperolehi ‘Husnul – Khatimah’, iaitu suatu keuntungan yang amat besar. Insyallah.

Sesiapa yang tidak ada keinginan untuk memilih kebersihan dari yang kotor maka jangan membaca risalah kecil ini kerana akan membuang masa mereka saja. Tetapi bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut dimana Hatinya berdetik untuk meneruskan pembacaannya akan isi kandungan, peraturan dan garisan garisan yang termuat didalamnya. Mudah mudahan mereka dapat Inayah daripada Allah swt dan RasulNya. Amin.

Harus dipahami bahawa ketentuan dari Allah swt pasti berlaku atas sesiapa yang menceburkan diri di dalam Ilmu Thariqat. Khabar ini bukan untuk menakutkan mereka yang pertama kali menceburkan diri di dalam mengikuti peraturan dan garisan, penuh dengan ujian dan cubaan kerana Allah swt melihat akan kedalaman Hati (niat sebenar) seseorang samada Cinta, Kasih, Sayang dan menyerahkan Jiwa Raganya kepada yang Memiliki, Menghidupkan dan Mematikan dirinya bukan selain daripadaNya”.

Seterusnya perhatikan di sini akan pengertian Murid dan Syeikh

“Murid bukanlah pelajar di bangku sekolah bahkan maksudnya ialah seseorang yang mencari pemimpin ke jalan Allah menerusi seorang Syeikh. Sedangkan Syeikh pula ialah Gurunya atau Pemimpinnya dimana diambil pelajaran, samada dengan cara biasa: iaitu belajar, ataupun dengan cara luar biasa iaitu: menerusi pandangan seorang guru yang ada kalanya dengan berhadapan muka dan ada kalanya menerusi pandangan Hati.

Ilmu ini ialah Ilmu yang khusus yang diberikan oleh Allah swt kepada para kekasih dan para pencari dan bukan ilmu yang boleh dibelajar menerusi seorang guru ataupun dapat diterangkan selok-beloknya didalam sebuah buku, sebagaimana umumnya berlaku kepada ilmu zahir. Orang yang mengetahuinya hanya mereka yang telah mengalaminya saja, seperti Auliya Allah, para Shiddiqin dan Sholihin; iaitu orang orang yang telah dikurniakan Allah kepada mereka Ilmu Kebatinan.

Semuga Allah swt mengurniakan kita semua TaufiqNya supaya dapat mencontohi perjalanan para Salaf Sholeh dan para Ulama Sholihin, supaya kita semua dilindungiNya dari segala cita cita yang tidak baik, dipeliharaNya dari segala bahaya dan malapetaka, sehingga terselamat di dunia dan di akhriat, sesungguhnya Dia Pemberi Taufiq dan Hadiyah. Amin, Khair Insyallah”.

PENGANTAR PENTAFSIR

Segala puji bagi Allah, tiada illah yang berhak disembah dengan sebenar melainkan Dia. Shalawat dan Salam semoga tercurah atas Penutup para Rasul dan Nabi, Muhammad saw, atas keluarga dan para sahabat serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik sampai hari kemudian kelak.

Amma ba’du,

Alhamdulillah, dengan rahmat pertolongan Allah dapat diakhiri penafsiran kitab “Risalatul Murid” karangan Al-Quthb Aqthob Wal Ghouts Al-Habib Abdullah bin Alwi AlHaddad ra yang telah diterjemahkan bahasa oleh Syed Ahmad Semait. Kami mengucapkan syukur kepada Allah Taala yang telah memberi taufiq pada Syed Ahmad Semait didalam jasanya meluangkan masa sehingga selesailah terjemahan bahasa oleh beliau atas pertolongan dan keizinan dari Allah jua. Semoga Allah Taala merahmati beliau atas jasa dan niat baik beliau dan mengumpulkan beliau didalam kumpulan orang-orang yang ‘bahagia’. Dengan ini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengenalkan sedikit tokoh yang agung bagi mereka yang belum mengenali beliau, walaupun kami yakin bahwa seluruh makhluk dibumi ini sudahpun mengenali latar belakang seorang manusia yang mencintai Allah dan RasulNya dan Allah serta RasulNya mencintai beliau ra.

Tentang Al-Habib Abdullah Al-Haddad;

Al-Arifbillah Quthbil Anfas Al-Imam Habib Umar bin Abdurrohman Al-Athos ra mengatakan; “Al-Habib Abdullah Al-Haddad ibarat pakaian yang dilipat dan baru dibuka di zaman ini, sebab beliau termasuk orang terdahulu, hanya saja ditunda kehidupan beliau demi kebahagiaan umat di zaman ini (abad 12 H)”.

Al-Imam Arifbillah Al-Habib Ali bin Abdullah Al-Idrus ra mengatakan; “Sayyid Abdullah bin Alwy Al-Haddad adalah Sultan seluruh golongan Ba Alawy”.

Al-Imam Arifbillah Muhammad bin Abdurrahman Madehej ra mengatakan; “Mutiara ucapan Al-Habib Abdullah Al-Haddad merupakan obat bagi mereka yang mempunyai hati cemerlang sebab mutiara beliau segar dan baru, langsung dari Allah swt. Di zaman sekarang ini jangan tertipu dengan siapapun, walaupun sudah melihat dia sudah memperlihatkan banyak melakukan amal ibadah dan menampakkan karamah, sesungguhnya orang zaman sekarang tidak mampu berbuat apa-apa jika mereka tidak berhubungan dengan ‘Habib Abdullah Al-Haddad kerana Allah swt telah menghibahkan kepada beliau banyak hal yang tidak mungkin dapat diukur.”

Imam Abdullah bin Ahmad Bafaqih ra mengatakan;

“Sejak kecil Habib Abdullah Al-Haddad bila matahari mulai menyising, mencari beberapa masjid yang ada di kota Tarim untuk sholat sunnah 100 hingga 200 raka'at kemudian berdoa dan sering membaca Yasin sambil menangis. Al-Habib Abdullah Al-Haddad telah mendapat anugerah (fath) dari Allah sejak masa kecilnya”.

Sayyid Syaikh Al-Imam Khoir Al-Diin Al-Dzarkali ra menyebut Al-Habib Abdullah Al-Haddad sebagai fadhillun min ahli Tarim (orang utama dari Kota Tarim).

Habib Muhammad bin Zein bin Smith ra berkata; “Masa kecil Habib Abdullah Al-Haddad adalah masa kecil yang unik. Uniknya semasa kecil beliau sudah mampu membahas masalah-masalah sufistik yang sulit seperti mengaji dan mengkaji pemikiran Syaikh Ibnu Al-Faridh, Ibnu Aroby, Ibnu Athoilah dan kitab-kitab Al-Ghodzali. Beliau tumbuh dari fitrah yang asli dan sempurna dalam kemanusiaannya, wataknya dan kepribadiannya”. Al-Habib Hasan bin Alwy bin Awudh Bahsin ra mengatakan; “Bahwa Allah telah mengumpulkan pada diri Al-Habib Al-Haddad syarat-syarat Al-Quthbaniyyah”.

Habib Abu Bakar bin Said Jufri ra berkata tentang majelis Habib Abdullah Al-Haddad sebagai majelis ilmu tanpa belajar (ilmun billa ta’alum) dan merupakan kebaikan secara menyeluruh. Dalam kesempatan yang lain beliau mengatakan, “Aku telah berkumpul dengan lebih dari 40 Waliyullah, tetapi aku tidak pernah menyaksikan yang seperti Al-Habib Abdullah Al-Haddad dan tidak ada pula yang mengungulinya, beliau adalah Nafs Rahmani, bahwa Al-Habib Abdullah Al-Haddad adalah asal dan tiada segala sesuatu kecuali dari dirinya”.

Seorang guru Masjidil Haram dan Nabawi, Syaikh Syihab Ahmad al-Tanbakati ra berkata; “Aku dulu sangat ber-ta’alluq (bergantung) kepada Sayyidi Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani. Kadang-kadang nampak di hadapan mataku. Akan tetapi setelah aku ber-intima’ (condong) kepada Al-Habib Abdullah Al-Haddad, maka aku tidak lagi melihatnya. Kejadian ini aku sampaikan kepada Al-Habib Abdullah Al-Haddad. Beliau berkata; ‘Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani di sisi kami bagaikan ayah. Bila yang satu ghaib (tidak terlihat), maka akan diganti dengan yang lainnya. Allah lebih mengetahui.’ Maka semenjak itu aku ber-ta’alluq kepadanya”.

Al-Habib Ahmad bin Zain Al-Habsy ra; seorang murid Al-Habib Abdullah Al-Haddad yang mendapat mandat besar dari beliau, menyatakan kekagumannya terhadap gurunya dengan mengatakan, ” Seandainya aku dan tuanku Al-Habib Abdullah Al-Haddad ziarah ke makam, kemudian beliau mengatakan kepada orang-orang yang mati untuk bangkit dari kuburnya, pasti mereka akan bangkit sebagai orang-orang hidup dengan izin Allah. Kerana aku menyaksikan sendiri bagaimana dia setiap hari telah mampu menghidupkan orang-orang yang bodoh dan lupa dengan cahaya ilmu dan nasihat. Beliau adalah lautan ilmu pengetahuan yang tiada bertepi, yang sampai pada tingkatan Mujtahid dalam ilmu-ilmu Islam, Iman dan Ihsan. Beliau adalah mujaddid pada ilmu-ilmu tersebut bagi penghuni zaman ini”.

Syaikh Abdurrahman Al-Baiti ra pernah berziarah bersama Al-Habib Abdullah Al-Haddad ke makam Sayidina Al-Faqih Al-Muqoddam Muhammad bin Ali Ba’Alawy, dalam hatinya terbetik sebuah pertanyaan ketika sedang berziarah, “Bila dalam sebuah majelis zikir para sufi hadir Al-Faqih Al-Muqoddam, Syaikh Abdurrahman Asseqaff, Syaikh Umar al-Mukhdar, Syaikh Abdullah Al-Idrus, Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani dan yang semisal setara dengan mereka, mana diantara mereka yang akan berada di baris depan? Pada waktu itu guruku, Al-Habib Abdullah Al-Haddad, menyingkap apa yang ada dibenakku, kemudian dia mengatakan, ‘Saya adalah jalan keluar bagi mereka, dan tiada seseorang yang boleh masuk kepada mereka kecuali melaluiku.’ Setelah itu aku memahami bahawa beliau Al-Habib Abdullah Al-Haddad, adalah dari abad 2 H, yang diakhirkan kemunculannya oleh Allah swt pada abad ini sebagai rahmat bagi penghuninya”.

Al-Habib Ahmad bin Umar bin Semith ra. Mengatakan; “Bahwa Allah memudahkan bagi pembaca karya-karya Al-Habib Abdullah Al-Haddad untuk mendapat pemahaman (futuh), dan berkah membaca karyanya Allah memudahkan segala urusannya agama, dunia dan akhirat, serta akan diberi ‘Afiat (kesejahteraan) yang sempurna dan besar kepadanya”.

Al-Habib Thohir bin Umar Al-Hadad ra. Mengatakan; “Semoga Allah mencurahkan kebahagiaan dan kelapangan, serta rezeki yang halal, banyak dan memudahkannya, bagi mereka yang hendak membaca karya-karya Al-Quthbh Aqthob wal Ghouts Al-Habib Abdullah bin Alwy Al-Haddad ra”.

Al-Habib Umar bin Zain bin Semith ra mengatakan bahawa seseorang yang hidup sezaman dengan Al-Habib Abdullah Al-Haddad ra; bermukim di Mekkah, sehari setelah Al-Habib Abdullah Al-Haddad wafat, ia memberitahukan kepada sejumlah orang bahwa semalam beliau ra sudah wafat. Ketika ditanya darimana ia mengetahuinya, ia menjawab, “Tiap hari, siang dan malam, saya melihat beliau selalu datang berthawaf mengelilingi Ka’bah (padahal beliau berada di Tarim, Hadhramaut). Hari ini saya tidak melihatnya lagi, kerana itulah saya mengetahui bahwa beliau sudah wafat”.

Alhamdulillah, semoga karangan beliau ini dapat dijadikan pedoman bagi sesiapa yang benar-benar mempunyai keinginan yang hakiki untuk menempuh jalan para salaf yang terdahulu dan semoga Allah Taala melimpahkan futuh (kepahaman) dan juga dapat mengamalkan segala garis pandu dari beliau atas pertolongan dan keizinan dari Allah Taala Yang Maha Pengampun Lagi Maha Permudahkan. Kami yakin, bahwa Allah Taala tidak akan menghampakan hamba-hambaNya yang benar-benar ingin berhijrah pada Allah dan RasulNya dan sesungguhnya Allah Taala tidak pernah menghampakan hamba-hambaNya! Semoga Allah Taala memberikan nihayahNya pada para pembaca khususnya bagi para salik untuk mencapai niat hati.

