وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
17. Surah Al-Isra' : Ayat 41
Maksud Penting: Ayat ini bukan bermaksud melakukan iktiqad dengan pelbagai cara rekaan, tetapi Allah telah menerangkan perlunya seseorang itu melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid itu sendiri.
Jalan Untuk Mengenal Tuhanmu
فَقُلْ هَلْ لَكَ إِلَىٰ أَنْ تَزَكَّىٰ • وَأَهْدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخْشَىٰ
"Serta katakanlah kepadanya: Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)? Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?"
79. Surah An-Nazi'at : Ayat 18-19 — Seruan Nabi Musa kepada Firaun
Apa yang difirmankan ialah JALAN MENGENAL TUHANMU bukan terus mengenal Tuhanmu. Untuk mengenal Allah setiap seorang itu mesti melalui jalan untuk mengenal Tuhanmu (Allah).
Prinsip: Mengikut Sepertimana Yang Dikehendaki Oleh Allah
إِنَّ هَٰذِهِ تَذْكِرَةٌ ۖ فَمَنْ شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ سَبِيلًا • وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat). Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah.
76. Surah Al-Insan : Ayat 29-30
Maksudnya: Apa yang dilakukan tersebut telah dilakukan mengikut dari firman Allah atau sabda Rasulullah SAW yang mana satu?
فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun didalam ibadatnya kepada Tuhannya.
18. Surah Al-Kahfi : Ayat 110
Jalan keluar yang Allah tunjukkan: Bukan bercerita tentang Allah begitu dan begini. Allah tidak boleh diterangkan dengan apa cara sekalipun, tetapi jalan yang diperintahkan ialah beramal soleh dan tidak mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadat kepada Allah.
Orang yang mendapat pimpinan dari Allah tidak akan menceritakan tentang Allah yang tidak terceritakan itu. Mereka yang merayau-rayau dalam lembah khayal memperkatakan apa yang mereka tidak lakukan adalah seperti firman Ash-Shu'ara 225-227.
قُلْ لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ
Katakanlah: Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku.
Al-Kahfi : 109
وَلَوْ أَنَّمَا فِي الْأَرْضِ مِنْ شَجَرَةٍ أَقْلَامٌ وَالْبَحْرُ يَمُدُّهُ مِنْ بَعْدِهِ سَبْعَةُ أَبْحُرٍ مَا نَفِدَتْ كَلِمَاتُ اللَّهِ
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis.
Luqman : 27
Ditegaskan: Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata. Sebab itu jalan yang Allah beri bukan penerangan tentang zat Allah, tetapi amalan untuk dipertemukan dengan Allah (Al-Kahfi 110). Inilah sebenar-benar ilmu hakikat dan makrifat yang dipimpin oleh Allah.
Janji bagi orang beramal soleh:
10. Yunus:9 — Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu.
22. Al-Hajj:24 — Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik, serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji.
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
13. Surah Ar-Ra'd : Ayat 28
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ • ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati..."
89. Surah Al-Fajr : Ayat 27-28
Orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan seruan "wahai jiwa yang tenang". Jiwa yang tenang ini terhasil daripada zikrullah. Tanpa zikrullah yang mengikut kehendak Allah, jiwa tidak akan mutmainnah.
وَاذْكُرُوهُ كَمَا هَدَاكُمْ وَإِنْ كُنْتُمْ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الضَّالِّينَ
DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang SALAH JALAN IBADATNYA.
2. Surah Al-Baqarah : Ayat 198
Firman ini menjelaskan dengan nyata: amal untuk ingat kepada Allah sebelum melaksanakan sepertimana yang diperintahkan "ingatlah sebagaimana Ia memberi petunjuk" adalah salah jalan ibadatnya. Maka setiap orang mesti tahu cara yang betul yang dikehendaki oleh Allah.
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya, ia menjadi petunjuk bagi orang-orang yang hendak bertakwa. — Al-Baqarah:2
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga...
66. Surah At-Tahrim : Ayat 8
Taubat Nasuha ialah bertaubat daripada melakukan segala perbuatan syirik:
فَتُوبُوا إِلَىٰ بَارِئِكُمْ فَاقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ
Maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU". Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu.
