ููุง ุชูุดูุฑููู ุจูุงูููููู
151. Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah kamu membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah melainkan dengan jalan yang hak. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.
152. "Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik sehingga ia baligh; dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil... dan apabila kamu mengatakan sesuatu maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat; dan perjanjian Allah hendaklah kamu sempurnakan."
153. Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan yang lain dari Islam, kerana jalan-jalan yang lain itu mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah.
161. Katakanlah: "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, kepada ugama yang tetap teguh, iaitu ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik".
162-163. Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku adalah orang Islam yang awal pertama."
191. Patutkah mereka sekutukan Allah dengan benda-benda yang tidak dapat menciptakan sesuatupun, sedang benda-benda itu sendiri diciptakan?
192. Dan benda-benda itu tidak dapat menolong mereka, dan tidak juga dapat menolong dirinya sendiri.
194. Sesungguhnya benda-benda yang kamu seru selain Allah adalah makhluk-makhluk seperti kamu.
197. Dan benda-benda yang kamu sembah selain Allah, tidak akan dapat menolong kamu, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri.
18. Dan mereka menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepada mereka dan tidak dapat mendatangkan manfaat kepada mereka dan mereka pula berkata: "Mereka yang kami sembah itu ialah pemberi-pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah". Katakanlah: "Adakah kamu hendak memberitahu kepada Allah akan apa yang Ia tidak mengetahui adanya di langit dan di bumi? Maha Suci Allah dan tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan."
36. Katakanlah: "Sesungguhnya aku hanya diperintahkan supaya menyembah Allah, dan supaya aku tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu yang lain: kepadaNyalah aku menyeru manusia semuanya untuk menyembahNya, dan kepadaNyalah tempat kembaliku."
108. Katakanlah: "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah dari segala iktiqad dan perbuatan syirik; dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."
115. Dan sesiapa yang menentang ajaran Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk yang dibawanya, dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan kesesatan yang dipilihnya, dan Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
117. Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka dengan yang demikian tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka;
118. Yang telah dilaknat oleh Allah, dan yang telah mengatakan: "Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian yang tertentu untuk menjadi pengikutku;
119. Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka dari kebenaran, dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka mencacatkan binatang-binatang ternak, lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.
120. Syaitan sentiasa menjanjikan mereka dengan janji-janji indah serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.
121. Mereka itu, tempat akhirnya ialah neraka jahanam, dan mereka pula tidak akan dapat melarikan diri daripadanya.
21. Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah untuk dihisab pada hari kiamat; kemudian orang-orang yang lemah yang menjadi pengikut kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata: "Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah?"
22. Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan perintah Tuhan yang kamu sekutukan daku denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim beroleh azab yang tidak terperi sakitnya."
37. ...hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami yang mengambil nyawa mereka, bertanyalah malaikat itu: "Manakah makhluk-makhluk dan benda-benda yang kamu sembah selain Allah?" Mereka menjawab: "Semuanya itu telah hilang lenyap daripada kami", dan mereka pula menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang ingkar.
38. Allah berfirman: "Masuklah kamu ke dalam neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia."
Oleh yang demikian menjadi kewajipan ke atas setiap orang supaya ia tahu, boleh menghuraikan dan menerangkan jalan dan cara yang perlu dilakukan untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid yang telah Allah terangkan dengan berbagai cara di dalam Al-Quran.
76. Surah Al-Insan Ayat 29-30:
29. Sesungguhnya segala keterangan yang disebutkan ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah dengan iman dan taat.
30. Dan tiadalah kamu berkemahuan melakukan sesuatu perkara melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Maksudnya: Apa yang dilakukan tersebut mestilah dilakukan mengikut dari Firman Allah atau Sabda Rasulullah SAW yang mana satu.
15. Sudahkah sampai kepadamu wahai Muhammad perihal Nabi Musa?
16. Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci;
17. Lalu diperintahkan kepadanya: "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufuran dan kezalimannya;
18. Serta katakanlah kepadanya: Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu dari kekufuran?
19. Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu JALAN MENGENAL TUHANMU, supaya engkau merasa takut melanggar perintahNya?
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan yang lain dari Islam, kerana jalan-jalan yang lain itu mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. [6:153]