Semoga Allah Taala dengan keredhaanNya dapat mengumpulkan kita semua didalam golongan hamba-hambaNya yang ‘bahagia’ dan menerima keampunan kita semua. Amin Ya Rabbal Alamin.

Kami sedekahkan segala kebaikan-kebaikan pada Guru, Kedua IbuBapa, Keluarga dan sekelian Kaum Muslimin dan kami redha menerima segala kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam penafsiran kitab ini. Yang sempurna itu dari Allah dan yang buruk itu dari diri kami sendiri.

Kami mohon maaf diatas kekurangan-kekurangan dan kesalahan yang timbul disana-sini. Sebagai manusia kami tentunya tidak dapat terlepas dari kesalahan dan kekeliruan. Oleh kerana itu kami mengharapkan teguran dan pembetulan para pembaca sekalian untuk lebih menyempurnakan kitab Risalatul Murid ini. Kerana kitab-kitab dari para salaf seperti ini merupakan perbendaharaan yang sangat berharga bagi kaum muslimin, khususnya bagi anak cucu kita dan generasi dimasa mendatang.

Mudah-mudahan amal ini menjadi amal sholeh bagi kita semua, pada hari yang tiada lagi berguna harta dan keturunan kecuali orang-orang yang datang menemui Allah dengan hati yang salim.

Sesungguhnya Allah Taala Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

DORONGAN BATIN UNTUK MENUJU KE JALAN ALLAH

Ketahuilah bahwa jalan permulaan yang ditempuh ialah munculnya semacam dorongan yang kuat didalam hati yang mengerakkan, menarik dan mengajak untuk kita menuju ke jalan Allah Taala dan menuju ke jalan akhirat serta membelakangkan dunia dan membelakangkan segala yang menjadi kebiasaan kita pada mengejar dunia; seperti mengumpul harta dan kekayaan, bersenang lenang mengikuti kehendak syahwat dan hawa nafsu juga bermegah megah dengan keindahan dan kemewahan termasuk keluarga, kaum kerabat, sahabat handai yang dicintai dan lain lain lagi.

Dorongan ini merupakan “Rahsia Ketuhanan” yang diberikan ke dalam batin hambaNya samada dengan cara menakutkan atau menggembirakan ataupun dengan cara menimbulkan perasaan rindu kepada ZatNya ataupun juga melalui pertemuan dengan para wali Allah atau ketika mendapat pandangan daripada mereka. Kadang kadang dorongan itu terjadi tanpa ada sesuatu sebab yang tertentu. Bercita cita untuk mendapatkan “dorongan” serupa itu sangat sangat disuruh dan digalakkan. Tetapi bercita cita atau berharap saja untuk meningkat tanpa berusaha dan menetap dipintuNya adalah suatu keputusan yang bodoh. Betapa tidak, bukankah Rasulullah saw pernah bersabda;“Sesungguhnya Tuhan telah menyediakan berbagai limpahan (kurnia) pada setiap MASA, maka hendaklah kamu mencarinya”

Sesiapa yang telah diberikan penghargaan oleh Allah Taala dengan dapatnya “dorongan” muliaini maka hendaklah dia meletakkan dirinya pada tempat yang sesuai.

Hendaklah kita mengetahui bahwa pemberian Allah Taala ini adalah NIKMAT TERTINGGI antara nikmat-nikmatNya yang lain yang tidak dapat ditentukan darjatnya dan tidak dapat diNILAI kesyukuran atasnya.

Keterangan:

“Masyallah, sedarlah wahai sekelian saudaraku, Ini adalah “Penghargaan dan Penghormatan” yang datang langsung daripada Allah swt. Maka hendaklah kita mengetahui akan pemberian Allah Taala ini adalah Nikmat Tertinggi antara nikmat nikmatNya yang lain dan janganlah kita rosakkan dan catatkan “Penghargaan, Penghormatan dan Nikmat Tertinggi” dengan mengabaikannya atau melalaikan”.

“Meletakkan diri kita pada tempat sesuai bermaksud; “Dorongan Kemauan_Rahsia Ketuhanan” ini seperti Permata yang sangat sangat berharga dimana kita tidak dibenarkan metaknya dilumpur atau berdekatan dengan lumpur. Fahamilah maksud ini”.

Maka wajarlah kita membanyakkan kesyukuran terhahap Allah Taala atas nikmat besar yang telah diberikan kepada kita yang sudah dipilih dan mungkin akan diutamakanNya (sekiranya kita mengikuti akan peraturan yang telah digariskan oleh Habib Abdullah bin Alwi AlHaddad),

“kita antara orang orang yang setaraf dan rakan-rakan seperjuangan untuk diberikannya nikmat itu. Betapa banyaknya orang Islam yang telah mencapai usia 80 tahun atau lebih tetapi masih belum lagi diberikan “dorongan” serupa itu dan hati mereka tidak pernah sekalipun diketik oleh “Rahsia Ketuhanan” ini.

Keterangan:

“Alhamdulillah, kami panjatkan syukur kepadaMu Ya Allah yang telah memberi dan meletakkan “dorongan Kemauan_Rahsia Ketuhanan” ke dalam hati hambaMu yang kotor ini, yang penuh dengan dosa dan noda, buta mata zahir dan buta mata batin kami yang selama ini sudah banyak kami remehkan perintah dan laranganMu, mengabaikan dan melalaikan segala nikmat yang Engkau sentiasa berikan dengan tidak mensyukuriMu dengan sewajarnya.

Astagfirullah . . . Alhamdulillah”

“Ya Allaaah, kami adalah hambaMu yang tidak ada Daya dan Upaya untuk menjaga pemberianMu yang tak ternilai ini. Mohon kepadaMu, Berilah kami Perlindungan, Bantuan, Pertolongan dan kekuatan supaya dapat menjaga dan membawa “Dorongan kemauan Rahsia Ketuhanan” ini sebaik baik mungkin. Hanya dengan kehendak dan izinMu jua yang kami harapkan yang akan berlaku dan pasti berlaku. Mohon kepadaMu dengan keberkahan Nabi dan RasulMu, Muhammad saw, dengan keberkahan Ahli BaitNya dan ZuriatiNya, dengan keberkahan Para Habaib yang kami cintai, dengan keberkahan Guru kami dan Guru Guru mereka. Amin, Amin, Amin, Ya Rabbal Alamin.”

BAGAIMANA CARA MEMELIHARA “DORONGAN KEMAUAN RAHASIA KETUHANAN” ?

Setiap murid harus rajin berusaha untuk memperkukuh (menguatkan), memelihara dan mengikuti ajakan dorongan kebatinan ini seperti berikut:

1. Memperkukuhkannya: Dengan memperbanyakkan Mengingati Allah Taala, Merenung dan Meneliti segala Kekuasaan Allah Taala dan senantiasa berdampingan dengan Para Wali Allah, Ulama Ulama, Para Guru Guru.

2. Memeliharanya: Menjauhkan diri dari bercampur gaul dengan orang orang yang terlindung dari pandangan Allah Taala dan juga dengan meletakkan belakang segala was was dan tipu daya syaitan.

3. Mengikuti: Berlumba lumba kembali / menuju ke jalan Allah, berlaku benar dalam menghadapi segala PerintahNya, tidak bermalas malas, tidak menangguh-nanggguhkan dan tidak melambat-lambatkannya. Apabila sampai saja masanya hendaklah menunaikannya dan apabila merasa seruan bakti hendaklah tidak tunggu tunggu lagi. Berhati hati dari ucapan besok atau lusa sebab yang demikian adalah dari hasutan syaitan. Hendaklah terus mengerjakan segala amal baik dengan segera dengan tidak menunggu-nunggu atau pun mencari keuzuran (mencari alasan alasan) kerana tidak ada masa lapang, penat, kurang sihat ataupun belum sampai masa untuk beramal dan sebagainya.

Berkata Abur-Rabi’ rhm: Tunjukkanlah dirimu ke jalan Allah kepada Allah dalam keadaanlempang dan cacat anggota dan jangan menunggu waktu sihat saja kerana menunggu waktu sihat adalah kerugian.

Keterangan:

“Maksud; Tunjukkan pada Allah Taala walaupun jasad kita penat, letih dan mempunyai halangan halangan lain yang datang, kita tetap hadir pada hari yang telah kita khususkan buat ‘Dia’ dimana kita dapat menimba ilmu untuk membersihkan dan mendekatkan dirikepadaNya. Kita tetap menjalankan segala perintahnya dan menjaga larangannya. Menjalankan wirid wirid harian dan lain lain”.

Keterangan:

“Jangan menunggu waktu sihat bermaksud; orang yang sihat tidak ada ujian dan cubaan dan dengan mudah dapat hadir tanpa memberikan alasan, melaksanakan amal bakti tetapi orang yang penat selepas kerja, letih, yang sakit dan ada saja halangan-halangan supaya dia tidak dapat hadir, melaksanakan amal bakti itu adalah ujian dan cubaan berat baginya. Sekiranya dia dapat mengatasi masalah ini maka Allah Taala akan “SENYUM” keatas dirinya kerana dia mempunyai Haqul Yakin bahwa kehadirannya akan membuat Allah Taala, senyum, Rasulullah saw, senyum, Para Malaikat yang ditugaskan menjaga majlis bakti, senyum, Para penduduk bumi, senyum, Para penduduk langit senyum. Masyallah, Subhanallah, Allah hu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar”.

Berkata Ibu Atha’ didalam kitabnya Al-Hikam: Melambat lambatkan suatu pekerjaan sehingga ada peluang menunjukkan kebodohan jiwanya.

Keterangan:

Maksud; Mencari alasan demi alasan supaya tidak perlu hadir untuk melaksanakan amal bakti dan menunda-nundakan peluang (untuk mencari alasan alasan) untuk diberi menunjukkan dia lebih senang mendengar nasihat syaitan daripada seruan Allah Taala dan RasulNya”.

TAUBAT

Langkah pertama yang harus dilalui oleh setiap murid dalam menuju kepada Allah Taala ialah dengan bertaubat kepada Allah Taala dengan sebenar benarnya taubat daripada segala dosa. Jika ada sesuatu hak orang lain dalam simpannya yang telah dizaliminya pada masa lalu, maka haruslah dikembalikan pada pemilik hak jika barangnya masih ada. Jika barangnya sudah tidak ada haruslah diganti dengan lain ataupun dipohon dari pemiliknya untuk dihalalkan.

Sebab orang (murid) yang masih bergantung zimmatnya (menanggung hak orang) dengan hak orang lain tidak kemungkinan dapat menuju ke jalan Allah Taala.

Habib Abdullah AlHaddad menjelaskan bahwa bertaubat harus dilakukan pada semua muridmurid yang ada keinginan untuk menuju kepada Allah swt dengan taubat yang benar, mengandungi maksud “dengan penuh keinsafan dan ikhlas atas taubatan itu”.

Keterangan:

Sekiranya ada didalam simpanannya atau sudah dihilangkan atau sudah dijualnya tanpapengetahuan pemiliknya hendaklah di kembalikan sekiranya masih ada. Sekiranya sudah tidak ada harus diganti. Sekiranya tidak berkemampuan hendaklah memohon maaf pada pemiliknya supaya menghalalkannya sekiranya pemilik itu setuju. Kalau tidak, maka mahu atau tidak harus digantikan, tidak ada jalan lain.

Terjebaknya seseorang melakukan demikian adalah seperti berikut:

1. Suka menjadi Pak Sanggup: Pada permulaannya ada niat yang bersih untuk menolong pada pemilik samada untuk di simpan atau diperbaiki barang kepunyaan pemilik itu.

2. Niat bersih bertukar: Pada suatu masa datanglah niat si pak sanggup itu bertukar kerana desakkan kehidupan yang sempit sehingga sanggup menjual atau mengadai barang kepunyaan pemilik itu tanpa pengetahuan pemilik sebenar. Kerana didalam kiraannya, dia sanggup mengantikan atau menebus balik barangan itu semula pada masa tertentu.

3. Hati yang kotor: Bila sudah tidak dapat mengembalikan barang kepunyaan pemilik, hatinya bertukar menjadi kotor hingga sanggup buat tak tahu yang dia ada menerima sesuatu barangan yang bukan kepunyaannya yang harus dikembalikan walaupun berdepan dengan pemilik yang sebenar tanpa segan silu dan perasaan takut.