2. Surah Al-Baqarah : Ayat 54
Janji Allah Kepada Yang Melaksanakan
وَلَوْ أَنَّا كَتَبْنَا عَلَيْهِمْ أَنِ اقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ أَوِ اخْرُجُوا مِنْ دِيَارِكُمْ مَا فَعَلُوهُ إِلَّا قَلِيلٌ مِنْهُمْ ۖ وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُوا مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتًا • وَإِذًا لَآتَيْنَاهُمْ مِنْ لَدُنَّا أَجْرًا عَظِيمًا • وَلَهَدَيْنَاهُمْ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka: "Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu" nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit daripada mereka. Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka). Dan setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah, tentulah Kami akan berikan kepada mereka pahala balasan yang amat besar; DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
4. Surah An-Nisa' : Ayat 66-68
Jalan Yang Lurus Itu Ialah Dibersihkan Dari Syirik
قَالَ هَٰذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ • إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ
Allah berfirman: "INILAH SATU JALAN YANG LURUS, YANG TETAP AKU MEMELIHARANYA. Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka (hai iblis)..."
15. Al-Hijr : 41-42 & 39-40 — Hamba yang dibersihkan dari syirik
Maksud perintah "Bunuhlah diri kamu sendiri" ialah melaksanakan perintah Allah yang apabila dilakukan akan menghilangkan keberadaan atau keakuan diri sendiri.
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَكُنْ مِنَ السَّاجِدِينَ • وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ
Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.
15. Surah Al-Hijr : Ayat 98-99
سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى • قَدْ أَفْلَحَ مَنْ تَزَكَّىٰ • وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّىٰ
Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi. Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya. Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang.
87. Surah Al-A'la : Ayat 1, 14-15
Setiap orang mesti tahu dan boleh menghuraikan jalan yang perlu dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah untuk melaksanakan perintah "BERTASBIHLAH DENGAN MENYEBUT-NYEBUT DENGAN LIDAH DAN HATI AKAN NAMA TUHANMU".
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُمْ
Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka.
22. Surah Al-Hajj : Ayat 34
الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ
Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang...
Al-Hajj : 35 & Taha : 130
Beribadatlah pada saat-saat malam dan siang supaya engkau reda dengan mendapat sebaik-baik balasan. — Taha:130
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ • أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
2. Surah Al-Baqarah : Ayat 155-157
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka.
3. Surah Ali 'Imran : Ayat 135-136
Amalan Praktikal: Apabila mengalami perasaan takut — tumpukan sepenuh tumpuan kepada perasaan takut itu dalam masa yang sama sebutlah Allah sebanyak-banyaknya. Begitu juga ketika kelaparan, dan ketika menyedari sedang menganiaya diri sendiri (berlaku syirik).
وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ
Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat.
4. Surah An-Nisa' : Ayat 1
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ • الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring...
3. Surah Ali 'Imran : Ayat 190-191
Untuk menjadi orang berakal, setiap seorang mesti tahu cara untuk menyebut nama Allah sehingga sampai "INGAT KEPADA ALLAH" ketika berdiri, duduk dan berbaring mengiring mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.
39. Az-Zumar:10-14 — Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu... Katakanlah lagi: Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan ugamaku kepadaNya."
Sebelum melakukan jalan untuk menetapkan iktiqad dan tauhid, terlebih dahulu mesti tahu apakah syirik dan pembahagiannya, supaya tidak melakukan jalan tauhid dalam keadaan masih syirik — kerana amal akan gugur.
لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ
Demi sesungguhnya! jika engkau mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.
39. Az-Zumar : 65
وَلَوْ أَشْرَكُوا لَحَبِطَ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).
6. Al-An'am : 88
Pembahagian Syirik
- Syirik Nyata (Terang): Ritual penyembahan kepada selain Allah — menyembah matahari, patung, api dan lain-lain. — Yunus 18, An-Nahl 73-74
- Syirik Tersembunyi: Sangkaan kepada ada diri sendiri dan makhluk lain — memperkatakan dengan lisan, memikirkan dengan fikiran, atau terlintas di hati tentang keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri.
- Syirik Tersembunyi Lagi Tersembunyi: Sangkaan kepada ada Allah yang dilakukan dengan lisan, fikiran dan hati, dalam keadaan ia masih merasakan keberadaan diri sendiri. — Saba' 20-27
قُلْ أَرُونِيَ الَّذِينَ أَلْحَقْتُمْ بِهِ شُرَكَاءَ ۖ كَلَّا ۚ بَلْ هُوَ اللَّهُ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Katakanlah lagi: "Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
34. Surah Saba' : Ayat 27
Keberadaan diri sendiri diistilah sebagai "AKU". Sedang merasai ada diri sendiri membawa makna sedang berkata "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah" — Al-Anbya:29. Inilah menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan — Al-Furqan:43, Al-Jathiyah:23.