4. Tiada ketakutan dalam hatinya:Pertama, Allah Maha Mengetahui akan sikap si pak sanggup itu yang tidak akan dapat mengembalikan barangan kepunyaan pemilik sebenar tetapi Tuhan mengizinkan juga kerana ada kemungkinan datang pada pak sanggup itu sifat tahu memilih untuk menjadi seorang yang amanah didalam janjinya.

Kedua, oleh kerana cetek ilmu pengetahuan agama maka si pak sanggup itu tidak dapat menilai mana yang baik, mana yang buruk dimana ada tertanam didalam hatinya bahwa bila ada rezki akan dikembalikannyaknya.

Ketiga, si pak sanggup lupa dan tidak tahu bahwa dia tidak mempunyai keupayaan dan kuasa untuk mengembalikan barangan itu hanya bersandar kepada rezki yang akan datang tanpa berusaha untuk membuat sesuatu tapi hanya duduk dan mengharap aje.

Keempat, maka Tuhan menghinanya kerana tidak mahu berusaha untuk mengembalikan barang kepunyaan pemilik kerana hatinya tidak ada perasaan takut kepada pemilik barangan itu. Bila sudah ada sifat tidak takut pada pemilik walaupun berdepan dengan pemilik, itu menunjukkan bahwa hakikatnya si pak sanggup tidak takutkan Tuhannya, itupun kalau dia ada Tuhan.

Habib Abdullah juga menyebut tentang perjalanan murid menuju kepada Tuhan tidak kemungkinan sampai kepada Tuhan selagi ada menanggung hak orang lain. Terpulanglah kepada Tuhan untuk menghakimi hambanya samada dibenarkannya untuk meneruskan perjalanan hambanya atau tidak. Ini tergantung pada sihamba samada ketidaksanggupan yang sebenar yang dialami dirinya, keikhlasan hati, bertaubat sebenarnya, mempunyai perasaan malu dan takut pada pemilik barang, berjanji dengan Tuhan tidak akan mengulangi sikap nya untuk menjadi pak sanggup pada masa akan datang dan menjaga hatinya supaya dibersihkan semula.

Syarat taubat yang sah ialah menyesali diri atas segala dosa yang lalu dengan sebenar benar penyesalan serta berazam kuat tidak akan buat lagi dosa selama hidup termasuk jangan berdetik (cita cita) untuk melakukan dosa kerana perbuatan itu akan merosakkan taubatnya yang sebenar dan tidak diterima oleh Allah Taala.

Keterangan:

Kita harus memahami apa itu Taubat dan apa kesan sampingannya. Bagaimana cara untuk bertaubat yang berkesan pada hati? Apabila taubat itu berkesan maka akan datang pertolongan dari Tuhan untuk membantu and mengingatkan kita dari melakukan perbuatan mungkar pada masa yang mendatang.

Taubat yang sebenarnya adalah suatu perbuatan yang datang dari hati untuk mengucapkan PENGAKUAN pada Tuhan beserta dengan PENYESALAN atas perbuatan perbuatan yang lalu. Apa itu PENGAKUAN, iaitu bersumpah kepada Allah Taala.

PENYESALAN adalah PERASAAN KEINSAFAN yang datang dari lubuk hati seorang hamba beserta RASA IKHLAS.”

BAGAIMANA RASA IKHLAS DATANG !

MENYEDARI dirinya tidak ada kuasa dan kemampuan untuk membuat sesuatu walau sebesar zarrah sekalipun.

MENYEDARI dirinya dimiliki Tuhan yang menjadikannya.

MENYEDARI dirinya dihidupkan dan akan dimatikan oleh Tuhannya.

MENYEDARI perbuatan dirinya akan dihadapkan pada Tuhan untuk ditimbangkan segala amalan-amalannya kelak. Dari mana datangnya MENYEDARI? Itu adalah perbuatan Allah Taala pada hambanya yang hendak diselamatkan dari Api Neraka.

Sekiranya kita faham akan keterangan diatas itu ada mengandungi beberapa perkara yang mudah dan juga berat supaya jangan mempermainkan seperti berikut:

1. PENGAKUAN adalah BERSUMPAH PADA ALLAH TAALA.

2. PENYESALAN adalah PERASAAN KEINSAFAN.

3. RASA IKHLAS adalah MENYEDARI.

Bila ketiga perkara ini dapat difahami dan dilakukan barulah Taubat itu Insyallah berkesan pada diri kita”.Setiap murid harus mengakui dirinya bersifat cuai dan lalai dalam menunaikan hak hak Tuhan yang wajib atas dirinya. Apabila rasa kesalan atas kecuaian dan kelalaian, hati akan berpatah hati dan menyesal mengenangkan diri yang malang. Maka ketahuilah ketika itu Allah akan bersama sesuai dengan firmanNya dalam sebuah Hadis Qudsi;

Aku sentiasa berada bersama sama orang yang berpatah hatinya kerana AKU”

Keterangan:

Sila rujuk keterangan diatas; untuk mengakui akan sifat yang sering cuai, lalai dan malas atas perintah Tuhan yang diwajibkan pada diri, hendaklah dilakukan dengan adab dan melaksanakan panduan tersebut sebaik-baiknya. Dengan berwudhu dan selesai shalatberdoalah kepada Tuhan dan mengakulah didepan pintuNya dan mohonlah bantuan dariNya”.

MEMELIHARA DIRI DARI DOSA

Setiap murid harus menjauhkan diri dari melakukan dosa dosa kecil apatah lagi dosa besar seperti menjauhi dari mengambil minuman yang beracun. Hendaklah takut untuk melakukan dosa lebih pada takut dan gentar jika terminum dan termakan racun yang mematikan. Sebab dosa dan maksiat akan mematikan hati seperti racun membinasakan badan.

Keterangan:

Mengapakah kita boleh dan sanggup melakukan dosa kecil atau dosa besar? Tetapi akan TAKUT bila seseorang memberitahu bahwa makanan ataupun minuman mengandungi racun dan serta merta maka akan menjauhi dari mengambil makanan ataupun minuman itu. Mengapa perkara ini tidak berlaku pada diri kita semasa melakukan dosa kecil ataupun dosa besar? Adakah kerana tidak ada khabar akan perbuatan dosa kecil dan besar akan membinasakan badan dan mendapat siksaan dari Allah Taala?

Alasan apa yang hendak diberikan sedangkan, keterangan dari AlQuran sudah dijelaskan. Nabi dan RasulNya sudah mengingatkan. Para Ulama sudah maklumkan dan Para Guru sudah mengkhabarkannya.

Yang menjadi masalah pada diri adalah karena tidak mempunyai perasaan TAKUT PADA ALLAH. Kenapa tidak ada PERASAN TAKUT PADA ALLAH seperti MENJAUHI MAKANAN ATAU MINUMAN YANG BERACUN? Ini disebabkan oleh tiada Iman (tidak ada kepercayaan kepada hukum Allah Taala). Kerana apa tidak ada kepercayaan? Tidak MENGENAL TUHANNYA? Kenapa tidak mengenali Tuhannya? Kerana tidak ada ILMU.

Kenapa tidak ada ILMU? Tidak mahu belajar. Kenapa tidak mahu belajar? Saya tak dapat jawab . . . Sebab Iblis pun TAKUT pada ALLAH. Kalau manusia tidak TAKUT PADA ALLAHnak letak manusia KAT MANA ? ? ?

Adapun hati bila sudah binasa maka akan binasalah bersamanya diakhirat yang menyebabkan seseorang tidak akan terselamat dari kemurkaan Allah dan siksaannya. Hanya orang yang hatinya suci bersih saja yang dapat menuju kepada Allah untuk mendapat keredhaan dan balasan pahalaNya.

Keterangan:

Habib Abdullah menjelaskan, bila hati sudah binasa akan bersamanya diakhirat daripada terselamat dari kemurkaan Allah dan siksaannya. Manusia bila hatinya sudah binasa dapat dilihat dari percakapan dan perbuatan semasa hidupnya didunia dan dia sendiri yang menunjukkan dirinya sebagai calon manusia yang mendapat kemurkaan Allah dan siksaannya.

Berlindunglah diri kita daripada mendapat jemputan percalonan dari Allah swt yang beri keistimewaan akan kemurkaan dan siksaannya dan bermohon ampunan untuk mereka dan kita semua, Amin. Hanya hati seseorang yang suci bersih sahaja yang dapat menuju kepadaNya.Dengan itu haruslah kita menjaga hati kita berpandukan AlQuran, Sunnah Nabi saw, Panduan dan Garisan yang ditunjuk dan diajarkan oleh para habib, ulama dan guru guru.

MEMELIHARA HATI

Setiap murid (baik suka atau tidak, sekiranya dia mengakui dirinya sebagai seorang murid yang menuntut) harus berusaha memelihara hatinya daripada rasa Was Was, Cita Cita Kosong(suka berangan angan) dan apa saja yang datang dalam fikirannya yang kotor. Pintu hati setiap murid harus didirikan sesuai dengan dibangunkannya dinding supaya dapat mengawasi sesuatu yang datang menghampirinya. Sekiranya tidak ada persiapan batas dan dan dinding pada diri setiap murid, mana mungkin dapat dilihat gejala gejala yang disebutkan diatas tadi masuk dan merosakkan diri murid itu.

Apabila hati sudah rusak akan menjadi susah untuk mengeluarkan penyakit yang sudah berselaput didalamnya. Sepertinya dari usia muda sudah banyak melalaikan tanggungjawab sebagai hamba tuhan dengan tidak menjalankan kewajipan dan menjauhi laranganNya.

Pastinya gejala gejala itu sudah melekat seakan-akan sudah dipatri. Kerana itulah setiap murid harus sentiasa membersihkan hatinya yang menjadi tempat pandangan Tuhan supaya hati tidak tertarik pada pujukkan hawa nafsu dan syahwat keduniaan. Murid murid harus memelihara hatinya dan harus mengenali musuh-musuhnya supaya tidak melangkah masuk kesempadan dan dinding yang telah dibangunkan, tidak masuk kerumahnya, dimana boleh membawanya jauh dari Allah swt. Tanpa mengenali musuh-musuhnya mana mungkin dapat menghalang dari serangan mereka?

Keterangan:

Perhatian harus di tekankan seperti berikut:

1. “Memelihara hati dari sifat sifat dendam khusumat, sifat hasad dengki, sifat suka menipu dan sifat suka membelit terhadap kaum Muslimin.

2. Jangan sekali-kali suka pada sangkaan buruk terhadap siapapun dari kaum Mu’minin. Sebaiknya ditujukan hatinya untuk menasihati kaum Muslimin, bersifat pengasih dan sentiasa bersangka baik kepada semua orang. Sifat begini sangat susah untuk diamalkan kerana sentiasa melihat akan kelemahan orang lain khususnya seperguruan. Hanya dia INGAT dia yang faham dan suka ketawakan rakan seperguruan dan orang lain.

3. Segala kebaikan yang disukai harus disukai untuk orang lain. Jangan halang orang lain untuk dapat membuat kebaikan.

4. Setiap murid harus mengetahui bahwa hati mempunyai berbagai penyakit-penyakit yang lebih berat, lebik buruk dan lebih busuk dari maksiat-maksiat pancaindera. Oleh kerana ada penyakit itulah murid tidak boleh menerima makrifatullah (mengenal Allah) akan kecintaanNya melainkan dihapuskan habis-habisan penyakit itu. Contoh penyakit yang bahaya ini ialah sifat membesarkan diri atau bongkak, riya’ dan hasad dengki. Bila ada sifat membesar diri menandakan kurang akal (kefahaman tak ada / tak faham) dan jahil. Siapa yang membesarkan diri, tidak ada rasa kebimbangan sekiranya dia meninggi diri terhadap orang lain dengan apa yang Allah kurniakan kelebihan-kelebihanNya kelak Allah akan merampas semula segala kurniaNya disebabkan kelakuan dan perbuatannya yang buruk yang ingin MENCUBA MENANDINGI KUASA TUHAN dalam Sifat KebesaranNya.

Manakala sifat riya’ pula suka menunjuk-nunjuk menandakan hatinya kosong daripada sifat suka membesarkan Allah dan suka mengagungkan Allah kerana amal yang dibuatnya hanya pura pura saja. Dia merasa kurang puas amalnya jika diketahui oleh Tuhan Rabbul Alamin saja. Jadi kena tunjuk pada orang lain yang dia tu Alim, Wara, ada Ilmu dan tempat orang menanyakan fatwa.

5. Selain dari itu, harus setiap murid menjaga pancainderanya seperti mata, jangan melihat apa-apa yang haram, yang shubhat, apa yang boleh menaikkan syahwat. Mulut, jangan banyak cakap. Sebaliknya banyak diamkan diri. Banyakkan membaca Quran, Zikir dan berdoa. Jaga mulut daripada terkeluar perkataan-perkataan yang kotor dan boleh menjatuhkan maruah kaum muslim dan bukan muslim. Telinga, jangan mendengar cerita-cerita bohong, cerita kosong, cerita menaruh harapan dan lain-lain.

Jadikan telinga suka mendengar bacaan Quran, Zikir, dan Berdoa. Suka mendengar nasihat-nasihat dan lain-lain. Tangan, jagalah tangan daripada mengambil barang kepunyaan orang lain tanpa izin. Jangan nak tunjuk kuat dengan tangan, asyik nak tumbuk orang aje hingga lupa tumbukkan dari Tuhan tak nampak. Jadikan tangan itu suka kepada kebajikan, mengambil wudhu, mengambil Quran, mengambil Tasbih dan lain-lain. Kaki, jadikan kaki suka dan redha ke masjid, ketempat kuliah, menziarah ulama, menziarah orang sakit, menziarah kubur dan lain-lain. Masyallah. Banyak sangatlah.

6. Setiap murid hendaklah berzuhud didunia. Sekiranya tidak mampu berzuhud didunia hendaklah menuntut dunia (mintak) dari Pemilik dunia itu sendiri; iaitu Allah swt. Semua hati manusia berada didalam genggaman Tuhan.

7. Jauhkan, buang sifat hasad kerana sifat hasad jelas menentang kekuasaan Allah Taala dan membantah akan kudratNya dalam kerajaanNya. Allah swt menganugerahkan nikmatNya kepada setiap hambaNya dan sudah semestinya atas kehendaknya. Sekiranya setiap hamba khususnya murid memilih sesuatu yang bertentangan dengan apa yang dipilihkan oleh Allah swt itu menandakan sihamba sudah melakukan kurang ajar terhadap Allah swt dan wajib mendapat kemurkaanNya.

8. Tidak baik memeram dengki terhadap sesiapa yang bersaing dengannya dalam sesuatu tujuan ataupun yang pernah membantunya dalam sesuatu urusan.

9. Harus menanamkan rasa cinta terhadap saudara saudaranya didalam hati serta berusaha dengan zahirnya mengajak dan mengumpul mereka supaya belajar agamauntuk menuju ke jalan Allah dan berlumba lumba dalam mentaatiNya.

10. Jauhkan pada Cintakan Dunia kerana itu ada Pokok Segala Bencana sebagaimana tersebut didalam sebuah hadis. “Jika hati terselamat dari penyakit cintakan dunia, niscaya ia menjadi putih dan bersih, baik dan bercahaya; dan ketika itu sesuailah untuk menerima limpahan cahaya dari Allah swt dan mudahlah baginya untuk menyingkap (menangkap) rahasia-rahasia Tuhan.

MENCEGAH SELURUH ANGGOTA DARI MAKSIAT

Panduan selanjutnya diharuskan setiap murid untuk berusaha mencegah dirinya dan seluruhanggota dari melakukan maksiat dan dosa. Setiap anggota harus digesa (diajak bersama) untuk mengerjakan ketaatan semata-mata kepada dan kerana Allah Taala dan tidak mengerakkan diri dan anggota untuk melakukan sesuatu melainkan perkara itu boleh dan mendatangkan manfaat pada dirinya di Hari Akhirat.

Keterangan:

Dari panduan dan nasihat-nasihat yang lalu, dimana setiap salik dan murid harus mengikuti panduan dan nasihat itu sekiranya niat dan tujuan si salik dan murid itu benar, semata-mata inginkan Allah Taala. Maka dari tajuk diatas itu tidak akan ada sesuatu yang boleh mencegahatau menghalang si salik dan murid yang sudah dan akan mengambil dan melaksanakan panduan dan nasihat dari Imam Habib Abdullah Bin Alwi AlHaddad.

Oleh kerana niat dan tujuan si salik itu benar maka dengan dorongan kemauan iaitu rahsia ketuhanan yang sudah dicampakkan kedalam hati si salik dan murid maka selaras (kena) pada niat dan tujuan si salik dan murid maka tumbuhlah pergerakkan dan perbuatan untuk membersihkan diri si salik dan murid dengan segera.

Sangat menyedikan perkara ini tidak akan boleh berlaku pada murid di mana dorongan kemauan rahsia ketuhanan yang dilimpahkan pada mereka tidak selaras (tidak kena / tidak tepat) oleh kerana niat dan tujuan si salik dan murid itu tidak benar and bohong belaka. Hanya mereka yang benar niatannya akan mengambil panduan dan garisan ini didalam menjalankan perlaksanaan tersebut. Benarlah kata Imam Habib Abdullah bahwa, dorongan kemauan rahsia ketuhanan diberikan oleh Allah kepada yang dipilihNya tetapi hanya mereka sahaja yang tidak mahu menerima pemberian Allah Taala. Tidak mahu berusaha dengan sekuat tenaga, tidak mahu istiqamah dalam pelaksanaan. Asyik nak cepat aje. Lekas bosan, lekat penat, suka menangguhkan dan melambatkan.

Melihat dorongan batin itu satu perkara yang kecil yang tidak ada harga yang diberikan oleh Allah Taala. Alasan-alasan itu menunjukkan bahwa niat dan tujuannya tidak benar yangberkuasa pada diri murid sebenarnya ialah Iblis dan Syaitan kerana mereka lebih senang mengikuti nasihat mereka daripada nasihat Imam Habib Abdullah AlHaddad. Maka yang sebenar benar si salik dan murid yang menjalankan panduan dan nasihat nasihat itulah yang dikatakan oleh Imam Habib Abdullah AlHaddad, hamba yang DIUTAMAKAN oleh Allah Taala. Untuk tidak mengajak diri dan anggota dari melakukan sesuatu yang tidak mendatang kemanfaatan di dunia dan akhirat, lihatlah pada niat dan tujuan yang ditanamkan. Hanya itulah jalan yang ada. Selain berdoa ….

BENCANA LISAN

Setiap murid murid harus bersungguh sungguh dalam memelihara lisan (lidah) mereka kerana bentuk lisan itu kecil akan tetapi bencananya sangat berat sekali.

Keterangan:

Langkah seterusnya bagi murid-murid hendaknya menjaga lidah yang zahir dan lidah yang batin daripada mengeluarkan kata-kata yang hina, kata-kata yang mendatangkan dosa dan kata-kata yang tidak mendatangkan faedah.

Ikutilah langkah panduan seterusnya;

1. Kita mempunyai dua lidah. Yang Zahir terletak dimulut dan Yang Batin letaknya didalam hati. Setiap kali didalam permulaan percakapan baik pada zahir mahupun batin, hendaklah kita berfikir dahulu samada percakapan itu baik atau tidak disisi Allah. Adakah percakapan itu akan menjatuhkan maruah pada orang yang ditujukan percakapan? Perlukah untuk bercakap dan untuk apa dan apa faedahnyal?

2. Tahanlah lidah daripada bercakap bohong (hanya ingin menunjukkan diri yang betul dan benar, menutup perkara yang sebenar dan lain-lain), tahan lidah dari mengumpat (bercerita pasal orang lain terutama kesalahan orang lain).

3. Hindarilah segala percakapan yang dilarang oleh agama.

4. Menjaga diri dari mengeluarkan percakapan yang cabul dan kotor.

5. Jalan sekali-kali melibatkan diri dalam perkara-perkara yang tidak ada kena mengena dengan diri sendiri (jangan suka memasang telinga pada perbualan orang lain) walaupun perbuatan itu tidak haram, namun akan mengeraskan hati dan mensia-siakan waktu tanpa faedah.

6. Jangan mengerakkan lidah kecuali membaca AlQuran, Berzikir, Berdoa, Menyampaikan nasihat kepada saudara yang Muslim, Menyuruh berbuat ma’ruf (baik) dan mencegah berbuat munkar (jahat).

7. Menyuruh sesuatu hajat keduniaan yang akan membantunya untuk kepentingan akhiratnya.

8. Hindarilah lidah menjadi ‘munafiq’; sekiranya susah untuk menjadi orang yang menjaga amanah, lebih baik ‘DIAM’.Nabi saw pernah bersabda; “Setiap percakapan anak Adam dikira atasnya, kecuali berzikir kepada Allah ataupun menyuruh berbuat ma’ruf (baik) dan melarang berbuat munkar (jahat).

i. Bencana Telinga Dan Mata
ii. Sentiasa Dalam Taharah
iii. Memperbanyak Yang Dianjurkan & Menjauhi Yang Dilarang

BENCANA TELINGA DAN MATA

Ketahuilah, bahawasanya pendengaran dan penglihatan merupakan dua pintu yang sentiasa terbuka menuju ke hati. Apa saja yang masuk menerusi kedua pancaindera ini akan sampai kehati. Terlalu banyak perkara yang didengar dan terlalu banyak perkara yang dilihat oleh mata manusia dari perkara-perkara yang tidak layak untuk sampai ke dalam hati. Maka susah untuk dihapuskan bekas-bekas kesan itu. Sebab hati akan segera terpengaruh dengan segala apa saja yang datang menghampirinya. Apabila hati telah terpengaruh dengan sesuatu perkara, niscaya sukarlah untuk memadamkan kesan itu.

Keterangan:

Bab seterusnya penjelasan tentang peringatan terhadap dua pintu yang tidak diketahui dandisedari akan peranan pintu yang dikatakan sentiasa terbuka. Bermaksud pintu ini tidak ditutup selagi kita masih bernafas walaupun kita didalam tidur iaitu pendengaran dan penglihatan. Sememangnya sudah terlalu banyak yang kita dengar dan lihat dimana kita menyalahkan pengunaan pada kedua pancaindera tersebut. Oleh kerana pendengaran dan penglihatan sudah sebati dengan diri kita sejak kita dilahirkan tanpa kita mengetahui akan adanya kerusakkan bila disalahgunakan. Kita senantiasa berdepan dengan penglihatan yang terbuka kepada pendengaran didalam kehidupan. Maka sudah sampai saatnya kita menjaga pendengaran dan penglihatan kita supaya tidak mendatangkan kerusakan pada hati. Bila tidak dijaga maka apa saja yang baik atau buruk dari penglihatan dan pendengaran akan terus masuk kedalam hati. Kalau yang baik masuk, alhamdulillah tetapi kalau yang buruk masuk, maka susahlah bagi diri kita untuk mengeluarkannya. Sekiranya dapat dikeluarkan akan tetapi akan meninggalkan kesan. Mudah-mudahan kita dapat pertolongan dari Allah untuk menjaga kedua pintu tersebut dari kerusakkan. Itupun tergantung pada niat samada kita benar benar hendak menjaganya atau tidak”.

Seorang murid harus berhati-hati untuk memelihara pendengarannya and penglihatannya dari perkara-perkara yang tidak baik. Dia harus berusaha bersungguh sungguh untuk membenteng seluruh anggotanya daripada maksiat dan dosa and daripada campurtangan dalam urusanurusan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya.

Keterangan:

Seterusnya, setiap murid harus menjaga segala pendengarannya and penglihatannya dari setiap perkara yang tidak baik. Masalahnya, mana yang dikatakan perkara yang tidak baik pada pendengaran and penglihatan? Inilah masaalah yang dihadapi oleh setiap murid yang tidak mahu berusaha dalam memahami tajuk ini. Tidak faham and tidak mahu faham kerana merasa tidak penting untuk mempelajari Hukum Fiqih kerana bagi mereka tidak mustahak.mereka hanya asyik dibuai oleh syaitan untuk belajar Bersuluk (ilmu tasauf) saja. Cukup bagimereka. Tetap tidak mengambil langkah-langkah seperti telah digariskan. Hanya dok asyikmenunggu. Bashirah murid begini ditutup oleh Allah supaya tidak tahu akan Hukum FiqihNya, dimana tanpa pengetahuan hukum fiqih hanyutlah murid itu didalam perjalanan ilmu bersuluk(sesat).

Bentengkanlah segala pendengaran and penglihatan and seluruh anggota kamu dengan Hukum Fiqih. Kalau tak tahu akan hukum fiqih maka hendaklah murid itu tanpa lengah lengah belajar Hukum Fiqih jangan terbawa oleh ilmu suluk (ilmu tasauf). Jangan sekali kali campur tangan dalam urusan yang tidak ada kena mengena dengan diri kamu. Ingat, pesan ini,jangan campurtangan”. Awas, jangan memandang kepada kenikmatan kehidupan dunia and keindahannya dengan pandangan yang memikat hati kerana sesungguhnya zahir keindahan dunia itu adalah fitnah,penuh dengan bencana and batinnya pula adalah tauladan penuh dengan makna. Banyak murid yang memandang kepada sesuatu kelazatan and keindahan (kenikmatan) dunia lalu hatinya terpujat kepadanya. Maka dia terus mencintainya and berusaha untuk mengumpul and menyimpannya.