Jalan 1: Sebut Nama Allah Dengan Lisan Lidah
وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَا
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu.
7. Al-A'raf : 180 & 17. Al-Isra : 110 & 73. Al-Muzzammil : 8 — Sebutlah akan nama Tuhanmu serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan
Menyebut Nama Allah dengan lisan sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah.
Jalan 2: Sebut Nama Allah Secara Tersembunyi Di Dalam Hati
Hadis: Saidina Ali RA bertanya "Bagaimana aku nak hampir dengan Allah?" Rasulullah menjawab: Mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu
- Tongkatkan lidah mu ke langit-langit
- Sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya
Fadhilat Zikir Tersembunyi: Zikir dengan tidak bersuara lebih unggul 70 kali lipat dari zikir bersuara. (HR Al-Baihaqi) — Allah berkata: "Kamu mempunyai amal kebaikan yang hanya Aku yang mengetahuinya iaitu zikir dengan sembunyi."
Jalan 3: Kaedah Soal-Jawab — Siapakah Yang Menjadikan?
قُلْ مَنْ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ قُلِ اللَّهُ
Bertanyalah: "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" Jawablah: "Allah".
13. Ar-Ra'd : 16
Jika ada gangguan lintasan tentang keberadaan diri atau sangkaan kepada Allah, tanyalah: "SIAPAKAH YANG MENJADIKAN PERKARA TERSEBUT?" — tentukan jawapannya "ALLAH". Kemudian teruskan menyebut Allah dan tumpukan kepada sifat ketuhanan yang bukan dirasai sebagai sifat diri sendiri dan bukan yang disangka sebagai sifat Allah. Kaedah ini juga untuk menghadirkan khusyuk dalam solat.
Jalan 4: Kembali Bernafas Seperti Mula Dilahirkan
Tarik nafas perut kembung, lepas nafas perut kempes — belajar dari bayi dalam buaian. Utlubul 'ilma minal mahdi ilal lahdi.
Menarik nafas: sedang memasukkan diri zahir ke dalam diri batin — berlaku Laa maujudun, Laa haiyun, Laa 'alimun... illallah. Zikirnya berbunyi HUU (tidak berhuruf, tidak bersuara).
Menahan nafas di pusat — pertemuan hamba dengan Tuhan — tempat penyerahan total — tiada hamba, tiada Tuhan, yang tinggal HUU ZAT semata-mata — zikirnya AH, AH, AH. Telan air liur — zikirnya HAQQEQ.
Melepas nafas perlahan membawa HUU ZAT meliputi keseluruhan anggota — Laa haulawala quwwata illa billah — zikirnya ALLAH. Inilah makna Saba':27.
Pengajaran dari kisah Nabi Musa belajar dari hamba Allah di pertemuan dua lautan (Al-Kahfi 60-82) — batu besar ialah bidang perut, pertemuan dua lautan ialah kembungnya perut ketika menarik nafas dan terkemutnya dubur. Syarat belajar: "Jangan bertanya sesuatu pun sehingga aku ceritakan" — Al-Kahfi:70
••• PESANAN PENTING •••
JANGAN TERPENGARUH DENGAN ILMU HAKIKAT DAN MAKRIFAT YANG DISAMPAIKAN DARI MULUT KE MULUT TANPA PERLU MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID. Kerana boleh menjerumuskan kekancah mengaku diri sebagai Tuhan.
Tidak ada satu makhlok pun yang boleh mengenal Allah, hanya Allah yang mengenal Allah. Apa yang boleh dilakukan ialah melaksanakan dengan istiqomah salah satu daripada pelbagai jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid seperti yang telah Allah perjelaskan di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya.
Tunggu saja jaminan dari Allah: "DAN KAMI AKAN PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS" — An-Nisa:68. Yakinlah Allah tidak pernah mengubah janjiNya — Ar-Rum:6. Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri — Yunus:44.
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan; dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.
Al-Isra' : 89 & Al-Hashr : 14-17, Ar-Rum : 29 — Orang zalim ialah yang menurut hawa nafsu mereka melakukan syirik dengan tidak berdasarkan pengetahuan.
Penutup: Ugama Yang Satu Dari Nabi Adam Hingga Nabi Muhammad SAW
Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya".
42. Ash-Shura : 13 & 46. Al-Ahqaf : 9 — Bukanlah aku seorang Rasul pembawa ugama yang berlainan dari ugama yang dibawa oleh Rasul-rasul yang telah lalu
Siapakah yang akan dilaknat? Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. — Al-Baqarah:159