Keterangan:

(Ini adalah salah satu peringatan keras oleh Habib Abdullah Alwi AlHaddad, dimana setiap salik and murid tidak dibenarkan untuk memandang kepada kenikmatan kehidupan dunia and segala keindahannya. Bila pandangan mereka tertumpu pada kenikmatan dunia, maka akan menjeratkan hati untuk mendapatkannya. Oleh kerana salik and murid tidak memahami istilah bagaimana untuk mengambil and bila untuk menolak pandangan kepada segala keindahan dunia maka akan terperangkaplah mereka.

Sebagai contoh; bagi sesiapa yang sudah menikmati (dapat) pekerjaan iaitu rezki yang telah diberikan oleh Allah Taala sebagai keperluan untuk kehidupan hambaNya, diizinkan hambaNya dapat “beribadah and sentiasa dapat RASA untuk bersyukur and juga sentiasa dapat berdampingan dengan alim ulama and orang-orang Sholeh. Bila mana pandangan kenikmatan dunia ini disalah pandang, maka Allah Taala meletakkan rezki lain and pada pandangan salik and murid sebagai satu lagi nikmat yang lebih besar dari Allah Taala maka ditinggalkan rezki yang pertama and menyahut rezki yang kedua. Maka akan lalailah and akan gelaplah hati salik and murid yang terperangkap oleh hawanya sendiri. Begitu juga dengan orang yang berniaga. Kerana rezki pertama itu rezki sebenar,rezki yang kedua belum tentu lagi. Maha Suci Allah Taala dengan IlmuNya menguji hambaNya”.Setiap murid harus memandu penglihatannya kepada segala ciptaan-ciptaan Tuhan supayatidak melihat daripadanya melainkan dengan pandangan penuh insaf and i’tibar. Ketika melihat kepada sesuatu ciptaan hendaklah mengingat bahwa ciptaan itu akan binasa and pergi tidak kembali lagi. Sebelumnya semua ciptaan-ciptaan itu tidak ada, lalu Allah mengadakannya and betapa banyak anak Adam yang telah terpikat and terpengaruh dengan ciptaan ciptaannya akan tetapi mereka itu telah pergi and binasa, manakala ciptaan-ciptaan Tuhan itu tetap akan ditinggalkannya untuk diwarisi oleh orang orang yang terbelakang dari orang orang yang terdahulu.

Keterangan:

(Subhanallah, salah satu kesilapan yang dilakukan oleh salik and murid tidak dapat pandangan (melihat) yang rezki yang Allah Taala itu adalah CIPTAANNYA, kerana apa?

Sebelumnya rezki itu tidak ada pada diri salik and murid, Subhanallah. Kita sering melihat nikmat Allah tetapi bukan dengan pandangan PENUH INSAF! dan I’TIBAR.

Pandangan dengan Insaf adalah memahami rezki dalam apa bentuk juapun adalah CIPTAANNYA, dimana Dia dengan sifat QudratNya untuk mengadakan ciptaan itu and MEMBERHENTIKAN CIPTAANNYA!

Pandangan dengan I’tibar adalah tidak memandang pada CIPTAANNYA yang tidak mengena dengan diri kita. Kerana bila memaling pandangan pada rezki yang diberikanNyamenandakan seolah-olah kita tidak bersyukur pada pemberiNya. Kalau bersyukur, kenapaboleh paling ke rezki yang lain, yang belum tentu ada? Itu menandakan kurang Adab. Lihatlah keliling kita, berapa banyak ciptaan Allah yang telah diciptakan and telah dihentikannya.

Contoh; Ayah and ibu, dulu ada, sekarang tak ada. Wang Ringgit, semalam ada, hari ini tak ada. Dulu ada kerja, sekarang tak ada. Dulu bujang, sekarang ada famili and banyak banyaklagi. BUKANKAH INI CIPTAANNYA. Kalau ada wang ringgit, harta berupa rumah makaakan ditinggalkan juga untuk diwarisi atau direbut-rebutkan. Kalau tak nak tnggalkan wangringgit and harta maka wang ringgit and harta akan tinggalkan kita juga”.Lantaran itu wahai murid, lihatlah kepada ciptaan-ciptaan Allah yang ada sekarang ini, tetapi jangan melekat penglihatan dalam hati. Lihatlah dengan pandangan seorang yang mengaku kesempurnaannya kekuasaan Zat yang mencipta and yang mengadakannya; iaitu Allah swt.

Sebenarnya, semua ciptaan-ciptaan Allah Taala yang diatas muka bumi ini senantiasa menyeru dengan lidahnya, didengar oleh orang-orang yang bercahaya hatinya yang dapat melihat kepada sesuatu dengan Nur Allah Taala bahwasanya Tiada Tuhan Melainkan Allah, Tuhan Maha Kuasa Lagi Bijaksana.”

SENTIASA DALAM TAHARAH

Setiap murid hendaknya sentiasa didalam taharah (wudhu). Setiap kali berhadas, hendaknya segara berwudhu lalu sembahyang dua rakaat. Sekiranya dia mempunyai isteri and dia bersetubuh, maka hendaklah dia segera mandi janabah (mandi bersih) pada masa itu juga supaya dia terus menerus dalam keadaan junub (kotor).

Keterangan:

Islam dibangunkan berlandas Kesucian (kebersihan) Jasmani and Rohani supaya dapat mencapai Akhlak yang Mulia seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah saw dimana setiap murid yang ingin mencapai Akhlak yang Mulia disisi Allah Taala harus mencontohiRasulullah saw kerana beliau saw senantiasa didalam kebersihan dengan taharah (wudhu). Hikmah taharah (wudhu) sebenarnya adalah sebagai pendinding bagi sesiapa yang bertaharah (berwudhu) dengan sempurna semata-mata untuk Allah Taala kerana selalu merasa ingin mengadap kepadaNya samada didalam Hak Waktu ataupun diluar Hak Waktu.

Bila wudhu seseorang sempurna berlandaskan hukum syariat and sejalan dengan niatnya insyallah maka akan sempurnalah wudhunya. Bila wudhunya benar and hatinya benar maka insyallah sholatnya benar. Untuk mengetahui samada wudhu and sholatnya sempurna hendaklah melihat samada segala perintah and larangan Allah Taala dapat dilaksanakan dengan ringan and mudah. Begitu juga sekiranya murid mempunyai isteri maka digalakkan untuk segera mandi janabah pada masa itu supaya sentiasa didalam taharah (wudhu). Hikmahnya adalah supaya bila ajal datang menjemputnya maka berada didalam taharah”. Supaya seorang murid itu sentiasa didalam taharah, hendaklah dia mengurangi makan and mengurangi minum, sebab orang yang banyak makan and minum selalu didatangi hadas and apabila selalu sangat berhadas, tentulah akan menyusahkannya untuk mengekalkan dirinya didalam taharah setiap masa. Selain itu, mengurangi makan juga akan membantunya bangun ditengah malam untuk beribadah, sedang amal ditengahmalam itu adalah sangat sangat dituntutdan digalakkan.

Keterangan:

Salah satu cara untuk mengekalkan (bertahan) taharahnya hendaklah kurang makan and minum. Bila kurang makan and minum, maka akan kurang ke tandas (untuk membuang hajat) dengan cara ini dapat mengekalkan taharahnya. Selain dari itu mengurangkan makan and minum dapat membantu untuk beribadah diwaktu malam yang dituntut dalam Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah saw”.Seorang murid hendaknya tidak makan kecuali diwaktu lapar and tidak tidur kecuali sudah mengantar, tidak berbicara kecuali diwaktu perlu and tidak bercampur-gaul dengan orangramai kecuali dalam percampur-gaul itu ada faedah.

Keterangan:

Dilarang juga kepada murid supaya jangan makan kecuali sudah lapar and tidak tidur kecuali sudah mengantuk. Sekiranya dia tidak merasa lapar and ingin makan menunjukkan dia terpengaruh dengan syahwatnya. Begitu juga, tidak tidur kecuali sudah mengantuk. Bila perbuatan ini diamalkan selalu akan membawa kepada kemalasan. Dilarang kepada murid supaya tidak bercakap kecuali pada waktu and masa yang perlu sahaja and tidak bercampur gaul dengan orang ramai kecuali dalam pergaulan itu mendatangkan faedah. Bila perbualan itu mengandungi maksiat hendaknya lekas-lekas hari dari campur-gaul. Sekiranya dia kekalkan juga campur-gaul akan mengundang perbuatan dosa sedangkan itu bukan matlamatnya. Setiap murid yang dalam proses penyucian batin hendaklah menerapkan caracara ini supaya dapat menjauhi permainan nafsu syahwatnya.

Sesiapa yang suka makan banyak, hatinya akan menjadi keras seperti batu and ketika itu segala anggotanya akan merasa berat and malas untuk beribadah. Banyak makan akan menarik kamu kepada banyak tidur and banyak cakap. Apabila seseorang banyak tidur and banyak cakap menunjukkan segala kehendak and cita-citanya akan menjadi gambaran, semata-mata angan-angan sahaja bukan hakikat.

Dalam sebuah hadits tersebut;

Tiada suatu tempat yang dipenuhi oleh anak Adam yang lebih mencelakakan daripadaperutnya. Cukuplah untuk anak Adam itu beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang belakangnya (untuk menahan kelaparan). Jika itu tidak dapat dipertahankan, maka hendaklah dibahagi tiga, sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman and sepertiga lagi untuk pernafasan

MEMPERBANYAK YANG DI-ANJURKAN & MENJAUHI YANG DILARANG

Seseorang murid harus menjadi orang yang paling jauh dari segala rupa maksiat and perkaraperkara yang dilarang, disamping menjadi orang yang sangat menjaga yang fardhu and perkara-perkara yang dianjurkan. Seterusnya hendaklah kamu menjadi orang yang amat memelihara segala amal yang boleh mendekatkan dirinya kepada Allah Taala, amat cenderung untuk membuat bakti and kebajikan. Sebab seseorang murid itu tidak akan berbeza dengan manusia ramai, melainkan dengan sifat-sifat keistimewaannya; seperti berada dijalan Allah, selalu membuat taat terhadapNya, serta mengasingkan diri dari segala perkara yang bakal menghalangnya untuk beribadat kepada Allah swt.

Keterangan:

Setiap orang yang menceburkan dirinya mempelajari ilmu tasauf (ilmu batin) adalah sebagai seorang murid yang masih didalam perjalanan untuk mengetahui and mengamalkanpengetahuannya untuk mendapakan kehampiran dengan Allah Taala. Maka panduan and garisan seterusnya oleh Imam Habib Abdullah Bin Alwi AlHaddad untuk setiap murid supaya dapat mengukuhkan lagi perjalanan mereka sebagai berikut:

1. Hendaknya menjadi orang yang paling jauh dari segala rupa maksiat and perkara-perkara yang dilarang bermaksud; Hendaklah setiap murid mengenal pasti segala rupa maksiat yang sedang berlaku and mungkin akan berlaku and tidak bersama dengan mereka yang melakukan maksiat juga yang bershubhat dalam melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah taala and RasulNya. Untuk mengetahui samada maksiat atau pun larangan yang dilakukan mereka atau akan dilakukan hendaklah mengambil apa saja tindakan and perbuatan mereka (dari segi percakapan, pergerakkan badan, mata and sebagainya) and melandaskan kesemua tindakan and perbuatan itu dengan Ilmu Pengetahuan Syariat (Syara’). Ini yang dimaksudkan segala rupa maksiat and larangan. Bila seseorang murid dapat berbuat demikian, Insyallah akan mendapat pertolongan dari Allah and RasulNya. Setelah mendapat jawapan hendaklah tanpa lengah-lengah mengambil tindakan untuk meninggalkan tempat mereka, kerana dengan melambatkan atau melengahkan tindakan itu akan mengundang tindakan dari Hawa ataupun Nafsu untuk menyerang kamu dengan langkah mereka yang selanjutnya. Fahamkan ini kerana hawa nafsu akan menggunakan istilah; “Siapa cepat dia selamat. Siapa lambat terikatlah dia.

2. Menjaga segala yang difardukan (perkara-perkara yang diwajibkan atas setiap muslim) jangan sampai terlepas akan hak-hak Allah Taala. Kerana setiap waktu ada hak-hak seperti solat lima waktu yang sangat-sangat penting and wajib bagi setiap muslim untuk melaksanakan sebagai batas pemisahan seseorang yang pengamal ajaran islam atau yang berada didalam golongan musyrik ataupun fasiq. Hak waktu (sholat) merupakan tiang islam sekiranya seseorang yang beragama islam tidak melaksanakan kewajipan yang telah ditetapkan oleh syariat Allah maka dia sebenarnya tidak beriman pada Allah and RasulNya secara hakikat. Kerana seluruh para Ulama dari dahulu hingga sekarang and akan datang telah mengariskan bahwa tidak ada alasan yang boleh diberikan seseorang yang beriman pada Allah and RasulNya melainkan tidak siuman (gila atau hilang ingatan) atau kematian. Hanya dua alasan ini yang dibenarkan oleh Allah and RasulNya sahaja. Sekiranya tidak mahu mendirikan sholat maka hendaklah menjadi orang gila ataupun seorang yang hilang ingatan, baru digugurkan kewajipan bersholat. Begitu juga pada kefardhuan-kefardhuan lain yang telah ditetapkan didalam hukum syariat dimana dapat dirujuk pada kitab fiqih.

3. Memperbanyakkan perlaksanaan perkara-perkara yang dianjurkan oleh Agama Islam. Selain kewajipan pada hak-hak waktu, setiap murid harus mengerjakan perkara-perkara yang boleh mendekatkan dirinya pada Allah dengan bersholat sunnat, membaca alquran, berzikir, bermunajat, bertafakur, muhasabah diri and lain-lain. Perkara ini adalah yang bersangkutan dengan dirinya sahaja maka perkara lain yang harus dilakukan murid seperti contoh; hadir kelas agama, berziarah kepada kedua ibubapa (sekiranya tinggal berasingan), berziarah pada guru, berziarah pada alim ulama, berziarah kekuburan pada hari Jumaat, berziarah kepada kaum kerabat (yang melaksanakan perintah agama), bersholat jemaah dimasjid, bersholat jemaah dirumah bersama keluarga, senantiasa menasihati keluarga terdekat, and banyak lagi.

Asalkan perkara itu tidak ada unsur haram, syubhat and bidaah. Bila perkara ini dapat diterapkan akan membawa kepada kedekatan pada Allah and akan membuat dirinya jatuh minat untuk mengerjakan perkara-perkara kebaktian and amal kebajikan.

Dengan pelaksanaan perkara-perkara yang disebutkan diatas maka murid akan berbeza dengan kelakuan, perbuatan and perangai manusia ramai (manusia lain) dimana mereka didalam alam khayalan and dunia yang menjadi buruan mereka. Disinilah letaknya keistimewaan murid yang senantiasa berada dijalan Allah and selalu melonjak-lonjak keinginan untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah Taala. Maka cara ini akan membuat murid minat and suka untuk mengasingkan dirinya daripada segala perkara yang boleh menghalangnya untuk beribadat kepada Allah swt dalam apa bentuk rupa pun.

Seorang murid harus tidak menyia-nyiakan nafasnya, sangat berkira dengan masanya, tidak akan membiarkan masa itu berlalu, samada sedikit ataupun banyak, melainkan dihabiskannya dalam membuat kerja-kerja yang akan mendekatkannya kepada Tuhan, iaitu amal and bakti yang akan mendatangkan manfaat untuk akhiratnya.

Keterangan:

Maksud ayat diatas seperti berikut;

1. Janganlah kamu menyia-nyiakan nafas yang telah diberikan oleh Tuhan kerana Dia memberinya berlandaskan sebab (ada tujuan) and bukan percuma. Dia padang mashyar kelak akan dihadapkan pada Tuhan and akan ditanya tentang nafas yang telah diberikan olehNya dengan soalan ‘apa yang telah kamu lakukan (gunakan) nafas yang diberikan olehKu’. AllahTaala menjadikan kamu dari tidak ada kepada ada. Maka diberikan nafas supaya kamu dapat hidup and senantiasa bersyukur padaNya and tujuan yang sebenarnya adalah untuk kamu mengabdi kepadaNya. Itulah KEHIDUPAN DIDUNIA.

2. Jangan sekali-kali kamu membiarkan waktu (masa) berlalu begitu saja. Jangan sekali-kali berada didalam keadaan lalai kepadaNya. Biarpun kita bersama keluarga, semasa bekerja, semasa berniaga and lain-lain. Isikan (selitkan) waktu itu untuk sentiasa mengingatiNya, dimana bila mengingatNya, maka akan datang kesyukuran yang dipanjatkan kepadaNya.

Isikan masa kamu dalam membuat perkara-perkara yang boleh mendekatkan diri kamu kepada Tuhan dengan jalan beramal and mengerjakan kebaktian yang ada manfaat (ada kebaikan and kelebihannya) untuk dibawa keakhirat”.Seorang murid harus mengatur suatu masa khas untuk setiap amal and ibadahnya, ditunaikan segala amal and ibadat itu pada masanya yang tertentu, tidak dicuaikan atau ditinggalkan suatupun daripadanya samada dalam masa susah atau masa senang. Hendaklah ia memperbanyak membaca alQuran alKarim dengan mentadabburkan (meneliti) makna-makna and mentartilkan lafaz-lafaznya.

Keterangan:

Langkah seterusnya yang harus diamalkan seperti berikut;

1. Salah satu cara mudah untuk setiap murid senantiasa didalam pengabdian kepada Allah adalah menguruskan masa khas dengan bijak supaya dapat menjalankan amal ibadahnya. Tidak kira samada murid itu bekerja, berniaga atau pun tidak, hendaknya pandai mengaturkan waktunya pada pagi, petang and malam untuk melaksanakan amal ibadah. Allah Taala memberi kamu 24 jam sehari. Dari 24 jam itu berapa jam yang kamu boleh berikan kepada Allah? Hanya untuk bersama dengannya. Ini juga adalah salah satu tanda kesyukuran seorang hamba kepada Tuannya. Yang dimaksudkan disini bukan pelaksanaan diatas perkara kefardhuan (wajib). Masa khas adalah diluar waktu fardhu kerana letaknya terima kasih kepadaNya. Kefardhuan adalah perkara yang diperintahkan olehNya tetapi masa khas adalah dari seorang hamba ikhlas untuk TuhanNya.

2. Sesudah mengariskan masa khas setiap hari. Seterusnya harus bersifat amanah and tidak cuai (lalai) didalam menunaikan masa khas itu samada dimasa susah ataupun senang, dimasa kuat ataupun penat. Sekiranya gagal melaksanakan masa khas bererti tidak amanah terhadap Tuhanmu. Disinilah kekuatan pengorbanan yang sebenar dapat diukur setiap orang. Adakah daya pengorbanan pada diri untukNya atau tidak? Kalau tidak, mengapa perkara-perkara yang lain dapat dikerjakan? Seperti bekerja, berniaga, berkumpul dengan kawan-kawan,bersama dengan sanak famili, duduk depan TV, mendengar lagu-lagu and lain-lain. Mengapa? Tanyalah pada diri sendiri, jawapannya ada pada diri.

3. Sekiranya dapat melakukan masa khas ini pada masa yang ditetapkan dalam keadaan susah and penat, masyallah, pertolongan dariNya akan sentiasa diberikan olehNya. Pasti.

4. Memperbanyak membaca AlQuran dengan meneliti maknanya. Bukan lagunya. Kamu bukan nak masuk pertandingan bukan? Jadikan bacaan AlQuran sebagai rutin harian kerana dapat membantu menguatkan hati”. Ketika membaca itu, hendaklah merasakan kebesaran Zat Tuhan yang seolah-olah sedang berkata-kata kepadaNya, sedang dia membaca bicara itu. Janganlah membaca alQuran, sebagaimana yang dibaca oleh orang-orang yang alpa and lalai. Mereka membaca alQuran dengan lidah yang fasih and suara yang merdu, akan tetapi hatinya kosong dari khusyu’ ada ta’zhim. Mereka membaca alQuran dari awal hingga akhir, sedang mereka tiada faham satu pun dari maksud and maknanya and mereka tiada tahu kerana apa alQuran itu diturunkan. Jikamereka tahu, niscaya mereka akan mengamalkan segala kandungannya. Sesungguhnya ilmu itu akan berguna apabila diamalkan. Orang yang berilmu tetapi tiada mengamalkan ilmunya, niscaya tiada beza antaranya dengan orang yang jahil, melainkan dalam suatu segi saja; iaitu Allah Taala akan menjadikan hujjah (bukti) atas dirinya di Hari Kiamat. Dengan ukuran ini,maka si jahil itu akan lebih bernasib baik dari si alim yang tiada beramal di Hari Kiamat. Sebab itu ada pepatah mengatakan; “Setiap ilmu yang tiada membawa manfaat ke atas dirimu, maka lebih baik engkau kembali jahil saja.

Keterangan:

Bab anjuran untuk memperbanyakkan membaca alQuran; dengan pencapaian zauk(perasaan) kebesaran Zat Tuhan ketika membaca hendaklah menyakinkan pada diriyasedang berkata-kata dengan Kalam Allah, melalui Kalam Allah. Perasaan ini tidak akan dapat dengan cepat melainkan dengan diistiqamah amalan membaca alQuran secara rutin and istiqamah. Insyallah dengan keyakinan yang tipis akan menjadi tebal didalam proseskesabaran and disertai juga dengan berdoa kepadaNya. Dilarang bagi kamu membaca alQuran seperti orang-orang yang lalai and didalam keadaan lupa. Bermaksud; sekiranyakamu menyakini yang diri kamu berkata-kata melalui KalamNya selagi gus denganNya, mana mungkin berada didalam keadaan orang yang lalai and lupa. Mungkin akan terfikir bagaimana mungkin seseorang dapat mencapai keyakinan yang begitu tinggi sebegitu? Benar, kita adalah manusia yang diciptakan oleh Allah Taala yang penuh dengan dosa and noda.Yang sentiasa lupa and lalai, walaupun hati kita menginginkan untuk kedekatan denganNya.

Fahamkan, yang penting disini adalah pelaksanaan yang dianjurkan olehNya iaitu dapat menjalankan apa yang disuruh olehnya dengan niatan untuk dekat kepadaNya. Walaupun hati kita lalai and lupa pada tahap awal pelaksanaan tetapi hakikat sudah dekat denganNya bilamana tangan mencapai alQuran and membaca KalamNya dengan KalamNya. Itulah kehampiran yang kita tidak dapat melihat! Soal menyakini adalah diatas kemurahan kurniaNya, bila Dia hendak memberikannya, asalkan kerja jalan. Insyallah.

Janganlah kamu membaca alQuran dengan lidah yang fasih (lancar) and suara yang merdu (suara yang sedap aja) tetapi hati kosong dari khusyu’ and ta’zhim (perasaan membesarkan apa yang dianjurkan olehNya). Jagalah hati kamu jangan sampai kosong dari khusyu’. Ini boleh digantikan dengan cara berpegang pada niat yang kuat iaitu hanya melaksanakan apa yang disuruh olehNya, inilah selemah-lemah niat yang boleh disandarkan pada peringkat permulaan. Mari bangun membaca alQuran didalam keadaan faham akan maksud, makna and perintahNya. Kerana itulah alQuran diturunkan kepada umat Muhammad saw. Caranya ialah dengan membaca alQuran dengan membaca tafsiran supaya kita dapat faham akan maksud, makna and apa yang diperintahNya. Dengan cara begini akan capai tahap suka mengamalkan isi kandungan, suruhan and tegahan dariNya. Kerana ilmu pengetahuan tidak akan berguna apabila tidak diamalkan.

Hanya orang yang benar-benar berilmu akan mengamalkan ilmu pengetahuannya and itu akan membezakan dirinya dengan orang jahil (orang yang bodoh). Apa itu orang yang bodoh dari segi makna sebenarnya? Orang yang bodoh adalah orang yang tidak ada perasaan takut pada Allah Taala. Jadikanlah diri sebagai manusia yang bernasib baik dengan mengamalkan ilmu and jangan letakkan diri lebih hina dari orang yang jahil kerana tidak mahu mengamal ilmu pengetahuan. Jangan menceburkan diri kepada ilmu yang tidak mendatangkan faedah,maka tidak, lebih baik berada jahil seperti semula. Ambillah langkah-langkah ini setapak demi setapak, insyallah lambat laun akan capai ke-tempat yang di-idam-idamkan.

i. Sembahyang Tahajjud DiTengah malam
ii. Memelihara Sholat Lima Waktu
iii. Roh Ibadat

SEMBAHYANG TAHAJJUD DITENGAH MALAM

Adakan waktu untuk kita bangun bertahajjud ditengah malam, sebab malam itu adalah waktu seorang hamba berkhalwat dengan tuannya. Oleh itu hendaklah kita memperbanyak tadharru’dan istighfar ditengahmalam. Jangan lupa bermunajat kepada Tuhan kita dengan bahasa yang merendah diri and berserah diri dengan hati yang penuh yakin tentang kelemahan and ketidak upataan diri. Awas, jangan sekali-kali diabaikan bangun ditengahmalam. Jangan sampai waktu berjaga malam itu tiba melainkan kamu segera bangun serta berzikir kepada Allah swt.

Keterangan:

Alhamdulillah, syukur pada Allah Taala yang telah menjadikan malam supaya manusia dapat istirahatkan badan setelah mencari rezki pada siang hari didunia supaya dapat menyehatkan badan untuk meneruskan pencarian rezkiNya yang telah ditaburkan oleh Para Malaikat pada malam hari berikutnya and keesokan hari.

Subhanallah, Maha Suci Allah, yang telah menjadikan malam itu juga sebagai majlis khas untuk para hambaNya yang menginginkan bantuan, perlindungan, pertolongan, keselamatan,kesejahteraan, keampunan and keridhaanNya dari segala gangguan dunia and keselamatan akhirat sesudah menjalan kewajipan-kewajipan sebagai manusia. Dimana Dia dengan sifat kasih sayangNya telah membentangkan permaidani sambil menunggu hambaNya datang untuk mendengar permohonan dengan menghadapkan wajahnya kepada wajahNya yang suci.

Setiap malam tanpa henti and tanpa jemu, diturunkan rahmat dariNya and Dia memberi, membahagikan and menurunkan pada sesiapa yang menginginkan bantuan, perlindungan, pertolongan, keselamatan, kesejahteraan, keampunan and keridhaanNya hanya duduk dipermaidani yang sudah dibentangkan olehNya dengan menundukkan muka, merendahkan suara kepada Kebesaran and KeagunganNya dengan di iringi kesedaran sifat Kasih SayangNya, sambil meluahkan segala ketidak mampuan and kelemahan diri untuk menjalankan kewajipan-kewajipan ketaatan and menjauhkan diri dari segala perkara maksiat and laranganNya dengan tidak menceburkan diri dalam perbuatan bida’ah and juga berserah diri kepadaNya. Dimanakah boleh dapat pemberian yang sebesar begitu? Pada hal, Dia yang menunggu, kita yang lalai.

Dia hendak membahagi, kita tidak mahu menerima. Kita yang buta mata hati and berdetik soalan dari hati, Kenapa? Nak buat apa? Aku penat! Akumengantuk. Besok nak kerja. Besok ada rancangan dengan famili. Besok ada meeting besar,Besok meeting penentuan, mungkin aku boleh jadi kaya, Besok nak jumpa kawan. Sekarang aku bersama kawan-kawan. Sekarang aku bersama kaum kerabat and banyak-banyak lagi soalan yang akan dikeluarkan oleh hawa nafsu. Mungkin itu yang akan tercetus dari lubuk hati kamu. Semua perkara yang jahat adab ini dapat dengan mudah lakukan. Macam ada loceng (alarm) memberitahu akan akan urusan-urusan yang wajib ditepati. Daifnya kita. Lemahnya diri and tebal punya bodoh. Mudah-mudahan tidak.

Sebenarnya kita dihadang olehNya (tak dapat melihat hakikatnya)! Dengan tidak ada kefahaman itu maka kita diberatkan lagi oleh hawa nafsu and syaitan. Maka dengan itu wahai setiap murid, adakan masa (mengetepikan masa) untuk bangun bertahajjud ditengah malam untuk duduk dipermaidani yang telah dibentangkan and beribadahlah, akuakulah dirimu menghendaki bantuan, perlindungan and pertolongan and merayulad kepadaNya sekuat tenaga and berserah diri kepadaNya, bukan dengan cara berpekik-pekik, jangan salah faham. Asyik salah faham yang diikuti, tak faham, tak nak Tanya. Bodoh lagi, bila nak keluar dari tong kebodohan! Asyik malu nak tanya konon, sebenarnya rasa sudah pandai. Masyallah.Nauzubillah. Jangan abaikan dirimu terlena oleh peluhkan hawa (bukan pelukan dunia) yang mengaysikkan.

Jangan waktu malam datang kamu masih dipembaringan atau dilalaikan oleh makhluknya. Bangunlah and berzikirlah kepadaNya.

MEMELIHARA SEMBAHYANG LIMA WAKTU

Hendaklah para murid mengambil berat dalam mendirikan sembahyang lima waktu dengan menyempurnakan berdirinya, bacaannya, khusyu’nya, ruku’nya, sujudnya and seterusnya terhadap rukun-rukun and sunnat-sunnatnya. Sebelum memulakan sembahyang hendaklah kamu ingat didalam hati bahwa kamu akan berhadapan dengan Tuhan yang Maha Mulia and Maha Agung. Ingat, jangan sekali-kali kamu bermunajat kepada Raja dari sekian raja and Pembesar dari sekian pembesar dengan hati yang lalai, terlena didalam awang awangan, kealpaan and waswas, menerawang didalam lapangan angan-angan and pemikiran keduniaan, kelak kamu akan dimurkai Allah Taala and dihalau dari pintu menuju kepadaNya.

Rasulullah saw bersadba;

“Apabila seorang hamba berdiri untuk menunaikan sembahyang, maka Allah Taala akan memerhatikan gerak-gerinya. Apabila sihamba menoleh kebelakang. Allah Taala akan berkata kepadanya: Hai Adam! Engkau telah menoleh kepada siapa yang lebih baik lagi bagimu daripadaKu! Jika ia menoleh lagi, Allah Taala akan berkata sekali lagi seperti yang tersebut tadi. Jika ia menoleh kali ketiga, maka Allah Taala akan memalingkan perhatianNya dari orang itu”

Kalau orang yang menoleh dengan wajahnya yang zahir saja, Allah Taala telah memalingkan perhatian daripadanya, apatah lagi jika ia memalingkan hatinya didalam sembahyang kepada urusan-urusan keduniaan and keindahannya, tentulah lebih-lebih lagi. Allah Taala tidak melihat kepada tubuh badan manusia and perkara-perkara yang zahir akan tetapi Dia memandang hati manusia and batinnya.

Keterangan:

Dalam Bab ini, Habib Abdullah AlHaddad menyuruh setiap salik and setiap murid wajib mengambil berat dalam mendirikan sembahyang lima waktu yang difardhukan oleh Allah Taala kerana ini adalah tanda tanda bagi mereka yang beriman seperti berikut;

1. Kewajipan sembahyang diwajibkan keatas setiap manusia yang sudah baligh atau sudah mengalami mimpi, cukup umurnya and dapat membezakan mana yang baik and mana yang buruk. Kewajipan ini akan gugur bila seseorang yang mengalami keuzuran, gila and nyayuk. Bila tidak ada keuzuran yang disebutkan tadi maka kewajipan sembahyang tidak boleh ditinggalkan. Kalau ditinggalkan maka hukumnya berdosa.

2. Pengucapan dua kalimat syahadat hendaklah dilafazkan kerana pengucapan (ikrar) kepada Allah Taala iaitu pengakuan jauh didalam hatinya bahwa Allah adalah Tuhannya and pengakuan bahwa Muhammad adalah RasulNya. Bererti bila seseorang yang sudah baligh and membuat pengucapan syahadat maka kewajipan sholat dilaksanakan pada dirinya. Sekiranya dia tidak membuat pengucapan pada dua kalimat syahadat itu walaupun dia sudah mencapai usia baligh maka haram untuk dirinya mendirikan sholat kerana tidak ada pengakuan dari dirinya.

3. Sholat adalah tanda seseorang yang mengamalkan perintah Tuhannya sekaligus menunjukkan perbezaan antara orang yang hanya mengaku beriman and yang tidak beriman. Yang bertopeng and yang tidak bertopeng. Yang mengaku beragama Islam pada hal tidak. Yang hanya memakai nama Islam tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam and tidak patuh pada perintah and menjauhi larangNya. Maka berdosalah dia kepada Tuhannya.

4. Sholat adalah batas pemisah antara seseorang yang beriman pada Allah and RasulNya and seseorang yang tidak mendirikan sholat mereka termasuk dalam kumpulan musyrik and fasiq. Perbezaan yang sangat ketara and jauhkan dirimu dari mereka yang dicapkan oleh Allah Taala and RasulNya sebagai orang yang musyrik and fasiq kalau nak selamat didunia and diakhirat.

5. Sempurnakan segala Rukun Sholat and Sunnat-sunnatnya. Kalau tak tahu and tak faham, pergi belajar. Kerana untuk menyempurnakan qiyam (berdiri), rukuk and sujud and segala sunnat-sunnat boleh dipelajari melalui bab rukun-rukun sholat and sunnat-sunnat sholat.

6. Harus mengambil berat tentang bacaan surah-surahnya dengan tartil and mengetahui maknanya. Kerana dapat membantu dirinya untuk mendapatkan khusyu’.

7. Sebelum menginjakkan kaki kesejadah hendaklah kamu tanamkan dalam hati bahwa dirimu akan berhadapan dengan Allah Taala Yang Maha Mulia, Maha Agung (Besar) and Maha Pengasih and Penyayang.

8. Jangan berdoa pada Allah dengan hati yang lalai, hati yang tidak tertumpu pada kebesaranNya. Tekankan selalu didalam sembahyang bahwa Dia Maha Melihat and Maha Mendengar bilamana kamu berada didalam hati yang lalai. Amalkan selalu cara ini.

9. Jauhkan dirimu bila berhadapan denganNya dari was-was. Kerana was-was itu adalah tiupan dari syaitan yang tidak mahu kamu menumpukan perhatian kamu padaNya.

10. Jangan ikutkan pikiran kamu yang melayang pada angan-angan and memikirkan dunia(dalam sholat, ingat apa nak buat lepas sholat) ini juga adalah hembusan dari syaitan.

11. Ingat, bilamana kamu menunaikan sholat, Allah Taala akan memerhatikan segala gerak geri kamu. Jangan bermain dengan tubuh badanmu! Kalau kamu menoleh kebelakang (bermaksud; hilang perhatian kamu sampai ketiga kali, maka Allah akan memalingkan perhatianNya dari kamu). Ingat! Jauhkan dirimu dari segala yang disebutkan diatas supaya kamu tidak mendapat kemurkaan (kemarahan) Allah Taala and dihalaunya diri kamu dari pintu (bermaksud ingat) menuju kepadaNya.

ROH IBADAT

Ketahuilah bahwa roh semua ibadat and maksudnya, ialah menghadirkan diri dihadirat Allah swt. Barangsiapa yang mengerjakan ibadat yang kosong dari menghadirkan diri, maka ibadat itu sia-sia and tiada berguna. Perumpamaan orang yang tiada menghadirkan diri dihadirat Allah Taala didalam peribadatannya, samalah seperti seorang yang menghadiahkan kepada seorang Maharaja barang yang rosak, ataupun sebuah peti yang kosong tiada berisi apa-apa. Bukankah sepatutnya orang ini mendapat siksa and tidak diberi balasan terhadap hadiahnya?

Keterangan:

Bab ini tersangat penting bagi semua muslimin, murid and salik kerana ia berkaitan dengan Ibu Ibadah. Maka perkara ini tidak boleh diambil mudah atau diperkecilkan atau tidak dihiraukan maka akibatnya semua ibadahnya menjadi rosak and tidak diterima oleh Allah Taala. Segala perbuatan ibadah ketaatan, pengabdian and segala amal-amal kebajikan akan menjadi sia-sia belaka tetapi apa yang didapati hanya penat lelah and sangkaan yang salah kerana menganggap diterima ibadahnya.

Maka maksud Roh Ibadat dari Habib Abdullah Alwi Al-Haddad ialah menghadirkan diri dihadirat Allah Taala. Maksud menghadirkan diri adalah berhadapan and menumpukan perhatian kepada Allah dimana bukan saja berhadapan dengan hati tetapi dengan jiwa and raga dimana terbagi didalam 3 bahagian seperti berikut:

Ketaatan, Pengabdian and Amal Kebajikan:

1. Ketaatan; Dilaksanakan dalam menuruti segala perintah and menjauhi segala larangandari Allah Taala seperti; sholat, puasa, zakat and haji. Ini yang katakan ketaatan danberuntunglah bagi sesiapa yang dapat melaksanakannya dengan baik.

2. Pengabdian; Dilaksanakan dalam penghambaan terhadap Allah Taala. Iaitu melayani segala suruhan and menjauhi segala larangan Tuan (Tuhan)nya itulah kerja sihamba. Kalau tidak dapat melayani kehendak Tuan, bukan hamba namanya.

3. Amal Kebajikan; Dilaksanakan dalam perkara-perkara sunnah yang dibawa and ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw, para sahabat beliau and para salaf seperti, sholatsunnat, puasa sunnat, berzikir, berdoa, membaca AlQuran and segala perkara yang berhubungan diantara manusia and manusia.Beruntunglah bagi sesiapa yang dapat melaksanakan dengan baik and dengan sempurna akan ketiga-ketiga perkara diatas and amat rugilah bagi sesiapa yang tidak melaksanakan atau melaksanakan dengan tidak baik and dengan tidak sempurna.

Ketahuilah; ketiga-tiga perkara itu wajib disertakan dengan kehadiran diri (hati) jika menginginkan keridhaan dari Allah Taala.

Langkah-langkah yang mudah untuk menghadirkan diri didalam ketaatan, pengabdian and amal kebajikan seperti berikut;

Untuk ketaatan yang paling penting ialah KEHADIRAN DIRI (HATI) dimana tanpaanya maka perlaksanaan ketaatan ditolak and tidak berguna. Ambillah langkah-langkah seperti;

a) Faham akan segala rukun sholat, dimana letaknya sah and batalnya. Dimana wajib and dimana sunnat and pelaksanaannya.

b) Memohon keizinan dariNya supaya dapat melaksanakan perintah suruhannya denganbaik sebelum sholat.

c) Berabdab dengan baik and menyakinkan diri kamu akan berhadapan kepada wajahNya. Seperti kamu berhadapan dengan seorang raja dunia atau orang mulia samada sangkut pada dunia ataupun akhirat. Maka berhadapan denganNya haruslah lebih-lebih lagi.

d) Menanamkan keyakinan bahwa Dia melihat (memperhatikan perbuatan kamu yangzahir batin) and mendengar segala apa yang keluar dari lidah and hati kamu.

e) Tanamkan keyakinan bahwa Allah Melihat And Mendengar (sekiranya kamu lemah didalam menghadapkan hati and wajah kamu).

f) Mengangkat takbir dengan penuh khusyu’ disertakan dengan menzahirkan kaabah (bagi sesiapa yang lemah keyakinannya bahwa Allah Melihat And Mendengar) dengan perasaan merendahkan diri kepada Kebesaran and KeagunganNya.

g) Hendaklah memahami takbiratul ihram akan maknanya yang sebenar.

h) Memahami makna surah-surah yang dibaca and wajib memahami makna surah fatihah.

i) Membaca tahiyat awal and akhir dengan penuh kesadaran and memberi salam kepadaNabi Muhammad saw dengan seikhlas-ikhlasnya dengan menghadapkan hati kamu kemaqamnya.

j) Semasa rukun sujud hendaklah memohon padanya and membuat pengakuan kepadaNya dengan ikhlas.

k) Memberi salam dengan merasai akan terpisahnya diri kamu and kembali ke dunia.

Begitulah langkah-langkah yang sederhana yang harus diterapkan semasa mendirikan ketaatan didalam sholat bagi setiap muslimin.

Jangan sekali-kali tidak menghadirkan hati and jiwa raga kepadaNya kerana perbuatan kamu itu akan mengundang akan KemarahanNya and boleh mendapat bencana di dunia ini kemudian diakhirat kelak dikeranakan kamu tidak beradab bila berhadapan denganNya tetapiboleh beradab dengan makhluknya terutama manusia.

Sekiranya fikiran kamu melayang sebentar maka lekas-lekas menanamkan keyakinan bahwa Dia Maha Melihat and Maha Mendengar.

PERANAN ZIKIR

Hal yang penting bagi orang yang menuju ke jalan Allah, sesudah mengerjakan perintah and meninggalkan larangan, ialah berzikir kepada Allah swt.

Wahai murid yang budiman, berzikir kepada Allah Taala dengan lisan and dengan hati, pada setiap munasabah and pada setiap waktu and tempat.

Adapun zikir yang terkumpul didalamnya segala maksud zikir-zikir and tujuan-tujuannya yang zahir mahupun batin, iaitu sebutan La ilaaha illallaah (Tiada Tuhan melainkan Allah).

Zikir inilah yang wajib dilazimkan oleh orang-orang permulaan menuju ke jalan Allah and yang wajib kembali kepadaNya oleh orang-orang yang sampai ke ke puncak makrifatullah.

Sesiapa yang ingin merasakan sesuatu rahsia dari rahsia-rahsia thariqat and disingkap tabirbaginya dengan sesuatu cahaya Nur Hakikat, maka hendaklah ia melazimkan diri dengan berzikir kepada Allah Taala dengan hati yang hadir, penuh adab and tertib dengan tujuan yang benar serta tawjjuh (menghadapkan diri) yang penuh khusyu’ and tawddhu.

Apabila semua sifat-sifat ini terkumpul pada diri seseorang ketika berzikir, maka mudah tersingkap baginya al-Malakut al-A’la (kerajaan Allah yang maha tinggi) and rohnya akan mencapai ke kemuncak Haqaiq al-Alam al-Ashfa (hakikat-hakikat alam yang suci) and matahatinya akan melihat dengan jelas al-Jamal al-Aqdas al-Asmaa (kecantikan suci yang mahatinggi).

Keterangan:

Kepada para murid and salik yang memiliki cita-cita yang sebenar. Sesudah mengerjakan perintahand meninggalkan larangannya hendaknya jangan sekali-kali meninggalkan zikir kepadanya.

Berzikirlah (Ingatlah padaNya) dengan lidah and hati yang sedar tanpa lalai disetiap kali pada setiap waktu and tempat. Zikir sangat mujarab and amat berkesan and akan menjadi sebagai pendinding bagi sesiapa yang dapat mengamalkan dengan baik sehingga menjadi darah daging.

Zikir ini akan bertindak sebagai pelindung and sebagai peringatan bagi pengamalnya didalam mengharungi kehidupan dunia diakhirat kelak. Sekali lagi jangan tinggalkan zikir. Sebagai tanda bagi sesiapa yang tidak meninggalkan zikir harian, adalah merupakan tanda ada perhubungan yang dijalankan and atas izin Tuhannya. Zikir yang paling utama bagi setiap murid and salik yang berthariqat adalah La ilaaha illallaah.

Inilah zikir yang teragung, yang tertinggi bagi segala zikir-zikir. Dengan kalimat inilah Nabi Muhammad saw diutuskan kedunia dengan tugas menyampaikan perintah TuhanNya bahwa Tiada Tuhan melainkan Allah. Zikir inilah yang harus dilazimkan oleh dimana terkumpul didalamnya segala maksud zikir-zikir and tujuan yang zahir ataupun batin.Maka jangan tinggalkan atau abaikan dalam apa juga keadaan.

Zikir Tahlil atau dinamakan juga Zikir Tauhid adalah pengamal-pengamal permulaan menuju kejalan Allah juga wajib dilazimkan bagi mereka yang berkeinginan untuk kembali kepadaNya and juga bagi mereka yang telah sampai kepuncak makrifatullah.

Bagi siapa (murid and salik) yang ingin mendapatkan and merasakan sesuatu rahsia rahasia thariqat and tersingkapnya tabir yang menghalanginya dengan sesuatu maka hendaklah sentiasa berzikir dengan Zikir Tauhid dengan hati yang hadir (menyedari apa yang dibacanya), dengan beradab serta tertib juga bersandarkan tujuan yang benar (tidak ada apa apa hajat yang melencong), menghadapkan dirinya dengan penuh khusyu’ serta dengan kerendahan hati and ikhlas. Insyallah atas izin Allah akan tercapailah hajat untuk mencapai rahasia-rahasia tersebut.

Bila mana kesemua syarat and sifat sudah terkumpul pada seseorang yang berzikir maka akan tersingkaplah baginya al-Malakut al-A’la iaitu dapat melihat kerajaan Allah yang Maha Tinggi) and rohnya akan mendaki, naik ke puncak Haqaiq al-Alam al-Ashfa iaitu dapatmelihat hakikat sebenarnya alam-alam yang suci yang dimiliki oleh Allah and mata hatinya akan dapat melihat dengan jelas al-Jamal al-Aqdas al-Asmaa iaitu keindahan yang suci and sifat-sifat nama ketuhanan yang Maha Tinggi)

MUKHASYAFAH (PENYINGGAP RAHSIA)

Diantara perkara-perkara yang bisa membahayakan seorang murid ialah mencita-citakan (menginginkan) Mukhasyafah (penyingkapan rahasia-rahasia Tuhan) dan berharap keramat serta perkara-perkara diluar kebiasaan adat berlaku atas dirinya.Ingatlah wahai murid, bahwa perkara-perkara serupa ini tidak akan muncul selagi kamu dituntut atau diminta-minta dengan berdasarkan hawa and nafsu kerana pada kebiasaannya ia tidak akan muncul melainkan pada orang-orang yang membencinya and tidak menduganya sama sekali.

Keterangan:

Kebanyakan murid and salik bercita-cita untuk memperolehi ‘mukhasyafah’ yaitu terbukanya rahasia-rahasia Tuhan and bila terbukanya rahasia ketuhanan maka beralihlah ia untuk mencapai kedudukan keramat yang mempunyai perkara-perkara diluar kebiasaan adat resam sebagai manusia biasa kerana tercapainya kedudukan keramat akan membawanya kepada kedudukan luar biasa, macam ‘superman’. Ingatlah wahai murid and salik, perkara ini tidak akan datang selagi kamu mencarinya atau meminta-minta dengan berlandaskan hawa nafsu.

Kerana pada kebiasaannya keramat ini tidak akan datang melainkan pada orang-orang yangsangat membencinya and tidak sangka sama sekali bila ia datang. Orang yang benci pada kedudukan keramat ini adalah semata-mata tidak mahu diganggu oleh manusia lain kerana tumpuan yang selama ini diberikan untuk Allah akan beralih kepada manusia dengan terpaksa melayani fi’il tabiat manusia yang hanya ingin kesenangan and menolak kesusuhan kerana kebanyakan manusia seperti ini adalah manusia yang buta mata hatinya.

Adakalanya perkara-perkara seumpama keramat and sebagainya itu terjadi juga pada golongan orang yang tertipu dengan cita-cita untuk mencelakakan dirinya and sebagai suatu pengujian terhadap kamu Mu’minin yang lemah I’tikadnya. Semua itu tidak boleh dikira sebagai keramat yang benar, malah ia merupakan sebagai suatu penghinaan kepada orang-orang yang mendakwa keramat itu. Sebab keramat hanya lahir (ada) pada orang-orang ahli istiqamah, yakni orang-orang yang sudah terkenal lurus dalam perjalanannya.

Keterangan:

Kadang-kadang perkara seperti keramat berlaku juga pada orang yang tertipu dengan angan-angannya. Ini adalah sebagai hukuman dari Allah untuk mencelakakan dirinya dansebagai pelajaran bagi kaum mu’minin yang lemah keyakinannya terhadap Allah Taala.

Sekiranya berlaku juga sesuatu diluar dugaan manusia itu adalah ‘ketetapan hukum yangberlaku pada masa itu’ bukan pada keramat seperti yang didakwa oleh orang yang tertipu and orang yang ditipu. Keramat hanya akan datang pada orang-orang yang ahli didalam istiqamah sahaja. Lain cara jangan haraplah! Istiqamah didalam menjalankan ketaatan perintah Allah Taala and RasulNya. Sangatlah mudah untuk mengetahui seseorang itu menerima anugerah keramat ataupun tidak, lihatlah akan ketaatannya pada perintah Allah and RasulNya. Mudah bukan! Maka dengan itu janganlah lekas terperdaya dengan dakwaan seseorang itu keramat atau tidak, lihatlah pada istiqamahnya.

Wahai kamu murid!

Sekiranya Allah Taala telah memberikan penghormatan keramat kepadamu, maka hendaklah kamu mensyukuriNya. Awas, janganlah pula kamu berhenti dari meneruskan amalan kamu lantaran keramat itu telah muncul atas diri kamu. Juga hendaklah kamu tidak bermegah sangat dengan keramat itu, lalu kamu mengantungkan semua harapan ke atasnya. Hendaklah kamu merahsiakan keramat itu dari orang ramai and jangan membicarakannya dengan mereka.

← Kembali ke Perpustakaan
🤖 BUKA AI IKTIQAD & TAUHID
Jika diminta, log masuk atau daftar ChatGPT dahulu. Selepas log masuk, projek AI Iktiqad & Tauhid akan dibuka.
⬅ Kembali ke Perpustakaan